BERITA DAN AKTIVITI

Lawatan Dan Sesi Kunjung Hormat Jabatan Agama Islam Selangor Ke Malaysia Design Development Centre (DDEC)

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berkunjung ke Malaysia Design Development Centre.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah (Operasi), diiringi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan wakil dari bahagian-bahagian serta Ahli-ahli Jawatankuasa Media JAIS. Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Cik Safrina binti Ibrahim, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Encik Mohd Fairus bin Zainal, Pengarah Kreatif bersama beberapa pegawai.

Kunjungan hormat ini diatur bagi tujuan mendapat gambaran sebenar berkaitan proses pembikinan Podcast, teknik fotografi dan videografi bagi dijadikan panduan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Terima kasih diucapkan kepada pihak DDEC atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga kunjungan ini dapat menjalinkan kerjasama strategik  di antara kedua-dua agensi bagi mengukuhkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor