Bahagian Pendidikan Islam merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengurus pendidikan Islam di negeri Selangor seperti yang diperuntukkan kuasa oleh pihak Berkuasa Negeri dan Bahagian 10 Seksyen 120 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 serta Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Islam 1988 (Enakmen No. 2/1988).
Bahagian ini dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Ugama Islam yang diketuai oleh Setiausaha Pelajaran pada awal kewujudan Jabatan Hal Elwal Islam Selangor (1945-1970), kemudian dinamakan Unit Pelajaran diketuai Penolong Pengarah (1970-1990) dan dijenamakan semula pada tahun 1990 dengan nama Bahagian Pendidikan dan Pelajaran diketuai oleh Timbalan Pengarah sehingga tahun 2001. Pada tahun 2001 bahagian ini dinamakan dengan nama Bahagian Pendidikan Islam dan selaras dengan penstrukturan JAIS, bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah dari tahun 2007 hingga kini. Selepas merdeka , bahagian ini telah diketuai oleh enam orang ketua iaitu;
Sumber : Seksyen Kualiti dan Penyelidikan BPI
VISI
Terbaik, Bertaraf Dunia dan Diredhai Allah S.W.T.
MISI
Mengurus Hal Ehwal Pendidikan Islam Dengan Ikhlas, Amanah, Hikmah, Ukhuwwah dan Berkesan
OBJEKTIF
- Memantapkan sistem pengurusan dan perkhidmatan Pendidikan Islam di Negeri Selangor
- Memperkasa kurikulum Pendidikan Islam mengikut Sistem Pendidikan Integrasi Holistik untuk melahirkan modal insan bertaqwa
- Memantau secara sistematik pelaksanaan pengurusan dan perkhidmatan Pendidikan Islam di Negeri Selangor