VISI
” Beriltizam Menerajui Gerak Kerja Dakwah Terunggul Dalam Memartabatkan Islam & Melestarikan Ummah “
MISI
” Menjana Kredibiliti & Kecemerlangan Dakwah Secara Efektif, Energetik, Hikmah, Holistik & Profesional.”
OBJEKTIF
- Melaksanakan Tuntutan Dakwah Dengan Penuh Iltizam Kepada Masyarakat Melalui Pelbagai Methodologi.
- Mempelbagaikan Pendekatan, Strategi & Kemahiran Berdakwah Di Kalangan Pendakwah.
- Memantapkan & Memperkukuhkan Akidah, Syariah & Akhlak Umat Islam.
- Melaksanakan Dakwah Kontemporari Yang Bersinergi Bersama Agensi Pelaksanaan Dakwah.
Fungsi-Fungsi Unit
- Merancang aktiviti penyebaran kefahaman Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
- Merancang pertemuan dengan wakil NGO's untuk melaksanakan aktiviti dakwah secara bersama.
- Menyusun kelas kefahaman Islam kepada kumpulan sasaran.
- Menyusun forum/seminar/bengkel dan konvensyen.
- Menganjurkan program ziarah ke rumah orang tua/hospital/rumah perlindungan /pusat serenti/penjara.
- Mengadakan perbincangan dengan badan NGO'S dalam menangani isu sensitive mengenai Islam.
- Mengadakan kerjasama dengan semua Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti dalam mengendalikan sebarang isu yang mencetuskan polemik/isu semasa.
- Merancang program yang berkaitan dengan penerbitan, penulisan dan pengumpulan sebaran maklumat am di media cetak dan internet.
- Mengurus program dakwah berbentuk wawancara, siaraya dan temubual/ dialog dimedia elektronik.
- Menerima dan merekod surat dari dalam dan luar.
- Mengurus fail terbuka dan sulit.
- Mengurus aduan pelanggan.
- Mengurus rekod cuti pegawai/kakitangan.
- Mengurus rekod harta modal/ inventori/peralatan pejabat dan pengedaran risalah.
- Menyediakan peralatan siaraya bagi program keagamaan dan majlis-majlis rasmi kerajaan.
- Menghantar laporan program Dakwah ke Unit ICT untuk disiar di laman web JAIS.
- Menyediakan anggaran bajet tahunan bagi aktiviti semua unit.
- Memantau peruntukan kewangan Bahagian Dakwah dan Daerah.
- Menguruskan permohonan perolehan Bahagian.
- Menguruskan permohonan tuntutan elaun mengajar Kelas Dewasa Al-Quran dan Isbat Hafaz Al-Quran.
- Menjadi urus setia Mesyuarat Jabatan/urus setia program Bahagian Dakwah dan Jabatan.
- Merancang dan memantau Program Dakwah di Ibu Pejabat dan Daerah.
- Menyusun program dakwah belia/ remaja/wanita dan orang kurang upaya.
- Menyusun program dakwah khas untuk Pegawai/kakitangan.
- Menyusun program dakwah untuk warga industri.
- Kursus Pengurusan Jenazah.
- Menguruskan permohonan penceramah.
- Menguruskan permohonan tauliah mengajar/berceramah di Selangor.
- Menguruskan pengeluaran kad tauliah mengajar/berceramah.
- Menguruskan kebenaran sokongan visa belajar/mengajar.
- Merangka dan menyusun program-program peningkatan syiar Islam.
- Menyusun program penerangan berasaskan isu semasa yang mencemarkan Islam.
- Menyediakan bahan penerbitan berunsur Islam dan motivasi dalam bahasa utama seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin.
- Menerbitkan buletin dakwah dan majalah berkala untuk semua lapisan masyarakat.
- Mengadakan usaha terjemahan buku/risalah ke dalam bahasa lain atau dari bahasa lain ke Bahasa Malaysia.
- Mengadakan usaha sama penerbitan yang difikirkan sesuai.