Kad Perakuan Nikah MyNCR merupakan dokumen perkahwinan yang bersaiz kecil seperti kad pengenalan. Kad nikah ini lebih memudahkan pasangan yang bernikah di negeri Selangor ATAU perkahwinan yang didaftarkan di negeri Selangor untuk membawanya bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

Kad Peakuan Nikah Pintar boleh dimohon di:

Kaunter One Stop Centre (OSC),
Aras Bawah (G), Menara Selatan,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid Bukit SUK,
40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pertanyaan berkaitan Kad Perakuan Nikah Pintar MyNCR boleh di buat melalui:

  • Tel : 03-55143477/3478
  • Emel : jawatankuasapehias@gmail.com
  • Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Negeri Selangor sahaja atau perkahwinannya telah didaftar di Negeri Selangor.
  • Pasangan mestilah sudah menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
    1. Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami atau isteri)
    2. Gambar:
      • Berukuran passport bagi perkahwinan sebelum 2.8.2021
      • Format jpeg atau png bersaiz tidak melebihi 1MB (muatnaik gambar di dalam SPPIM)
      • Lelaki hendaklah memakai songkok, manakala perempuan hendaklah bertudung
      • Latar belakang berwarna putih
    3. Bayaran tunai
      • RM40.00 untuk 2 keping kad(suami dan isteri)
      • Bayaran tunai dijelaskan di kaunter semasa permohonan dibuat

    Borang Permohonan / Gantian Kad Perakuan Nikah

    PERHATIAN

    Pemohon boleh mengambil Kad Perakuan Nikah MyNCR di Kaunter OSC selepas 10 hari waktu bekerja (tidak termasuk cuti am) dengan membawa resit pembayaran.