Cara membuat aduan :

  1. Melalui Biro Pengaduan Awam (BPA)
  2. Melalui Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS)
  3. Melalui surat rasmi kepada jabatan
  4. Melalui emel JAIS; info@jais.gov.my
  5. Melalui talian telefon; 03-55143425 (Unit Perhubungan Awam & Penerbitan, JAIS)

Kelakuan tidak sopan di tempat awam bermaksud apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang Islam dengan sengaja iaitu yang bertentangan dengan syarak secara terbuka di mana-mana tempat awam.

  1. Ya. Perbuatan menjual minuman keras bagi orang Islam adalah salah menurut seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
  2. Selain itu, adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang beragama Islam membuat, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan.

Tindakan boleh dilakukan di mana-mana kawasan termasuk di kilang-kilang, jika ada maklumat awam yang lengkap dan berlakunya pelanggaran hukum syarak.

Bahagian Penguatkuasaan menjalankan aktiviti rondaan berjadual di kawasan-kawasan Hotspot (kawasan merah) bagi membendung kegiatan maksiat yang dibuat secara terang-terangan seperti tempat membeli-belah, taman rekreasi dan pusat hiburan terbuka setiap hari mengikut lokasi-lokasi sasaran yang dikenalpasti. Kegiatan berkelakuan tidak sopan di tempat-tempat awam boleh diambil tindakan di bawah seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1000 ataupun 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

  1. Orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tangkapan. Walaubagaimanapun orang awam boleh membantu Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS ataupun Pegawai Masjid untuk menjalankan tangkapan dengan menyalurkan maklumat.
  2. Selain Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS, pegawai-pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam 1, Bilal 1 dan Siak 1 turut diberi kuasa oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam untuk menjalankan tangkapan di qariah masing-masing.

Pegawai Masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak adalah orang boleh dihubungi untuk membuat tangkapan kes khalwat kerana mereka telah diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Selain itu, pengadu juga boleh terus memberi maklumat perlakuan jenayah Syariah ke mana-mana Balai Polis berhampiran

Tindakan penguatkuasaan akan diambil dengan segera ke atas aduan yang lengkap berstatus FFA (untuk tindakan lanjut) dalam tempoh 24 jam dan jika ketiadaan penguatkuasa agama disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan maka pegawai masjid atau pegawai polis boleh membantu untuk membuat tangkapan.

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui talian hotline 24 jam 
Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1800-88-2424 ataupun 
boleh hadir terus ke : 
Hotline Penguatkuasaan JAIS, 
Aras Bawah, Menara Utara, 
Bangunan Sultan Idris Shah, 
Seksyen 5, Persiaran Masjid, 
40676 Shah Alam, Selangor. 

Apabila kejadian khalwat berlaku di kawasan anda langkah-langkah berikut perlu diikuti:-

  1. Melaporkan kejadian tersebut melalui talian tetap hotline 24 jam: 1800-88-2424
  2. Memberikan maklumat diri kepada pegawai bertugas.
  3. Memberikan maklumat kejadian khalwat seperti alamat kejadian yang tepat, nama dan latarbelakang orang yang disyaki (jika berkenaan) serta tanda-tanda kejadian disyaki berlaku seperti wujudnya kenderaan orang yang disyaki.

Status aduan yang lengkap boleh disemak oleh pengadu secara lisan dalam tempoh 10 hari selepas membuat aduan.

Maklumat pengadu diperlukan supaya boleh direkodkan dan dirujuk oleh pihak Penguatkuasa Agama pada bila-bila masa diperlukan serta menunjukkan kebertanggungjawaban pengadu terhadap aduan yang dikemukakan.

Pihak pengadu akan dirahsiakan identiti untuk memelihara keselamatan pengadu. Walaubagaimanapun, pengadu hendaklah tampil apabila diperlukan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bagi tujuan siasatan.

Seseorang yang membuat aduan atau memberikan apa-apa maklumat tentang suatu perlakuan jenayah syariah hendaklah memberikan secara benar dan jika didapati aduan yang diberikan itu palsu maka pengadu boleh disabitkan dengan suatu kesalahan menurut Seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor No. 3 Tahun 2003.

  1. Perlu mewujudkan sekolah terlebih dahulu mengikut peraturan dan syarat daripada pihak berwajib.
  2. Pemohon perlu mengisi borang pendaftaran sekolah yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
  3. Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) beserta dengan Minit Mesyuarat penubuhan sekolah dan sesalinan senarai ahli jawatankuasa Pengurusan Sekolah.
  4. Surat Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah borang tersebut diperaku dan diserahkan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) apabila selesai melakukan semakan dan pemantauan di sekolah tersebut.
  1. Penempatan atau Taman Perumahan baru yang telah ada Sekolah Kebangsaan (SK).
  2. Mempunyai tapak yang sesuai untuk membina sekolah.
  3. Jarak antara sekolah sediaada mestilah munasabah:
    1. Kawasan luar Bandar – sebuah sekolah bagi setiap kampung
    2. Kawasan Bandar/Taman Perumahan – sekurang-kurangnya satu kilometer
  4. Peruntukan pembangunan yang mencukupi dari pihak berwajib.
  1. Pra Sekolah (5-6 tahun).
  2. KAFA Integrasi (7-12 tahun).
  3. Sekolah Rendah Agama (SRA) (7-12 tahun).
  4. Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) (7-12 tahun).
  5. Sekolah Agama Menengah (SAM) (13-19 tahun).
  6. Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) (13-17 tahun).
  7. Maahad Integrasi Tahfiz dan Turath Selangor (MITS) (13-18 tahun).
  8.  
  1. Pendaftaran murid adalah pada 2 Mei hingga 31 Julai setiap tahun.
  2. Pengesahan pula adalah pada 1 Oktober hingga 30 November setiap tahun.
  1. Borang permohonan pendaftaran Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) yang boleh didapati di sekolah terkini.
  2. Salinan surat beranak anak
  3. Salinan dokumen pendaftaran Sekolah Kebangsaan (SK) anak.
  4. Salinan bil utiliti (elektrik atau air)
  5. Pengesahan pemastautin Selangor (jika berkenaan).
  1. Pemohon perlu mengisi borang rayuan yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan borang yang telah lengkap perlu dikembalikan ke tempat yang sama.
  1. Syarat minimum memohon dermasiswa bergantung kepada polisi dan berkemungkinan berubah setiap tahun.
  2. Syarat permohonan Dermasiswa boleh dirujuk dalam iklan yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor mengikut tahun semasa.
  1. Bahasa Arab di Mesir, Jordan dan Morocco.
  2. Pengajian Islam (Usulludin dan Syariah) di Mesir, Jordan dan Morocco.
  3. Perubatan di Mesir.
  4. Tahfiz (Qiraat) di Mesir.
  5. Pengajian Islam (Perbankan Islam) di Jordan.
  1. Berumur tidak lebih dari 60 tahun.
  2. Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
  3. Memasuki Malaysia melalui cara yang sah.
  4. Mempunyai latar belakang Pendidikan Islam dan berkelulusan sekurang-kurangnya di peringkat Sijil dalam bidang Pengajian Islam.
  5. Untuk jawatan Guru Tahfiz Al-Quran, pemohon hendaklah mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran dari Institusi Pengajian Tahfiz di dalam atau luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan.
  6. Masjid / Surau / Madrasah hendaklah berdaftar dengan JAIS.
  7. Berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  8. Tidak berhasrat untuk mengembangkan ideologi kepartian dan ajaran yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  9. Tidak menyentuh apa-apa berhubung Kebesaran, Kemuliaan, Kedaulatan Dan Kuasa-Kuasa Agong dan Raja-Raja Melayu.
  10. Tidak merendahkan perkara-perkara Khilafiah yang terdapat di dalam mazhab yang empat..
  11. Berakhlak baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia atau di Negara asal.
  12. Tidak menyinggung perasaan mana-mana kaum, agama, adat resam dan budaya penduduk tempatan yang boleh membawa ketegangan kaum dan agama.
  13. Jadual waktu mengajar mestilah berbentuk harian dan sepenuh masa iaitu sekurang-kurangnya lima (5) jam sehari berada di premis tempat bertugas.
  14. TMenggunakan kitab yang muktabar dan menyenaraikan nama-nama kitab yang digunakan untuk mengajar.
  15. Pemohon hendaklah mengisi borang secara online JAKIM sama ada bagi permohonan baru atau memperbaharui Pas Lawatan berkenaan.
  16. Pemohon hendaklah mencetak surat sokongan Pas Lawatan Ikltisas samada bagi pemohonan baru atau memperbaharui lanjutan dalam tempoh 14 hari bekerja di laman web JAKIM.
  17.  
  1. Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Tauliah (LAM/BD/04-01) dengan lengkap.
  2. Permohonan tauliah hendaklah dihantar melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.
  3.  
  1. Mengisi Borang Permohonan Tauliah yang disediakan melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal;
  2. Permohonan hendaklah disokong oleh dua (2) orang saksi yang mengetahui latar belakang dan kelayakan pemohon;
  3. Mengemukakan dua keping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil atau sijil-sijil yang telah disahkan yang berkaitan dengan kelayakan pemohon;
  4. Menghadiri dan lulus sesi temuduga secara lisan dan bertulis yang dikehendaki oleh Bahagian Dakwah JAIS;
  5. Keputusan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS;
  6. Perlu melepasi tapisan keselamatan dari IPK / PDRM; dan
  7. Pengeluaran kad tauliah akan dikeluarkan mengikut kategori yang diluluskan.
  8.  
  1. Kad tauliah akan tamat tempoh
    • Perlu memperbaharui tempoh sah tauliah, tidak lewat dari enam (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sah.
  2. Kad tauliah telah tamat tempoh
    • Pemohon perlu mengisi borang seperti prosedurpermohonan yang baru.

Tempoh sah laku tauliah adalah satu (1) tahun. Pemohon perlu memperbaharui tauliah yang telah tamat tempoh selewat-lewatnya sebulan selepas tamat tempoh.

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin dalam Negeri Selangor Darul Ehsan tidak kurang 4 bulan dari tarikh memohon.
  4. Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;a
  5. berumur 18 tahun ke atas;
  6. Sihat tubuh badan dan sempurna akal;
  7. Berakhlak dengan akhlak Islam;
  8. Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;
  9. Mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat Empat Thanawi atau setaraf dengannya;
  10. Mendapat kebenaran bertulis daripada majikan.
  11.  
  1. Alim Ulama’ atau Tokoh Agama tempatan tertentu atau Alim Ulama’ atau Tokoh Agama Luar Negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan, Agensi atau penganjurnya;
  2. Mufti-Mufti Negeri dan Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri
  3. Hakim-Hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-Negeri;
  4. Menteri atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau Ahli Majlis Agama Islam Negeri-Negeri; dan
  5. Pegawai Hal Ehwal Islam atau Pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-Universiti Tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri.
  6. Walau bagaimanapun pengecualian yang diberi kepada individu di atas yang dinyatakan di para (a) hingga (e) dalam Peraturan 22 mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah setelah dibuat melalui permohonan bertulis.

Apabila disabitkan kesalahan seseorang yang mengajar tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. Seksyen 19 – Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

  1. Pemegang Tauliah telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak menjalankan mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dinyatakan dalam tauliah;
  2. Pemegang Tauliah memberi ceramah umum atau mengajar agama Islam secara yang bertentangan dengan syariah atau akidah Islamiah;
  3. Pemegang Tauliah memberi ceramah umum atau mengajar agama Islam yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau bagi mengembangkan perasaan buruk sangka atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia;
  4. Pemegang Tauliah memberi tafsiran yang tidak tepat, keliru atau menyeleweng dari ajaran sebenar agama dalam ceramah umum atau pengajaran Agama Islamnya;
  5. Pemegang Tauliah tidak mematuhi apa-apa arahan, larangan atau perintah yang diberikan secara sah oleh MAIS atau Jawatankuasa; dan
  6. Pemegang Tauliah berkelakuan dengan cara yang mencemarkan Agama Islam.
  1. Melalui laman web : www.jais.gov.my
  2. Merujuk di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.
  3. Merujuk di Unit Dakwah Dan Tarbiah Bahagian Dakwah JAIS di talian 03- 55143514 / 3513.
  1. Penceramah Dalam Negeri
    1. Pihak penganjur perlu mengisi Borang Kebenaran Khas yang boleh diambil di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah atau Bahagian Dakwah JAIS dengan melampirkan latar belakang penceramah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
    2. Kelulusan dan Surat Kebenaran Khas akan dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  2. Penceramah Luar Negara
    1. Pihak penganjur perlu mengisi Borang Kebenaran Pendakwah Singkat JAKIM secara online.
    2. Pihak penganjur perlu mengisi Borang Kebenaran Khas di Pejabat Agama Islam yang berhampiran atau Bahagian Dakwah JAIS dengan melampirkan butiran dan latar belakang penceramah untuk mendapatkan sokongan dan Surat Kebenaran Khas.
  1. Tauliah Ceramah Umum (D 1) yang membenarkan pemegangnya memberi ceramah umum berhubung dengan apa-apa aspek agama Islam di mana-mana tempat dan dengan apa-apa jua cara selain dari mengajar agama Islam secara berkala;
  2. Tauliah Mengajar Agama Islam Berkitab (D 2) yang membenarkan pemegangnya mengajar agama Islam secara berkala menggunakan kitab di mana-mana tempat;
  3. Tauliah Mengajar Al-Quran (D 3) yang membenarkan pemegangnya mengajar Al-Quran di mana-mana premis; dan
  4. Tauliah Khas (D 4) bagi individu yang tidak memiliki kelayakan pengetahuan agama Islam di peringkat Empat Thanawi dan mempunyai kepakaran tertentu seperti Motivasi, Pembangunan Insan, Zakat dan sebagainya.

Secara online dan berdaftar melalui Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Negeri Selangor (http://tender.selangor.gov.my)

Syarikat yang berjaya akan dipelawa melalui Surat Setuju Terima, tetapi yang tidak berjaya tidak akan dimaklumkan.

Pendaftaran memerlukan anda:

  1. Mengisi borang pendaftaran
  2. Memilih agensi mana yang anda ingin membuat pengesahan.
  3. Pergi ke agensi tersebut untuk pengesahan. Sila bawa dokumen yang berkaitan. (MOF, ROC, CIDB, PKK)
  4. Agensi akan meluluskan pendaftaran anda.
  5. Kontraktor membuat pembayaran untuk pendaftaran secara online.
  6. Kontraktor boleh membeli dokumen tender/ sebutharga secara online.

Boleh. Walau bagaimanapun jabatan tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut harga yang ditawarkan.

Pembekal perlu datang sendiri ke Unit Pentadbiran (seksyen Perolehan) tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, dengan membawa profil syarikat.

Secara online dan berdaftar melalui Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Negeri Selangor (http://tender.selangor.gov.my)

Bayaran KPPI di Negeri Selangor adalah  RM100.00 merangkumi makan minum dan  alat tulis.  Pembayaran secara atas talian hendaklah dibuat kepada penganjur KPPI.

Terdapat 10 penganjur KPPI di Negeri Selangor

Berikut adalah senarai 10 Penganjur di Negeri Selangor:

 

  1. Bahagian Undang-Undang Keluarga, Shah Alam     Tel : 03-55143595
  2. Pejabat Agama Islam Daerah Petaling                     Tel : 03-55143613

iii.    Pejabat Agama Islam Daerah Klang                        Tel : 03-33726924

  1. Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat               Tel : 03-89221329
  2. Pejabat Agama Islam Daerah Sepang                     Tel : 03-87061918
  3. Pejabat Agama Islam Daerah Gombak                    Tel : 03-61311131

vii.   Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat             Tel : 03-31875134

viii.  Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor          Tel : 03-32891393

  1. Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor            Tel : 03-60641437
  2. Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam           Tel : 03-32241260

JAIS tidak memberi permit/ kebenaran kepada syarikat swasta untuk menganjurkan KPPI

Buat masa ini, sijil KPPI boleh digunakan seumur hidup dan tidak mempunyai tarikh  luput.

Pengecualian KPPI hanya diberi kepada individu berikut:

 

  1. Pernah berkahwin
  2. Berumur 45 ke atas dan belum pernah berkahwin
  3. Orang Kelainan Upaya (Pekak, Bisu)
  4. Muallaf (Orang asal/ Pribumi)
  5. Warganegara Malaysia yang menetap dan akan menjalankan akad nikah di luar negara
  6. Warganegara asing

Ya, warganegara Malaysia  yang bekerja atau tinggal di luar negara dan ingin     berkahwin di Negeri Selangor perlu menghadiri KPPI

Pengecualian menghadiri KPPI hanyalah kepada Muallaf (orang asal/ Pribumi ). Walaubagaimanapun jika mereka berminat, mereka boleh memohon untuk menghadiri KPPI ini.

Mulai 2 Januari 2023, Sijil KPPI secara atas talian yang dihadiri selepas tarikh tersebut tidak diterima untuk permohonan mendapatkan kebenaran Berkahwin di Negeri Selangor.      

Ya, Negeri Selangor menerima sijil KPPI yang dikeluarkan oleh mana-mana penganjur dari Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, kecuali bagi sijil KPPI secara atas talian yang dihadiri selepas 2 Januari 2023

Tidak, bayaran KPPI tidak akan dikembalikan. Pemohon boleh meminda tarikh kursus mengikut kelapangan pemohon.

Pemohon boleh berhubung dengan urus setia KPPI mengikut penganjuran yang dipilih.

Pemohon hendaklah menghadiri dan mengikuti kesemua modul/sesi yang telah ditetapkan. Jika terdapat modul yang tidak lengkap, ia perlu diganti dan dilengkapkan sebelum sijil boleh dikeluarkan.

Pemohon boleh mengambil tindakan seperti berikut:

 

    1. Kursus yang dihadiri anjuran JAIS/ Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) : Pemohon perlu hadir ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID untuk mendapatkan salinan sijil KPPI bagi menggantikan sijil yang hilang dengan bayaran RM10
    1. Kursus yang dihadiri anjuran Agensi Luar : Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat perakuan daripada penganjur dan mengemukakan surat tersebut ke Bahagian Undang- Undang Keluarga/ PAID bagi mendapatkan Salinan Sijil KPPI dengan bayaran RM10

Pemohon boleh terus berhubung dengan penganjur untuk membuat pembetulan dan pindaan pada sijil KPPI tersebut.

Tidak, Kebenaran Berkahwin kepada mana-mana individu hanya akan dikeluarkan sekiranya permohonan lengkap. Sijil KPPI adalah antara dokumen sokongan yang diwajibkan.

Ya, KPPI boleh dihadiri oleh mereka yang tidak berhajat untuk berkahwin kerana konsep kursus adalah memberi ilmu dan pengetahuan semasa.

Tidak, peserta yang mendaftar sahaja dibenarkan menghadiri KPPI

Membuat permohonan kepada Pejabat Agama Islam Daerah dengan mengisi borang BPM-01-01 (Borang Kebenaran Membina Masjid) yang disediakan.

  1. Memohon daripada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat (ICU).
  2. Dapatkan sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat dan sumbangan awam.

Jawatankuasa Penaja Pembinaan masjid

Jarak anatara satu-satu masjid ialah 3 kilometer. Walaubagaimanapun, kawasan mempunyai kepadatan tinggi boleh diberi pengecualian.

Hubungi Unit Pembangunan JAIS atau Pihak Berkuasa Tempatan atau Pejabat Daerah/Tanah.

  1. DYMM Sultan Selangor
  2. Dato’ Menteri Besar (dengan perkenan Tuanku)
  3. Orang Besar Daerah (dengan perkenan Tuanku)

Berdasarkan kelulusan Mesyuarat Kariah MAIS yang akan bermesyuarat 4 kali setahun

  1. Pegawai atau Jawatankuasa Masjid
  2. Pengerusi atau Jawatankuasa Surau
  3. Pengerusi Jawatankuasa Penaja

Boleh, Ahli Kariah perlu mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor terlebih dahulu.

Dengan menubuhkan akaun dana di Perbadanan Waqaf Selangor.

Boleh, dengan syarat mendapatkan kebenaran daripada Unit Pembangunan JAIS melalui sokongan PAID.

Membuat aduan kepada PAID untuk siasatan kemudian dipanjangkan ke Unit Pembangunan JAIS.

Perlu dan mendapat pengesahan Unit Pembangunan JAIS.

Jabatan Mufti mengesahkan arah kiblat bagi keperluan dalam pembinaan masjid/surau/musolla/tanah kubur. Jabatan Mufti akan mengesahkan arah kiblat melalui Sijil Perakuan Arah Kiblat.

  1. Terdiri daripada 12 orang individu yang telah dilantik oleh MAIS.
  2. Individu yang mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang agama, Bahasa Arab, ilmu-ilmu Al-Quran & Hadis serta ilmu-ilmu penulisan.
  3. Individu yang mewakili Jabatan (Timbalan Pengarah JAIS & Mufti) dan seorang Ahli MAIS sebagai Pengerusi serta Ketua Penolong Pengarah BPM. sebagai setiausaha.
  4. Bermesyuarat 2 kali sebulan untuk menyemak dan mengedit serta mengesahkan draf teks khutbah.
  1. Pengedaran dibuat melalui perkhidmatan Pos Malaysia Berhad.
  2. Bagi kawasan Daerah Sepang diedarkan sendiri oleh PAID.
  3. Disedia menggunakan jaringan internet di laman Web JAIS (www.jais.gov.my) dan portal e-masjid.
  4.  
  1. Ditentukan oleh Jawatankuasa Khutbah Selangor.
  2. Tajuk yang dipilih secara bebas oleh penulis.
  3. Tajuk-tajuk yang diarahkan oleh pihak-pihak berkuasa.

Penulisan khutbah bagi negeri Selangor adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Pengurusan perolehan bekalan perkhidmatan masjid adalah sebagaimana yang digariskan dalam Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid 2006 sebagaimana berikut :

Jenis Perolehan

Pembelian Terus

Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (3 Sebut harga) (RM)

Jawatankuasa Sebutharga

Kos Barangan atau perkhidmatan

1.00 – 1,000.00

1,001 – 10,000

Lebih daripada 10,000

Kos kerja

1.00 – 1,000.00

1,00, – 50,000

Lebih daripada 50,000

Pemohon boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

Guru Takmir akan minima elaun sebanyak RM800.00 sebulan dan Guru Al-Quran pula akan menerima sebayak RM120.00 sebulan.

Guru Takmir dibenarkan mengajar 8 kali sebulan dan Guru Al-Quran sebanyak 4 kali.

Pengajian Takmir dan Pengajian Al-Quran boleh diadakan di Masjid atau di Surau sahaja.

Ada. Pemantauan dibuat secara berkala dan dilakukan oleh Pegawai Penyelaras Masjid Daerah dan Pegawai Takmir Negeri.

  1. Takmir – Kurikulum khas yang disediakan oleh JAKIM
  2. Pengajian Al Quran – tiada kurikulum yang khas.

Tidak boleh. Pihak Pendaftar akan mengeluarkan Surat Perakuan Pendaftaran Sementara terlebih dahulu. Sijil Pendaftaran Penuh akan dikeluarkan apabila borang pendaftaran sekolah persendirian telah lengkap selesai diproses.

  1. Pendaftaran murid adalah pada 2 Mei hingga 31 Julai setiap tahun.
  2. Pengesahan pula adalah pada 1 Oktober hingga 30 November setiap tahun.

Pendaftaran masuk untuk tahun satu (1) akan dibuka pada bulan Mac hingga Mei setiap tahun dan untuk pengesahan adalah pada bulan September.

Aktiviti Utama Bahagian Pengurusan Masjid adalah sebagaimana berikut : 

    1. Pendaftaran Masjid dan Surau;
    2. Kelulusan pembinaan Masjid dan Surau;
    3. Kelulusan Surau Solat Jumaat dan Naik Taraf Surau kepada Masjid;
    4. Pemantauan Penyelenggaraan Masjid dan Surau;
    5. Pengemaskinian Sistem Rekod dan Data
    6. Aduan Pelantikan dan Penamatan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid dan Surau, Guru Ta’mir dan Guru Pengajian Al-Quran;
    7. Pembayaran elaun Pegawai dan Jawatankuasa Masjid, Guru Takmir dan Guru Pengajian Al-Quran;
    8. Urusan pembayaran Bantuan Moreh Bulan Ramadhan;
    9. Pengurusan Perkhidmatan Kakitangan Masjid-masjid Daerah dan Diraja;
    10. Urusetia Mesyuarat – Mesyuarat seperti Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS, Jawatankuasa Tadbir Masjid Negeri, Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor, Unit Pengurusan Masjid Daerah, Mesyuarat PPMD dan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Masjid-Masjid Daerah dan Masjid Diraja dan Panel Jawatankuasa Islah;
    11. Penerbitan Teks Khutbah versi Jawi, Rumi dan Bahasa Inggeris;
    12. Penerbitan Multimedia khutbah Versi Rumi dan Inggeris;
    13. Penerbitan Koleksi Khutbah Versi Jawi, Rumi dan Inggeris;
    14. Pertandingan Masjid Terbaik bagi peringkat Masjid Daerah, Diraja Dan Kariah;
    15. Pertandingan Surau Terbaik bagi peringkat Daerah dan negeri;
    16. Pelaksanaan Pemantauan Penanda Aras (KPI), Masjid-masjid
    17. Pemantauan & Penilaian Khutbah, Pemantauan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemantauan Kewangan Masjid;
    18. Program Bulan Pengimarahan Masjid.
    19. Penyediaan Kaedah dan Peraturan-peraturan, Garis Panduan dan Tatacara Berkaitan Masjid dan Surau;
    20. Penyediaan Standard Kebersihan Tandas Masjid dan Surau;
    21. Menganjurkan seminar-seminar dan kursus-kursus untuk Pegawai dan Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Selangor.

Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah terbuka kepada pengusaha Islam dan bukan Islam.

A.     Semua permohonan pensijilan halal adalah menggunakan borang yang perlu diisi secara on-line melalui sistem e-halal yang dibangunkan oleh JAKIM di laman web sesawang : 

http://www.halal.gov.my Kategori permohonan yang layak adalah seperti berikut:

  1. Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer)
  2. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer)
  3. Pengusaha pembungkusan semula (repacking)
  4. Premis makanan (food premise)
  5. Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik (pengangkutan, pergudangan)

 

B.     Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut : 

  1. Produk makanan
  2. Premis makanan (hotel / restoran)
  3. Barang gunaan
  4. Kosmetik dan dandanan diri
  5. Premis sembelihan
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik

Ya, JAIS menerbitkan dua (2) siri bagi teks Bahasa Melayu dan 1 siri bagi teks Bahasa Inggeris pada setiap tahun.

  1. Pamplet
  2. Buku poket
  3. Buletin
  4. Risalah
  5. Buku separa ilmiah
  6. CD / DVD Ilmiah
  7. Video pendek
  8. Sticker
  9.  

    Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan ke alamat berikut:

              Bahagian Dakwah

              Jabatan Agama Islam Selangor

              Tingkat 7 Menara Selatan,

              Bangunan Sultan Idris Shah

              No.2 Persiaran Masjid, Bukit SUK,

              Seksyen 5

              40676 Shah Alam Selangor

Boleh. Sumbangan hasil penulisan hendaklah dihantar ke Unit Penerangan dan Penerbitan Bahagian Dakwah JAIS atau info@jais.gov.my

          Sebarang hasil penulisan yang diterbitkan, penulis akan menerima bayaran saguhati dan ia adalah menjadi hakmilik Jabatan.

A. Maklumat penerbitan atau media yang telah diharamkan boleh diperolehi melalui:

  1. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
    1. Bahan-bahan tersebut boleh didapatidi laman sesawang: http://www.moha.gov.my.
  2. Jabatan Mufti Negeri Selangor.
    1. Bahan-bahan tersebut boleh didapati di laman sesawang: http://www.muftiselangor.gov.my

A. Pengadu adalah disyorkan untuk mengemukakan maklumat aduan secara terperinci melalui:

  1. Facebook jabatan: http://www.facebook.com/JabatanAgamaIslamSelangor
  2. Telefon : 03-55143600 / 3400 sambungan 3532, 3679, 3603, 3681, 2093 dan 2094
  3. E-mel jabatan: info@jais.gov.my
  4. atau hadir sendiri ke:

                             Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,

                             Jabatan Agama Islam Selangor,

                             Tingkat 5, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,

                             40676 Shah Alam, Selangor   

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diberikan kepada semua murid warganegera Malaysia yang belajar di SRAI, SRA, KAFA, MITS dan SAM (sukatan Al Azhar) SPBT tidak dibekalkan kepada sekolah Islam persendirian/ swasta.

Boleh tetapi perlu direkodkan maklumat pergerakan buku tersebut oleh guru SPBT.

Perlu diganti dengan cara membeli buku baru ataupun membayar kepada pihak sekolah mengikut nilai buku tersebut.

  1. Orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tangkapan. Walaubagaimanapun orang awam boleh membantu Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS ataupun Pegawai Masjid untuk menjalankan tangkapan dengan menyalurkan maklumat.
  2. Selain Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS, pegawai-pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam 1, Bilal 1 dan Siak 1 turut diberi kuasa oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam untuk menjalankan tangkapan di qariah masing-masing.
  1. Kuasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan diberi secara undang-undang kepada semua Pegawai Masjid yang diberi tauliah perlantikan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal atau Siak menurut Seksyen 101, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 1 Tahun 2003.
  2. Selain itu, MAIS boleh melantik mana-mana anggota perkhidmatan awam Islam negeri atau perkhidmatan bersama daripada mana-mana agensi kerajaan bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan menurut Seksyen 79, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 1 Tahun 2003.
  1. Calon mesti mengisi borang yang disediakan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diisytiharkan.
  2. Perlu mendapatkan pengesahan dari guru besar/pengetua.
  3. Urusan perlu dilakukan oleh ibubapa/penjaga.
  4. Bayaran adalah seperti berikut:
    1. PSRA – RM5 satu kertas.
    2. SMA/SMATQ – RM10 satu kertas
  5. Keputusan akan dimaklumkan selepas 14 hari bekerja.
  1. RM 400 dibayar kepada penulis teks khutbah Jumaat.
  2. RM 600 dibayar kepada penulis teks khutbah hari raya.

Boleh, mengikut budi bicara mahkamah.

  1. Calon PSRA – RM10
  2. Calon SMA/SMATQ melalui sekolah– RM20
  3. Calon SMA/SMATQ individu – RM20 (pendaftaran) dan RM10 (setiap subjek yang diambil)
  1. Calon mesti mengisi borang yang disediakan.
  2. Urusan perlu dilakukan oleh ibubapa/penjaga.
  3. Bayaran sebanyak RM10 sahaja.
  4. Salinan sijil akan diserahkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

Senarai ajaran sesat boleh didapati melalui permohonan rasmi dan laman web sesawang JAIS :https://www.jais.gov.my link pautan laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor : http://www.muftiselangor.gov.my , manakala ajaran meragukan yang masih di dalam kajian hanya boleh diketahui oleh pihak-pihak tertentu melalui permohonan rasmi.

Sesuatu ajaran itu dikenalpasti sebagai ajaran yang sesat dan menyeleweng apabila bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah serta bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran yang meragukan pula boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri ajaran dan modus operandi yang pelik serta bertentangan dengan perkara yang sedia maklum di dalam ajaran Islam.

A. Untuk permohonan mendapatkan tauliah sembelihan, pemohon perlu memenuhi prasyarat berikut :

  1. Telah bekerja secara tetap di premis sembelihan komersil (bukan pekerja sambilan, sementara atau orang awam)
  2. Warganegara Malaysia. Bagi penduduk tetap, permohonan boleh dipertimbangkan.
  3. Permohonan adalah melalui majikan dan perlu mempunyai premis sembelihan tetap.
  4. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan sihat tubuh badan.
  5. Tamat pendidikan sekurang-kurangnya sekolah rendah dan boleh membaca serta menulis.

 

B. Proses permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu melengkapkan borang bagi mengikuti Kursus Penyembelihan Halal Komersil yang boleh diperolehi di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS.
  2. Pemohon perlu menghadiri kursus dan ujian selama 2 hari berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan oleh urus setia kursus.
  3. Pemohon diwajibkan untuk mengikuti semua sesi di dalam kursus tersebut termasuklah sesi ceramah, ujian praktikal sembelihan, ujian bertulis dan ujian lisan.
  4. Semua pemohon akan dimaklumkan secara bertulis berhubung status ujian yang telah diambil.
  5. Bagi calon yang berjaya, kad tauliah akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja. Bagi calon yang gagal dan masih berminat, pemohon hanya perlu mengulangi mana-mana bahagian ujian yang gagal sahaja.

 

C. Tempoh sah laku tauliah adalah satu (1) tahun. Pemohon perlu memperbaharui tauliah yang telah tamat tempoh selewat-lewatnya sebulan selepas tamat tempoh.

D. Tempoh sah laku dianggap tamat sekiranya pemegang kad tauliah berkenaan tidak lagi bertugas di premis yang dinyatakan di dalam kad berkenaan. Pemegang kad tauliah perlu membuat permohonan pengeluaran semula kad tauliah mengikut premis baru jika bertukar kerja.

Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah terbuka kepada pengusaha Islam dan bukan Islam.

A. Semua permohonan pensijilan halal adalah menggunakan borang yang perlu diisi secara on-line melalui sistem e-halal yang dibangunkan oleh JAKIM di laman web sesawang :

              http://www.halal.gov.my.   Kategori permohonan yang layak adalah seperti berikut:

  1. Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer)
  2. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer)
  3. Pengusaha pembungkusan semula (repacking)
  4. Premis makanan (food premise).
  5. Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik (pengangkutan, pergudangan)

B. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan menguruskan proses pengesahan permohonan bagi kilang / premis makanan di negeri masing-masing melalui sistem berkenaan sehingga selesai.

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut :

  1. Produk makanan
  2. Premis makanan (hotel / restoran)
  3. Barang gunaan
  4. Kosmetik dan dandanan diri
  5. Premis sembelihan
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik

C. Salinan borang permohonan on-line hendaklah dihantar bersama-sama dokumen sokongan permohonan untuk disemak oleh pegawai JAIS dalam tempoh 5 hari bekerja.

D. Jika perlu, pemohon perlu melengkapkan dokumen sokongan tambahan yang diminta dalam tempoh masa yang ditetapkan.

E. Surat arahan pembayaran fi pensijilan halal akan dikeluarkan sekiranya permohonan yang dihantar lengkap dan sempurna. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.

F. Proses audit akan dilaksanakan oleh pegawai auditor JAKIM / JAIS selepas bayaran fi dijelaskan oleh pemohon.

G.Setelah melalui proses audit yang sempurna, permohonan tersebut akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor (MJPHNS) untuk dibincangkan.

H. Jika Mesyuarat bersetuju dengan kelulusan permohonan tersebut, sijil akan dikeluarkan oleh JAKIM.

             * Sebarang maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang  JAKIM : http://www.halal.gov.my dan JAIS : https://www.jais.gov.my.

  1. Tempoh masa proses permohonan yang lengkap adalah 30 hari bekerja. Tempoh masa ini dikira dari tarikh bayaran fi pensijilan halal diterima oleh urusetia pensijilan halal sehingga laporan penuh permohonan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halan Negeri Selangor (MJPHNS).
  2. Tempoh masa di antara penghantaran permohonan secara on-line / serahan salinan dokumen permohonan dan semakan dokumen permohonan adalah tidak termasuk dalam kiraan tempoh masa ini. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.

Tempoh sah laku sijil halal untuk satu-satu masa adalah selama dua (2) tahun. Tempoh sah laku ini walaubagaimanapun berbeza bagi premis sembelihan iaitu selama setahun.

Ya, proses pemantauan / pengawasan akan dilakukan secara berkala dalam tempoh tersebut.

Pegawai auditor JAKIM / JAIS akan melaksanakan pemantauan / pengawasan secara berkala. Jika perlu, agensi kerajaan lain yang berkaitan boleh turut hadir bersama.

Logo halal yang sah dan diktiraf adalah logo halal yang mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011 : Perintah Perihal Dagangan – Perakuan dan Penandaan Halal, 2011. Logo halal ini terbahagi dua seperti berikut:
Bagi produk keluaran dalam negara, logo yang diiktiraf merupakan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama (JAKIM / MAIN). Logo ini adalah logo yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan mempunyai spesifikasi seperti berikut:

 

 

  1. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
  2. Diikuti tulisan rumi “HALAL”.
  3. Bulatan logo tertulis perkataan “MALAYSIA” dalam tulisan rumi dan dalam perkataan Arab.
  4. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Ya, pengusaha yang memperolehi kelulusan Sijil Pengesahan Halal perlu menggantung atau mempamerkan logo bersama sijil di tempat yang mudah dilihat dan dibaca di premis.

Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah terbuka kepada pengusaha Islam dan bukan Islam.

A.     Semua permohonan pensijilan halal adalah menggunakan borang yang perlu diisi secara on-line melalui sistem e-halal yang dibangunkan oleh JAKIM di laman web sesawang : 

http://www.halal.gov.my Kategori permohonan yang layak adalah seperti berikut:

  1. Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer)
  2. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer)
  3. Pengusaha pembungkusan semula (repacking)
  4. Premis makanan (food premise)
  5. Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik (pengangkutan, pergudangan)

 

B.     Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut : 

  1. Produk makanan
  2. Premis makanan (hotel / restoran)
  3. Barang gunaan
  4. Kosmetik dan dandanan diri
  5. Premis sembelihan
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik

Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan menguruskan proses pengesahan permohonan bagi kilang / premis makanan di negeri masing-masing melalui sistem berkenaan sehingga selesai.

  1. Tempoh masa proses permohonan yang lengkap adalah 30 hari bekerja. Tempoh masa ini dikira dari tarikh bayaran fi pensijilan halal diterima oleh urusetia pensijilan halal sehingga laporan penuh permohonan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halan Negeri Selangor (MJPHNS).
  2. Tempoh masa di antara penghantaran permohonan secara on-line / serahan salinan dokumen permohonan dan semakan dokumen permohonan adalah tidak termasuk dalam kiraan tempoh masa ini. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.
  3.  

Tempoh sah laku sijil halal untuk satu-satu masa adalah selama dua (2) tahun. Tempoh sah laku ini walaubagaimanapun berbeza bagi premis sembelihan iaitu selama setahun.

Ya, proses pemantauan / pengawasan akan dilakukan secara berkala dalam tempoh tersebut.

  1. Tempoh sah laku tauliah adalah satu (1) tahun. Pemohon perlu memperbaharui tauliah yang telah tamat tempoh selewat-lewatnya sebulan selepas tamat tempoh.
  2. Tempoh sah laku dianggap tamat sekiranya pemegang kad tauliah berkenaan tidak lagi bertugas di premis yang dinyatakan di dalam kad berkenaan. Pemegang kad tauliah perlu membuat permohonan pengeluaran semula kad tauliah mengikut premis baru jika bertukar kerja.

Proses audit akan dilaksanakan oleh pegawai auditor JAKIM / JAIS selepas bayaran fi dijelaskan oleh pemohon.

Pegawai JAKIM / JAIS bertanggungjawab membuat siasatan terhadap aduan yang diterima. Jika perlu, agensi kerajaan lain yang berkaitan boleh turut hadir bersama membuat siasatan.

Logo halal yang sah dan diktiraf adalah logo halal yang mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011 : Perintah Perihal Dagangan – Perakuan dan Penandaan Halal, 2011. Logo halal ini terbahagi dua seperti berikut:
Bagi produk keluaran dalam negara, logo yang diiktiraf merupakan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama (JAKIM / MAIN). Logo ini adalah logo yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan mempunyai spesifikasi seperti berikut:

 

  1. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
  2. Diikuti tulisan rumi “HALAL”.
  3. Bulatan logo tertulis perkataan “MALAYSIA” dalam tulisan rumi dan dalam perkataan Arab.
  4. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Ya, pengusaha yang memperolehi kelulusan Sijil Pengesahan Halal perlu menggantung atau mempamerkan logo bersama sijil di tempat yang mudah dilihat dan dibaca di premis.

– Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor), 1995.
– Akta Perihal Dagangan 2011:

  1. Perintah Perihal Dagangan : Takrif Halal, 2011
  2. Perintah Perihal Dagangan : Perakuan dan Penandaan Halal, 2011

Untuk permohonan mendapatkan tauliah sembelihan, pemohon perlu memenuhi prasyarat berikut :

  1. Telah bekerja secara tetap di premis sembelihan komersil (bukan pekerja sambilan, sementara atau orang awam)
  2. Warganegara Malaysia. Bagi penduduk tetap, permohonan boleh dipertimbangkan.
  3. Permohonan adalah melalui majikan dan perlu mempunyai premis sembelihan tetap.li>
  4. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan sihat tubuh badan.
  5. Tamat pendidikan sekurang-kurangnya sekolah rendah dan boleh membaca serta menulis.

Proses sertu (samak) ialah membasuh sama ada peralatan atau kawasan yang terkena najis mughallazah dengan cara :

  1. Membuang ain (sifat) najis, (warna, bau dan rasa); dan
  2. Melalukan air bercampur tanah (sekali) dan air mutlak (enam kali)
  3. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang JAKIM: http://www.halal.gov.my

Senarai tersebut boleh diperolehi secara on-line di laman sesawang JAKIM : http://www.halal.gov.my ruang PENGGUNA –DIREKTORI HALAL MALAYSIA.

Senarai tersebut boleh diperolehi secara on-line dilaman sesawang JAKIM : http://www.halal.gov.my ruang PENGGUNA – DIREKTORI HALAL MALAYSIA.

  1. Bagi permohonan kategori 18 tahun ke atas temuduga akan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Mei bagi sesi pertama (Januari – Jun) dan bulan November bagi sesi kedua (Julai – Disember).
  2. Bagi permohonan kategori 18 tahun ke bawah temuduga akan dilaksanakan sekali setahun iaitu pada bulan Mei.

Pemohon hendaklah lulus temuduga dengan mendapat markah 90% ke atas dan telah mendapat pengesahan Jawatankuasa Penilai Isbat Hafazan.

A. Kadar Elaun Isbat Hafazan bagi permohonan 18 tahun ke atas adalah seperti berikut :

  1. Kategori 1 hingga 10 Juzuk : RM 200 sebulan X 6 bulan
  2. Kategori 1 hingga 20 Juzuk : RM 300 sebulan X 6 bulan
  3. Kategori 1 hingga 30 Juzuk : RM 500 sebulan X 6 bulan

B. Kadar Elaun Isbat Hafazan bagi permohonan 18 tahun ke bawah adalah seperti berikut :

  1. Kategori 1 hingga 30 Juzuk : RM 250 sebulan X 12 bulan
  1. Elaun Isbat Hafazan ialah pemberian elaun khusus kepada para Huffaz di Negeri Selangor sebagai satu pengiktirafan atas daya usaha mereka menjaga, memelihara dan mengekalkan hafazan Al-Quran. Elaun Isbat Hafazan akan diberi kepada pemohon yang layak mengikut kategori masing-masing. Ia akan diberi sebanyak dua (2) kali setahun bagi permohonan 18 tahun ke atas dan sekali setahun bagi permohonan 18 tahun ke bawah.

Isbat Hafazan ialah satu insentif program yang diwujudkan oleh MAIS khusus kepada para Huffaz di Negeri Selangor untuk mereka menjaga, memelihara dan mengekalkan Hafazan Al-Quran mereka.

Guru Takmir akan minima elaun sebanyak RM800.00 sebulan dan Guru Al-Quran pula akan menerima sebayak RM120.00 sebulan.

  1. Elaun dibayar oleh Jabatan Kemajuna Islam Malaysia (JAKIM).
  2. Bayaran dibuat melalui borang tuntutan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Setelah Pegawai dan Jawatankuasa Masjid tersebut mendapat tauliah pelantikan MAIS maka pihak JAIS akan menghantar permohonan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor dalam tempoh 3 bulan dari pelantikan MAIS.

Elaun imam akan dibayar terus kepada akaun imam tersebut. Manakala elaun untuk pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid berkenaan dibayar melalui cek ke akaun masjid.

Ya, elaun imam akan dibayar oleh pihak JAKIM manakala elaun untuk Pegawai dan Jawatankuasa Masjid berkenaan akan dibayar oleh Lembaga Zakat Selangor

1. Bagi permohonan 18 tahun ke atas :

A. Kategori 1 hingga 10 juzuk :
                      Layak untuk menerima elaun sebanyak enam (6) kali temuduga (3 tahun). Sekiranya masih berminat untuk menyertai Isbat Hafazan,mereka hendaklah memohon kategori yang lebih tinggi iaitu kategori 1 hingga 20 juzuk atau 1 hingga 30 juzuk pada tahun berikutnya.
B. Kategori 1 hingga 20 juzuk :
                      Layak untuk menerima elaun sebanyak enam (6) kali temuduga (3 tahun). Sekiranya masih berminat untuk menyertai Isbat Hafazan mereka hendaklah memohon kategori yang lebih tinggi iaitu 1 hingga 30 juzuk pada tahun berikutnya.
C. Kategori 1 hingga 30 juzuk :
                      Tiada had tempoh. Walau bagaimanapun, pemberian Elaun Isbat Hafazan ini adalah tertakluk kepada Polisi dan Dasar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

2. Bagi Permohonan 18 Tahun Ke Bawah:

         Pemohon yang lulus temuduga layak untuk menerima elaun Isbat Hafazan sehingga mencapai umur 18 tahun.

  1. Pelajar boleh mengemukakan  surat permohonan melalui IPTA/IPTS beserta resume dan transkrip (jika ada) kepada :

    Unit Pengurusan Sumber Manusia,
    Bahagian Khidmat Pengurusan,
    Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah,
    No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5,
    40676 Shah Alam, Selangor.

    Tel : 03-55143424
    Faks : 03-55190922
    Emel : latihanindustri.jais@gmail.com

Urusan pengambilan ke jawatan tetap adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan awam Negeri Selangor (SPN). Sehubungan itu, setiap permohonan untuk pengisian jawatan tetap perlu dibuat melalui SPA (www.spa.gov.my) dan SPN (spn.selangor.gov.my)

Penawaran jawatan kosong dibuka biasanya pada awal tahun atau ketika terdapat banyak kekosongan jawatan. Jawatan kontrak dan sambilan akan diiklankan dalam laman web JAIS.

  1. Jawatan yang ditawarkan adalah bersifat kontrak dan sambilan. Meliputi skim hal ehwal Islam, pendidikan, dan perkeranian antaranya:-

    1. Jawatan imam, bilal, siak, penyelaras masjid, penguatkuasa antara skim hal ehwal Islam.
    2. Jawatan guru DG 41 pendidikan Islam dan akademik di sekolah menengah tahfiz sains.
    3. Jawatan guru DGA29 pendidikan Islam ditawarkan kepada skim DB27 dan DB17 kontrak.
    4. Selain jawatan guru DG41 sukatan azhar, jawatan pendidikan lain memerlukan diploma pendidikan.
    5. Permohonan guru KAFA adalah melalui Pejabat Agama Islam Daerah dengan kelayakan SPM (lulus Bahasa Arab).
    6. Jawatan guru ganti guru bersalin boleh dipohon di sekolah.
    7. Jawatan pengasuh dan guru pra sekolah boleh dipohon melalui Pra Sekolah berhampiran.
    8. Jawatan sambilan dengan kelayakan SPM boleh dipohon dengan meninggalkan resume di PSM JAIS
  1. Ahli kariah mengadakan mesyuarat agong pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid
  2. Pejabat Agama Islam Daerah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Peringkat Daerah (JKPD)
  3. Jabatan Agama Islam Selangor akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS untuk menyokong dan meluluskan pelantikan
  4. MAIS mengesahkan pelantikan melalui Mesyuarat MAIS
  1. Mana-mana ahli kariah sesebuah masjid tersebut yang memenuhi syarat-syarat berikut :

    1. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
    2. Warganegara Malaysia dan tinggal tetap dalam kariah masjid tersebut
    3. Tidak menganggotai mana-mana jawatan dalam kariah masjid
    4. Boleh membaca, menulis dan mengira
    5. Jawatan Nazir : kelayakan minima adalah SPM atau Sijil Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Diploma dan ke atas.
    6. Jawatan Setiusaha, keutamaan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang kesetiausahaan
    7. Jawatan Bendahari keutamaan diberi kepada calon yang memiliki kemahiran dalam bidang pengurusan kewangan
    8. Jawatan Imam, Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki SPA, mahir dalam bacaan Al-Quran dan Hal Ehwal Islam.
    9. Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah
    10. Dan lazimnya melibatkan diri dalam aktiviti masjid, berakhlak, amanah dan sihat tubuh badan, berdaya kepimpinan dan bertoleransi.

Pemohon boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

  1. Sijil Agama yang diiktiraf sekurang-kurangnya Rabi’ Thanawi atau yang setaraf
  2. Tauliah Mengajar daripada JAIS
    1. Tanah perkuburan Islam ditadbir oleh JAIS dan diselenggara oleh kariah yang telah ditetapkan. Terdapat juga tanah perkuburan yang diselenggara oleh PBT.
    2. Bagi sebarang tanah perkuburan yang masih belum digunakan, Unit Pembangunan, JAIS bertanggungjawab bagi menyelia dan menyelenggara tapak tersebut sehingga ia digunakan.

Pelan Pembangunan bagi sesebuah kawasan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Namun, sebarang kelulusan dibuat selepas mengambil kira pengesahan daripada pihak JAIS.

Hanya Pengarah JAIS sahaja yang sah menandatangani sebarang perjanjian dengan pihak- pihak lain bagi segala berkaitan tanah yang diwartakan di bawah JAIS. Pihak Jawatankuasa yang dilantik adalah TIDAK BERHAK dan TIDAK SAH menandatangani sebarang perjanjian.

    1. Semua Pogram Kursus Pengurusan Jenazah adalah di bawah bidang kuasa Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah. Sehubungan dengan itu, semua agensi yang berhasrat dan berminat untuk mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah secara kerjasama dengan pihak JAIS perlulah merujuk kepada Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.
    2. Jika dipersetujui, pada praktisnya pihak Pejabat Agama Islam Daerah akan menyediakan penceramah, fasilitator, modul dan sijil.

Seorang Pembimbing Pengurusan Jenazah mestilah memenuhi syarat dan kriteria berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Umur 25 tahun ke atas
  3. Mempunyai pengetahuan asas Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
  4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya membantu dalam menguruskan jenazah
  5. Mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan
  6. Bersifat amanah, positif, bermotivasi dan berkeyakinan tinggi
  7. Bersedia berkhidmat tanpa mengira waktu
  8. Menghadiri Kursus Pembimbing Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah
  9. Mendapat tauliah mengajar daripada Bahagian Dakwah JAIS

 

Borang Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin boleh diakses di www.sppim.gov.my Sila klik Benar Nikah Online serta isi borang secara atas talian. Setelah lengkap diisi, borang hendaklah dicetak.

Pemohon perlu membuat tindakan berikut:

  1. Mengisi Borang Permohonan secara dalam talian di laman sesawang https//:www.sppim.gov.my
  1. Mencetak Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berdasarkan senarai semak.
  1. Mendapatkan ulasan daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceraian di kariah ( Jurunikah di Masjid Kariah)
  1. Menghantar borang Permohonan Kebenaran Berkahwin bersama dokumen sokongan ke Pejabat Agama Islam Daerah di tempat tinggal pemohon untuk mendapatkan Kebenaran berkahwin.
  1. Serah kepada pihak Perempuan untuk proses Permohonan Kebenaran Berkahwin Perempuan (jika pemohon lelaki)
  1. Pemohon perempuan mendapatkan Kebenaran Berkahwin mengikut proses di (a) hingga (d) Majlis akad nikah dilaksanakan.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan di Pejabat Agama Islam Daerah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh akad nikah iaitu dalam bulan Oktober dan ke atas. Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan adalah sah untuk tempoh sembilan puluh hari dari tarikh Kebenaran Untuk Berkahwin dikeluarkan.

Pemohon boleh hadir semula ke Pejabat Agama Islam Daerah yang mengeluarkan kebenaran berkahwin tersebut untuk memperbaharui Kebenaran berkahwin yang telah tamat tempoh.

Pemohon boleh menggunakan Kebenaran Untuk Berkahwin dari Negeri Johor dengan syarat telah meletakkan tempat pernikahan di Kedah  pada borang SPPIM. Pemohon juga hendaklah membawa Kebenaran Untuk Berkahwin tersebut ke Pejabat Agama Islam Negeri Kedah untuk bernikah di Kedah.

Waris boleh membantu menghantar permohonan untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin dengan mengemukakan dokumen yang lengkap.

Pemohon perlu membuat Tindakan berikut:

  1. Mengisi Borang Permohonan secara dalam talian di laman sesawang https//:www.sppim.gov.my
  1. Mencetak Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berdasarkan senarai semak.
  1. Mendapatkan ulasan daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceraian di kariah ( Jurunikah di Masjid Kariah)
  1. Menghantar borang Permohoan Kebenaran Berkahwin bersama dokumen sokongan ke Pejabat Agama Islam Daerah di tempat tinggal pemohon untuk mendapatkan Kebenaran berkahwin.
  1. Serah kepada pihak Perempuan untuk proses Permohonan Kebenaran Berkahwin Perempuan (jika pemohon lelaki)
  1. Pemohon perempuan mendapatkan Kebenaran Berkahwin mengiku proses di (a) sehingga (d).
  1. Mohon kebenaran kedutaan Malaysia di negara tempat bernikah.
  1. Setelah bernikah, bawa semua dokumen ke kedutaan Malaysia untuk pengesahan perkahwinan
  2. Mendaftarkan perkahwinan di Selangor dalam tempoh 6 bulan selepas pernikahan dilaksanakan.

Prosedur bagi permohonan berkahwin individu berumur bawah 18 tahun adalah seperti berikut:

  1. Mengisi Borang Permohonan secara dalam talian di laman sesawang https//:www.sppim.gov.my
  1. Mencetak Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berdasarkan senarai semak.
  1. Mendapatkan ulasan daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan di kariah (Jurunikah di Masjid Kariah)
  1. Mendapatkan Surat iringan Permohonan Kebenaran Berkahwin di bawah Umur dariPejabat Agama Islam Daerah untuk di panjangkan ke Mahkamah Rendah Syariah (MRS).
  1. Mengemukakan Perintah/ Penghakiman Kebenaran Berkahwin di bawah Umur dari MRS bersama Borang 2 dan dokumen sokongan ke PAID untuk sesi rundingcara.
  1. Mengemukakan Borang Permohonan, dokumen sokongan, Perintah/ Penghakiman Kebenaran Berkahwin dan Laporan Rundingcara Kekeluargaan Perkahwinan Bawah Umur untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin dari PAID.
  1. Mendapatkan kelulusan dan Kebenaran Berkahwin daripada Pendaftar PAID.
  1. Menyerahkan dokumen Kebenaran Berkahwin kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar Perkahwinan untuk majlis akad nikah.

Pemohon boleh mengemukakan Permohonan untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin mengikut prosedur berikut:

  1. Mengisi Borang Permohonan secara dalam talian di laman sesawang https//:www.sppim.gov.my
  2. Mencetak Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berdasarkan senarai semak.
  3. Mengisi Borang Akuan Pengesahan Permastautinan ( Borang 1) dan mendapatkan pengesahan di hadapan Nazir Masjid/ Pengerusi Surau/ Penghulu/ Ketua Kampung Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/ Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)/ Pengerusi Jawatankuasa Bersama yang beragam Islam atau mana-mana yang beragama Islam yang dilantik oleh pihak berkuasa melantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa    untuk mengetuai sesuatu komuniti di tempat tinggal pemohon.
  4. Mendapatkan ulasan daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceraian di kariah ( Jurunikah di Masjid Kariah)
  5. Menghantar borang Permohonan Kebenaran Berkahwin bersama dokumen sokongan ke Pejabat Agama Islam Daerah tempat pemohon bermastautin untuk mendapatkan Kebenaran berkahwin.
  6. Serah kepada pihak Perempuan untuk proses Permohonan Kebenaran Berkahwin Perempuan (jika pemohon lelaki).
  7. Pihak perempuan mendapatkan Kebenaran Berkahwin mengikut proses (a) hingga (e).
  8. Majlis akad nikah dilaksanakan.

Pemohon boleh mebuat permohonan Wali Hakim mengikut prosedur berikut:

  1. Mengisi Borang Permohonan secara dalam talian di laman sesawang https//:www.sppim.gov.my
  2. Mencetak Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berdasarkan senarai semak.
  3. Mendapatkan ulasan daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceraian di kariah ( Jurunikah di Masjid Kariah)
  4. Jika permohonan memerlukan Wali Raja ( Wali Hakim / Janda Berhias / Bawah Umur:
  • Dapatkan ulasan dan surat iringan PAID ke Mahkamah Rendah Syariah (MRS). Lampirkan laporan siasatan jika berkaitan; dan
  • Kemukakan Borang Permohonan, dokumen sokongan, Kebenaran Berkahwin lelaki dan Perintah/ Penghakiman Kebenaran Berkahwin dari MRS untuk mendapatkan kelulusan dan Kebenaran Berkahwin daripada PAID.
  • Mendapatkan kelulusan dan Kebenaran Berkahwin daripada Pendaftar PAID.
  • Menyerahkan dokumen Kebenaran Berkahwin kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar Perkahwinan untuk pelaksanaan majlis akad nikah.

Permohonan Wali Hakim dikemukakan di Mahkamah Syariah. Maklumat lanjut berkaitan tempoh kelulusan boleh merujuk terus ke Mahkamah Rendah Syariah berdekatan tempat tinggal pemohon.

Sekiranya si bapa enggan menjadi wali pernikahan anaknya, permohonan wali hakim hendaklah di kemukakan ke Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa. Abang tidak boleh menjadi wali pernikahan dalam situasi ini.

Ya, Surat Perakuan Nikah adalah dokumen wajib yang perlu sertakan dalam permohonan seorang perempuan untuk berkahwin.

Dalam situasi HIV/ Aids, sebaik-baiknya pasangan hendaklah mengelak perkahwinan antara mereka, melainkan wujud persetujuan dan kesefahaman yang jelas serta wali perlu dimaklumkan tentang perkara ini.

Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah yang mengeluarkan Surat Perakuan Nikah ibu bapa tersebut untuk membuat carian dan membuat permohonan Salinan Catatan Dalam Daftar Perkahwinan (salinan surat nikah) dengan fi yang ditetapkan.

Tuan boleh mengemukakan permohonan untuk berpoligami walaupun tanpa kebenaran isteri dengan mengikut prosedur yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Mengisi Borang Permohonan secara dalam talian di laman sesawang https//:www.sppim.gov.my
  2. Mencetak Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berdasarkan senarai semak.
  3. Mendapatkan ulasan daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan di kariah ( Jurunikah di Masjid Kariah)  
  4. Mendapatkan surat iringan dari PAID untuk Permohonan Kebenaran Berkahwin   Poligami Seksyen 23 ke Mahkamah Tinggi Syariah (MTS).
  5. Mendapatkan kelulusan dan Kebenaran Berkahwin dari PAID setelah memperoleh  Perintah/ Penghakiman Kebenaran Berkahwin poligami dari MTS.
  6. Menyerahkan Borang Permohonan, dokumen sokongan dan Kebenaran Berkahwin pihak lelaki kepada pihak perempuan.
  7. Pihak perempuan mendapatkan Kebenaran Berkahwin
  8. Pelaksanaan majlis akad nikah

Bayaran adalah sebanyak RM230 iaitu RM150 kepada jurunikah, RM40 untuk pendaftaran perkahwinan dan RM40 kepada dua orang saksi.

Permohonan pendaftaran kad MyRadha’ah adalah secara PERCUMA.

Pemohon dan pasangan boleh hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah dimana suami bermastautin ketika perkahwinan berlaku pada tahun 1985, untuk permohonan mendaftarkan pernikahan. Tuan akan mendapat Surat Perakuan Nikah selepas lengkap semua proses berkaitan pendaftaran tersebut.

Tidak boleh. Tuan dan pasangan boleh mendaftarkan perkahwinan di Melaka iaitu tempat dimana Kebenaran Berkahwin telah di keluarkan.

Tiada pengecualian penalti. Proses bagi pendaftaran perkahwinan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon hendaklah hadir ke PAID tempat pemohon perempuan bermastautin    semasa pernikahan berlangsung.
  1. Membawa Surat Permohonan Pengesahan Nikah dan Perintah Daftar ke MRS yang dikeluarkan oleh PAID.
  1. Hadir ke Bahagian / Unit Pengurusan Penguatkuasaan (BPN) untuk Siasatan Kesalahan Kes Matrimoni.
  1. Hadir semula ke PAID dengan mengemukakan dokumen sokongan yang ditetapkan termasuk resit denda.
  1. Pendaftaran pernikahan diproses.
  1. Pasangan menerima Surat Perakuan Nikah

Pemohon boleh membuat permohonan (sertakan Salinan Surat Perakuan Nikah dan Gambar berukuran passport berlatar belakang putih) di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang mengeluarkan surat nikah pemohon atau hadir di :

Kaunter One Stop Centre (OSC),
Aras Bawah (G), Menara Selatan,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid Bukit SUK,
40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 40.00 untuk 2 keping kad.

Boleh, dengan mengemukakan dokumen berkaitan, dan pembayaran RM 20.00 bagi sekeping kad.

Tidak boleh, Kad Nikah MyNCR hanya dikeluarkan untuk pasangan yang berkahwin di negeri Selangor.

Tidak perlu, tetapi sekiranya berminat boleh memohon kad nikah pintar  melalui Kaunter OSC, di Aras Bawah, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah pada setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat) dari jam 8.30 pagi – 4.30 petang, dengan mengemukakan sesalinan surat perakuan nikah, sekeping gambar suami, sekeping gambar isteri bertudung  dan membuat pembayaran RM 40.00 bagi 2 keping kad.

Tuan/ Puan boleh mendapatkan khidmat nasihat dan menghadiri sesi runding cara di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dengan mengemukakan semula permohonan melalui Borang Rundingcara Online di www.sppim.gov.my

Tuan/Puan dinasihatkanuntuk mendapatkan Khidmat Nasihat Kekeluargaan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tempat tuan/puan bermastautin dengan mengisi borang di www.sppim.gov.my. Sila klik Rundingcara Online dan isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Tuan/ puan akan dipanggil ke PAID untuk sesi khidmat nasihat mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tuan/puan boleh mendapatkan khidmat nasihat perkahwinan di Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dimana tuan/puan bermastautin

Tempoh sesi khidmat nasihat dijalankan adalah di antara 45 minit sehingga 60 minit (1 jam).

Tiada sebarang dokumen di perlukan. Tuan/puan hanya perlu mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sesi khidmat nasihat melalui pautan www.sppim.gov.my sebelum dipanggil hadir pada tarikh yang ditetapkan.

Tidak wajib, ia hanya sebagai satu usaha yang diambil untuk mendapatkan pandangan dan maklumat yang diperlukan, sebelum tindakan susulan dibuat untuk mengemukakan permohonan berkaitan di Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa

Pasangan yang ingi rujuk boleh mendaptakan khidmat nasihat kekeluargaan di JAIS/PAID dengan menghubungi JAIS di talian 0355143469/3458 atau mengisi aduan secara online di www.sppim.gov.my.  Sila klik rundingcara online bagi proses seterusnya.

Puan boleh memfailkan permohonan untuk bercerai melalui salah satu dari permohonan berikut:

  1. Seksyen 47: Permohonan cerai secara persetujuan bersama.
  2. Seksyen 50: Permohonan cerai dibawah takliq atau janji.
  3. Seksyen 53: Permohonan cerai secara fasakh.

Walau bagaimanapun, puan digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perkara ini supaya jelas proses permohonan dan kesan dari pembubaran perkahwinan.

Walaupun suami telah meninggalkan puan dalam tempoh yang lama tanpa khabar berita, puan masih dikira sebagai pasangan suami isteri. Perceraian hanya berlaku apabila mahkamah syariah mensabitkan penceraian telah berlaku antara puan dan suami.

Tuan/ Puan boleh hadir ke Mahkamah Rendah Syariah untuk mengemukakan permohonan penceraian

Pemohon perlu mendaftarkan penceraian dan rujuk yang pertama terlebih dahulu sebelum membuat pengesahan cerai kali ke dua.

Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah yang mengeluarkan Surat Perakuan Cerai tersebut untuk membuat carian dan membuat permohonan Salinan Catatan Dalam Daftar Perkahwinan (salinan surat cerai) dengan fi yang ditetapkan

Jika suami telah melafazkan rujuk, lafaz rujuk tersebut sah walaupun isteri tidak bersetuju

Pemohon boleh mewakilkan waris terdekat untuk mengambil SPR dengan menyertakan Surat Wakil, salinan kad pengenalan pemohon dan salinan kad pengenalan wakil.

Jika syarat taklik berlaku, suami atau isteri hendaklah segera melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah dimana puan tinggal.

Khidmat nasihat sebelum bercerai adalah satu usaha bagi menyelamatkan perkahwinan yang mempunyai beberapa masalah. Ia tidak diwajibkan, tetapi sangat digalakkan sebagai mdium perbincangan yang diaturkan oleh Jabatan dalam membantu orang awam. Jika pasanganenggan hadir, tuan/ puan boleh membuat apa-apa keputusan selepas mendapatkan maklumat yang tepat.

Tuan/ Puan boleh mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di laman web  www.jais.gov.my. Sila klik Permohonan Mykad Radhaah dan memuat turun borang tersebut. Isi borang dengan lengkap. Tuan/ puan perlu melampirkan dokumen yang ditetapkan dan menghantar permohonan ke Bahagian Undang-Undang Keluarga di Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Borang yang telah siap dan lengkap akan diproses dalam tempoh 10 hari waktu bekerja. Apabila kad telah siap dicetak, tuan/ puan akan dihubungi untuk mengambil kad tersebut.

Syarat bagi memenuhi permohonan pendaftaran kad MyRadha’ah adalah:

  1. Bayi yang disusukan hendaklah menyusu sekurang-kurangnya 5 kali penyusuan sehingga kenyang.
  2. Umur bayi hendaklah di bawah umur 2 tahun.

Hendaklah mengisi borang yang telah disediakan di lama web www.jais.gov.my dan perlu dihantar ke Bahagian Undang-Undang keluarga

Tuan/ puan yang merupakan anak susuan boleh membuat permohonan melalui laman web www.jais.gov.my

Tuan boleh mewakili isteri membuat permohonan pendaftaran kad MyRadha’ah dengan diiringi surat wakil bagi pihak isteri tuan.

Puan layak membuat permohonan pendaftaran kad MyRadha’ah walaupun penyusuan susu ibu adalah secara tidak langsung dan hendaklah memenuhi kriteria ataupun syarat penyusuan.

Permohonan pendaftaran kad MyRadha’ah adalah secara PERCUMA.

Tuan/ puan boleh menghantar borang permohonan ke Bahagian Undang-Undang Keluarga, Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah Shah Alam. Pejabat beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Tuan/ puan boleh mendapatkan borang permohonan kad MyRadha’ah dengan memuat turun borang di laman web www.jais.gov.my.

Tuan perlu hadir ke kaunter Hotline Bahagian Penguatkuasaan bagi membuat aduan berkenaan kesalahan bercerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah. Setelah aduan dibuat tuan akan diberikan tarikh temujanji untuk rakaman percakapan oleh pegawai Penyiasat. Setelah sesi rakaman percakapan selesai, tuan perlu hadir ke Unit Undang-undang Keluarga Islam Daerah petaling bagi membuat permohonan pendaftaran perceraian bagi proses pengeluaran Surat Perakuan Cerai.

Tuan perlu membawa dokumen berikut :

(a)        Kad Pengenalan

(b)        Perintah Mahkamah berkenaan pengesahan lafaz cerai.

(c)        Saman dan Penyata tuntutan kes pengesahan perceraian di Mahkamah.

(d)        Surat Perakuan Pernikahan.

Aduan boleh dibuat secara bertulis atau lisan seperti berikut:-

(a)        Hadir ke kaunter Hotline JAIS 24 jam di Aras G, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam Selangor.

(b)        Menghubungi talian Hotline 24 jam : 1800-88-2424.

(c)        Menulis surat dan dihantarkan ke alamat: Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 4 Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor. Kandungan surat perlulah menyatakan nama pengadu, alamat, nombor telefon yang boleh dihubungi dan maklumat yang hendak diadukan.

(d)        Menerusi email: inkuiri.bpn@gmail.com Kandungan e-mail perlulah menyatakan nama pengadu, alamat, nombor telefon yang boleh dihubungi dan maklumat yang hendak diadukan.

Seseorang dianggap bersubahat di dalam kesalahan Jenayah Syariah sekiranya:

(a)        Mengetahui sesuatu perlakuan jenayah syariah namun tidak melaporkan

(b)        Menghasut untuk melakukan kesalahan

(c)        Turut terlibat dalam melakukan kesalahan

(d)        Membantu dalam melakukan kesalahan

Tidak. Namun, orang awam disarankan untuk membantu memberikan maklumat kepada Penguatkuasa Agama untuk diambil tindakan.

Tidak perlu, kerana pegawai Penguatkuasa Agama telah mempunyai kuasa tanpa melibatkan pihak polis.

Tangkapan oleh orang awam tidak sah mengikut undang-undang.

Pegawai Polis dan Pegawai Masjid juga boleh menangkap seseorang yang telah melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Syariah.

Selepas menerima aduan yang lengkap, pegawai penguatkuasa bertindak melaksanakan aduan seperti berikut:

(a)        Mengenalpasti elemen-elemen kesalahan

(b)        Mengambil tindakan Penguatkuasaan

(c)        Melengkapkan fail siasatan

Pegawai Penguatkuasa Agama hanya berbidang kuasa di dalam Negeri Selangor sahaja.

Tempoh yang diperlukan oleh pegawai penguatkuasa mengambil tindakan adalah masa yang munasabah mengikut kategori kesalahan yang diadukan.

Maklumat pengadu dikategorikan sebagai SULIT, ia tidak boleh didedahkan dan tidak akan diberitahu kepada umum sama ada secara langsung atau tidak langsung. Maklumat pengadu hanya diketahui oleh orang-orang yang perlu mengetahui kandungannya dalam masa menjalankan tugas-tugas rasmi mereka.

Maklumat yang diperlukan ialah:

(a)        Kesalahan yang disyaki berlaku;

(b)        Alamat tempat kejadian;

(c)        Tanda-tanda yang menunjukkan kejadian sedang/akan/telah berlaku; dan

(d)        Maklumat lain yang menyokong seperti jenis kenderaan yang digunakan, nombor pendaftaran kenderaan atau lain-lain.

Mengemukakan surat permohonan kepada Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor.

Apabila seseorang yang telah berkahwin di luar negara tanpa kebenaran dari pejabat Agama atau Mahkamah, hendaklah segera mendaftarkan perkahwinannya di pejabat Agama yang berhampiran dan untuk mendapatkan surat iringan ke Mahkamah Syariah bagi mengesahkan pernikahannya. Selepas pihak Mahkamah mengesahkan pernikahannya pasangan perlu pergi ke Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan bagi tindakan kesalahan berhubungan dengan perkahwinan yang menyalahi peraturan.

1)         sekiranya pemohon telah mempunyai perintah pengesahan dan perintah daftar daripada Mahkamah Tinggi Syariah , pemohon hanya perlu ke PAID untuk mengemukakan dokumen berkaitan untuk proses pengeluaran Surat Perakuan Nikah.

2)         Sekiranya pemohon belum mempunyai perintah pengesahan dan perintah daftar daripada Mahkamah Tinggi Syariah maka pemohon perlu ke PAID untuk mendapatkan surat iringan untuk dibawa ke mahkamah bagi membuka fail permohonan Pengesahan Pendaftaran perkahwinan poligami tanpa kebenaran.

Puan boleh menguruskan pendaftaran perkahwinan tersebut di Selangor secara sebelah pihak dengan memenuhi syarat-syarat berikut :

1)         Suami bermastautin di  Selangor semasa pernikahan (perlu mengemukakan bukti dokumen) atau

2)         Puan bermastautin di Selangor semasa pernikahan Puan perlu hadir ke PAID bagi mendapatkan surat iringan untuk memulakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah alam.

Pemohon perlu merujuk ke PAID untuk proses pendaftaran perkahwinan sebelum berkuatkuasa enakmen. Walaubagaimanapun kes tersebut akan dipanjangkan ke Mahkamah kerana pernikahan secara sindiket bagi proses pengesahan nikah terlebih dahulu. Proses penalti dikecualikan.

Pasangan tersebut perlu hadir ke PAID dimana beliau bermastautin untuk permohonan pendaftaran perkahwinan sebelum berkuatkuasa enakmen di bawah seksyen 33 EUUKIS 2003. Walau bagaimanapun pemohon perlu mengemukakan dokumen berkaitan perkahwin yang sah dan diiktiraf dan siasatan nikah bagi mengesahkan perkahwinan dari sudut hukum syarak akan di buat oleh Pendaftar di PAID terlebih dahulu. Sekiranya wujud keraguan pada pernikahan mengikut hukum syarak, kes akan dipanjangkan ke Mahkamah syariah yang berbidangkuasa. Setelah mendapatkan perintah pengesahan. Perkahwinan boleh terus didaftarkan tanpa melalui penalti.

Perkahwinan tersebut boleh didaftarkan di bawah seksyen 31 EUUKIS 2003, tidak perlu melalui proses aduan dan siasatan di penguatkuasa melainkan wujud kes lewat mendaftarkan perkahwinan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 31 (5) EUUKIS 2003 yang membawa kesalahan di bawah seksyen 35 EUUKIS 2003.

Tuan perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah dimana tuan bermastautin semasa perkahwinan untuk melaporkan kepada Pendaftar Perkahwinan berkenaan perkahwinan tersebut. Pendaftar akan mengeluarkan surat Permohonan Pengesahan dan Perintah Pendaftaran untuk tuan kemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di daerah yang sama. Di Mahkamah tersebut, tuan akan melalui proses permohonan pengesahan perkahwinan dan perlu mengisi dan menfailkan permohonan dan affidavit. Setelah mendapat perintah pengesahan daripada Mahkamah, tuan perlu hadir ke Unit/bahagian penguatkuasaan untuk membuat aduan bagi kesalahan perkahwinan tanpa kebenaran.

Perkahwinan puan boleh didaftarkan tetapi perlu melalui proses Pendaftaran perkahwinan tanpa kebenaran Pendaftar dibawah seksyen 12(2) EUUKIS 2003 dan boleh dikenakan penalti di bawah seksyen 40 (2) EUUKIS 2003. Perkahwinan yang boleh terus didaftarkan adalah perkahwinan yang dilansungkan di Kedutaan Malaysia di luar Negara oleh Pendaftar yang dilantik. Semua rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di luar perlu mendapat kebenaran berkahwin terlebih dahulu dari Pejabat Agama Islam.

Bagi situasi kes tuan, kesalahan yang terlibat adalah sebagaimana berikut :-

i.           Pasangan Lelaki (suami) boleh dikenakan kesalahan :

1)      Berpoligami tanpa kebenaran mahkamah di bawah seksyen 124 EUUKIS 2003, membawa hukuman maksima RM1000.00 atau penjara selama 6 bulan atau kedua-duanya.

2)      kesalahan bersubahat dengan isteri kerana tidak memohon kebenaran berkahwin iaitu seksyen 134 dibaca bersama 40(2), membawa hukuman maksima RM1000.00 atau penjara selama 6 bulan atau kedua-duanya.

3)      kesalahan bersubahat dengan wali mengakad nikah tanpa kebenaran seksyen 134 dibaca bersama seksyen 40(1), membawa hukuman maksima RM1000.00 atau penjara selama 6 bulan atau kedua-duanya.

4)      kesalahan tidak melaporkan perkahwinan seksyen 126(2) dibaca bersama seksyen 27 enakmen yang sama, membawa hukuman maksima RM1000.00 atau penjara selama 6 bulan atau kedua-duanya.

5)      Kesalahan mempersendakan undang-undang di bawah seksyen 10(c) Enakmen Jenayah Syariah 1995 membawa hukuman rm5000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.

ii.         Pasangan perempuan (isteri)  boleh dikenakan kesalahan :

1)      Kesalahan berkahwin tanpa kebenaran pendaftar dibawah seksyen 40 (2) EUUKIS 2003, yang membawa hukuman maksima RM1000.00 atau penjara selama 6 bulan atau kedua-duanya.

2)      kesalahan bersubahat dengan perkahwinan poligami tanpa kebenaran dibawah seksyen 134 dibaca bersama seksyen 124 yang membawa hukuman maksima RM1000.00 atau penjara selama 6 bulan atau kedua-duanya.

3)      Kesalahan bersubahat dengan jurunikah mengakad nikah tanpa kebenaran seksyen 134 dibaca bersama seksyen 40(1) enakmen yang sama, yang membawa hukuman maksima RM1000.00 atau penjara selama 6 bulan atau kedua-duanya.

4)      Kesalahan bersubahat kerana tidak melaporkan perkahwinan di bawah seksyen 126(2)

5)      Kesalahan mempersendakan undang-undang di bawah seksyen 10 (c)Enakmen Jenayah Syariah 1995 membawa hukuman rm5000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.

iv.       Saksi perkahwinan serta semua yang menyaksikan atau menghadiri majlis perkahwinan boleh dikenakan tindakan kesalahan bersubahat bagi kesemua kesalahan induk yang terlibat diatas.

Ya, bapa dan dua orang adik tuan akan turut disiasat oleh pihak penguatkuasa dan boleh dikenakan tindakan kesalahan percubaan dan subahat di bawah seksyen 134 EUUKIS 2003.

Surat perakuan perkahwinan tidak akan terus dikeluarkan sehingga tuan melalui proses penalti di Mahkamah bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah. Tindakan selanjutnya adalah sebagaimana berikut :-

i.          Hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang mengeluarkan surat iringan(Surat Permohonan Pengesahan dan Perintah Pendaftaran).

ii.         Membuat aduan di :-

            a)       Bahagian Penguatkuasa bagi daerah Petaling sahaja

           b)       Unit Penguatkuasa Daerah bagi daerah Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat & Kuala Langat.

iii.        Mendapatkan tarikh dan masa temujanji siasatan serta senarai semak dokumen yang perlu dibawa ketika siasatan.

iv.        Hadir temujanji bersama semua saksi dan membawa semua dokumen yang telah disenaraikan.

v.         Hadir ke Mahkamah untuk proses penalti kesalahan mengikut tarikh panggilan mahkamah.

vi.        Kemukakan bukti melaksanakan hukuman seperti resit bayaran, surat tak terus prosiding atau apa-apa dokumen berkenaan  ke Unit Undang-undang Keluarga Islam Daerah bagi proses pengeluaran Surat Perakuan Perkahwinan.

Tiada peruntukan boleh diambil bagi kes ini kecuali telah nyata bukti hasutan atau memaksa atau memujuk oleh mana-mana orang terhadap pasangan suami atau isteri itu.

Mana-mana orang yang memujuk lari seseorang perempuan bersuami atau membawanya pergi atau dengan apa-apa cara lain, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Mana-mana orang yang menghalangi pasangan yang sudah berkahwin secara sah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun  atau kedua-duanya.

Puan dinasihatkan pergi ke Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS atau pejabat Agama Islam yang berhampiran untuk mendapatkan surat iringan ke Mahkamah bagi mengesahkan perkahwinan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran perkahwinan.

Ya, bagi kesalahan yang berhubung dengan perkahwinan (kes Matrimoni) terdapat dalam Enakmen Undang-undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 seperti poligami tanpa kebenaran mahkamah, pernikahan tanpa kebenaran, perceraian diluar mahkamah, Isteri tidak menurut perintah dan subahat.

Mana-mana:-

  1. orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;
  2. orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Ya ia menjadi kesalahan di bawah seksyen 18 (2) EJSS : Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ya, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 29 (a) & (b) EJSS iaitu Khalwat:-

i. Mana-mana:-

(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Ya, anda boleh dikenakan tuduhan kerana subahat dibawah Seksyen 51 EJSS. . Penyubahat bertanggungan bagi kesalahan yang disubahati dan kesalahan tambahan yang dilakukan.

Jika perbuatan yang dilakukan adalah merupakan tambahan kepada perbuatan yang disubahati dan membentuk suatu kesalahan berasingan, dan penyubahat itu tahu bahawa perbuatan tambahan itu mungkin berlaku, maka penyubahat itu boleh dihukum bagi setiap kesalahan itu.

Ya, Ia merupakan satu kesalahan seperti seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Majlis boleh memungut atau, dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang, dengan apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis, memungut wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum

Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut dalam subseksyen (1) kecuali dengan kebenaran nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1).

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Hukuman bagi kesalahan khalwat apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan:-

(a)  menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu;

(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Ya.Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pasangan kekasih yang berada di dalam kereta di tempat awam di dalam keadaan yang mencurigakan adalah satu kesalahan mengikut maksud khalwat di dalam enakmen jenayah syariah negeri Selangor. Misalan:berada pada waktu malam gelap, dalam hujan lebat dan di tempat sunyi jauh daripada orang ramai.

Muncikari ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa tujuan yang menyalahi Hukum Syara’.

Maksud ‘sumbang mahram’ ialah persetubuhan antara lelaki dengan perempuan yang mengikut Hukum Syara’ dilarang mengahwini satu sama lain.

Ya. Milah boleh di dakwa di bawah seksyen 25 (2 ) EJSS. Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Kesalahan yang disebut sebagai kesalahan akidah ialah pemujaan salah, mendakwa diri bukan Islam untuk mengelak daripada diambil tindakan, takfir, doktrin palsu, dakwaan palsu dan mengikut atau mengamalkan ajaran yang meragukan serta telah difatwakan sesat / menyeleweng sebagaimana diperuntukan di bawah Bahagian II, Enakmen Jenayah Syariah.

Kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya ialah mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadis, menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina, memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadah, menghina pihak berkuasa agama, pendapat yang bertentangan dengan fatwa dan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum Syara’. sebagaimana diperuntukan di bawah Bahagian III, Enakmen Jenayah Syariah.

Takfir ialah seseorang yang menuduh seseorang itu kafir atau seumpamanya dengan cara mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata sama ada secara lisan atau tulisan atau dengan isyarat atau dengan apa-apa perbuatan.

Doktrin palsu ialah mengajar atau menjelaskan sesuatu perkara atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan hukum Syara’.

Dakwaan palsu ialah mana-mana orang yang mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi atau Imam Mahdi atau wali atau menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia.

Denda tidak melebihi RM5000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam sesetengah kesalahan ada juga yang boleh dikenakan hukuman sebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Boleh diambil tindakan di bawah peruntukkan Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pindaan 2015 iaitu kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

Pasangan kekasih yang berada di dalam kereta di tempat awam di dalam keadaan yang mencurigakan adalah satu kesalahan mengikut maksud khalwat di dalam enakmen jenayah syariah negeri Selangor. Misalan:berada pada waktu malam gelap, dalam hujan lebat dan di tempat sunyi jauh daripada orang ramai.

Muncikari ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa tujuan yang menyalahi Hukum Syara’.

Maksud ‘sumbang mahram’ ialah persetubuhan antara lelaki dengan perempuan yang mengikut Hukum Syara’ dilarang mengahwini satu sama lain.

Ya. Milah boleh di dakwa di bawah seksyen 25 (2 ) EJSS. Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.