BERITA DAN AKTIVITI

Stanco Agama Islam Tetapkan Hala Tuju 2024

SHAH ALAM, 14 Februari 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Agama Islam Bil.1 Tahun 2024 telah diadakan di ibu pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam & Pembudayaan Imovasi Negeri Selangor ini bermula pada 9.00 pagi telah membincangkan hala tuju pengurusan agama Islam di Negeri Selangor untuk tahun 2024. Setiap agensi juga telah membentangkan Key Performence Indicator(KPI) Tahun 2024 masing-masing bagi tujuan makluman dan penyelarasan di peringkat jawatankuasa.

Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor, YAD Dato’ Setia Prof Madya Dr Haji Anhar bin Haji Opir, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor  Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Sahibus Saadah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad dan wakil- wakil agensi Islam yang lain  dari Jabatan Pendakwaan Syarie Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor serta pegawai-pegawai kanan agensi.

Mesyuarat yang tamat pada pukul 3.45 petang ini juga telah menyelaraskan tindakan-tindakan berkaitan hal ehwal Islam bagi tahun 2024 dengan memberi keutamaan bagi mengangkat kesatuan ummah dan meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat Negeri Selangor dalam urusan-urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri ini.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor