Bahagian Khidmat Pengurusan berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan dengan cekap dan berkesan meliputi Unit Pentadbiran dan Perolehan, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Pembangunan, Unit Teknologi Maklumat , Unit Pengurusan Aset dan Stor, Unit Integriti dan Tatatertib dan Unit Korporat dengan peranan dan fungsi tersendiri.

Objektif

  • Mengambil berat hal-hal kebajikan warga JAIS.
  • Melaksanakan program pembudayaan dan penginstitusian integriti organisasi.
  • Menyelaras aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  • Melaksanakan pengesanan dan pengesahan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  • Memantau aktiviti pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Menyelaras mesyuarat lembaga tatatertib perkhidmatan awam kumpulan sokongan.
  • Mewujudkan sistem urus tadbir yang efisyen dan berintegriti.
  • Memastikan pengurusan perolejan dikendalikan dengan efektif dan sistematik serta mematuhi Peraturan-peraturan dan Pekeliling-pekeliling Kerajaan.
  • Memastikan pengurusan penyelenggaraan, keselamatan, kebersihan, keeriaan dan landskap Bangunan sentiasa berada dalam keadaan yang baik, selesa dan teratur.
  • Memberi perkhidmatan kepada semua warga JAIS secara efektif dan efisyen.
  • Mewujudkan serta melaksanakan sistem pentadbiran yang cekap dan berkualiti.
  • Mewujudkan satu pengurusan Kewangan yang berkesan dan bersistematik dengan mematuhi Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan kewangan.
  • Merancang program dan aktiviti berteraskan kepada kerajaan Elektronik.
  • Merancang dan menyediakan kemudahan fizikal, tempat beribadat orang Islam, Sekolah Agama dan Pejabat Agama mengikut keperluan terkini.
  • Merancang dan melaksanakan keperluan lantikan kepada semua warga JAIS dalam meningkatkan profesionalisma.
  • Menyelaras pelaksanaan tadbir urus terbaik organisasi.
  • Merancang program pengiktirafan kakitangan dan pencapaian prestasi bagi submodul skt, lnpt dan perisytiharan harta.
  • Menyelaras program psikologi organisasi.

Fungsi dan Peranan Unit-Unit

Unit Pentadbiran dan Perolehan

  • Merancang, mengurus dan memantau pengurusan pentadbiran JAIS dan pelaksanaan aktiviti MS ISO 9001 : 2015 dan MS 1900:2014.
  • Bertanggungjawab dalam perancangan penambahbaikan pentadbiran organisasi.

Unit Pengurusan Sumber Manusia

  • Mengurus segala urusan berhubung perkhidmatan, perjawatan JAIS, latihan kepada semua pegawai JAIS dan tatatertib serta rekod prestasi

Unit Kewangan

  • Mengurus permohonan perolehan daripada ketua-ketua bahagian
  • Mengurus pembayaran gaji pegawai dan kakitangan tetap, kontrak dan sambilan
  • Mengawal peruntukan belanja mengurus
  • Mengurus pembayaran bagi semua jenis perbelanjaan termasuk tuntutan elaun-elaun
  • Menguruskan proses tender dan sebutharga
  • Mengurus rekod harta modal, inventori dan bekalan pejabat kewangan yang berkaitan

Unit Pembangunan

  • Merancang & melaksanakan projek pembangunan jabatan
  • Menyediakan anggaran belanja pembangunan dalam masa 5 tahun.
  • Mengawal peruntukan belanja mengurus
  • Mengurus pembayaran bagi semua jenis perbelanjaan termasuk tuntutan elaun-elaun
  • Menguruskan proses tender dan sebutharga
  • Mengurus rekod harta modal, inventori dan bekalan pejabat kewangan yang berkaitan

Unit Teknologi Maklumat (IT)

  • Melaksanakan program dan aktiviti yang selaras dengan wawasan Negara ke arah Kerajaan Elektronik
  • Membangunkan aplikasi dan sistem yang berkaitan dengan pengurusan perkhidmatan di dalam pemodenisasi pengurusan JAIS
  • Menyediakan prasarana dan infrastruktur Teknologi Maklumat di setiap bahagian JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah
  • Memberi perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan teknologi maklumat kepada semua bahagian JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah

Unit Korporat

Seksyen Komunikasi Korporat

  • Memastikan urusan Aduan Pelanggan Jabatan diuruskan dengan baik dan berkesan.
  • Memastikan maklumat jabatan disampaikan dan disebarkan kepada pihak tertentu dengan telus.
  • Memastikan penerbitan jabatan yang diterbitkan dapat memberi informasi kepada masyarakat.

Seksyen Majlis & Keraian

  • Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan Program Majlis Rasmi Jabatan dan Hari Kebesaran Islam serta Perasmian Institusi-institusi Agama Islam di Negeri Selangor.

Unit Pengurusan Aset dan Stor

  • Memastikan aset kerajaan dan stor diuruskan dengan cekap, baik dan sistematik, seiring dengan dasar dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Menyediakan fasiliti yang selamat, bersih dan selesa.
  • Menyediakan perkhidmatan bekalan barangan stok yang mencukupi mengikut keperluan pelanggan.

Unit Integriti dan Tatatertib

  • Mentadbir pengurusan integriti dan prestasi organisasi bagi membendung salahlaku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika Jabatan Agama Islam Selangor di kalangan kakitangan serta memastikan pencapaian sasaran kerja yang ditetapkan.