Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan,Jabatan Agama Islam Selangor adalah salah satu daripada 13 bahagian yang diwujudkan sebagai kuasa eksekutif bagi menjalan dan menggerakkan aktiviti Jabatan Agama Islam Selangor.

Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan ditugaskan sebagai sayap yang memastikan tugas-tugas mencegah kemungkaran dan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan berhemah, berhikmah, cekap, berani dan telus.

Bahagian ini telah melalui perkembangan yang pesat dari segi fungsi, keanggotaan, peralatan dan cara bekerja secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1995.

Sehingga kini Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor dianggotai oleh 115 orang anggota pelbagai kategori. Ini adalah jumlah anggota penguatkuasa agama teramai jika dibandingkan dengan anggota-anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri-negeri lain di Malaysia.

Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah yang beribu pejabat di Tingkat 4, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, No.2 Persiaran Masjid Bukit SUK Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan yang menguruskan hal ehwal pentadbiran, kakitangan dan siasatan serta keperluan logistik bahagian seluruh Negeri Selangor.

Bahagian ini telah mewujudkan Bilik Gerakan 24 (Hotline) jam yang beroperasi di Tingkat Bawah, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor. Bahagian ini mempunyai 8 cawangan yang ditempatkan di setiap 8 daerah di seluruh Negeri Selangor bagi melaksanakan dasar-dasar & prinsip-prinsip yang sama dalam melaksanakan tugas.

Paradigma baru Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan adalah cuba melihat bahawa penguatkuasaan undang-undang adalah sebahagian daripada tugas-tugas pencegahan.

Bahagian ini juga merupakan satu-satunya di Malaysia yang menubuhkan pasukan khas bagi menangani isu-isu umat Islam di Negeri Selangor dalam berbagai-bagai aspek yang terkeluar daripada penyelesaian undang-undang yang dinamakan Unit Tindakan Khas (UTK).

Rentetan itu, pelbagai langkah melalui konsep pencegahan dilaksanakan dalam menjalankan tugas agar penampilan dan kehadiran Pegawai Penguatkuasaan Agama JAIS, sentiasa dirasai ditengah-tengah masyarakat, antaranya mewajibkan pakaian seragam, memasang “Strike”, “Light Bar” dan “PA sistem” di kesemua kenderaan bahagian.

Bahagian ini adalah satu-satunya juga bahagian yang mewujudkan Bilik Gerakan 24 jam ( Hotline ). Sistem pengoperasiannya telah ditetapkan dengan dikendalikan oleh enam (6) orang yang dilantik khas bagi mengendalikan sistem maklumat sehenti (one stop centre) diperingkat Negeri Selangor. Mereka akan berhubung melalui talian telifon khas iaitu 03 55190398, 03 55190930 dan alat perhubungan “walkie Talkie” antara bilik gerakan dan Kumpulan Operasi / Kumpulan Pencegahan. Kumpulan ini dianggotai oleh 24 orang anggota yang bekerja secara waktu anjal. 

Sehingga kini, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS menjadi penanda aras kepada negeri-negeri lain untuk mempertingkatkan kecekapan dan keupayaan dalam berbagai aspek. 

Tingkat 4, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam, Selangor.

Visi

Merealisasikan Khaira Al Ummah Melalui Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah.

Misi

Melahirkan Pasukan Penguatkuasa Yang Berintegriti Dan Professional dalam melaksanakan Tugas-Tugas Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah.

Objektif

Menguatkuasakan Undang-Undang Hal Ehwal Islam Dengan Penuh Integriti, Professional dan Efisien.

Objektif Kualiti

Piagam Pelanggan

Memberikan nombor rujukan maklumat awam kepada pemberi maklumat sekiranya diminta selepas satu maklumat lengkap diterima.

Memberi jawapan akuan terima don tindakan susulan yang akan diambil kepada semua surat menyurat yang diterima secara rasmi melalui pos/ berdaftar /faks don emel dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh minit KPP.

Memberi maklum bolas terhadap aduan yang diterima melalui aplikasi Hotline JAIS dalam tempoh tidak melebihi 48 jam.

Memberi maklum bolas terhadap permohonan laporan tangkapan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh minit KPP.

Fungsi Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan