BERITA DAN AKTIVITI

Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Tahun 2023

14 Mac 2024 (Khamis)- Majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama tahun 2023 telah diadakan di Dewan Jamuan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengumuman keputusan peperiksaan  telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Shopuan Anuar bin Ahmad; Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Seramai 2,860 orang calon telah mengambil peperiksaan pada tahun lalu, melibatkan 40 buah sekolah dari Sekolah Agama Menengah (SAM), Maahad Tahfiz Integrasi Selangor (MITS) dan Kelas Kafa Menengah (KKM) seluruh Negeri Selangor.

Keputusan keseluruhan peperiksaan SMA bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:

1.           SMA- 99% lulus. Gred Purata Negeri- 1.79

2.           SMATQ- 100% lulus. Gred Purata Negeri 1.60

3.           SMATQKBT- 100% lulus. Gred Purata Negeri- 1.88

4.           SMATD- 100% lulus. Gred Purata Negeri- 2.08

5.           SKM- 100% lulus. Gred Purata Negeri- 2.00

Tahniah diucapkan kepada semua calon.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor