BERITA DAN AKTIVITI

Lawatan Dan Sesi Kunjung Hormat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Ke Jabatan Agama Islam Selangor

SHAH ALAM, 06 FEBRUARI 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor.

Kunjung hormat ini diketuai oleh Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor bersama 4 pegawai. Kunjung hormat ini telah disambut oleh Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS, Tuan Mohd Faizal bin Raji Timbalan Pengarah (Pengurusan), Pemangku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan wakil dari Bahagian Pendidikan Islam serta Unit Pembangunan JAIS.

Kunjungan hormat ini diatur bagi tujuan menjalinkan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi bagi mengukuhkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat khususnya di Negeri Selangor. Berbagai perkongsian bagi meningkatkan peranan dan perkhidmatan telah dibincangkan dan akan disusuli dengan perbincangan lanjut. Semoga jalinan kerjasama ini dapat menatijahkan hasil terbaik utk manfaat orang Islam di Negeri Selangor.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor