BERITA DAN AKTIVITI

Majlis Simbolik Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Berserta Program Industrial Talk dan Persediaan Latihan Industri Pekerja Cemerlang, Idaman Majikan

BANGI, 31 Januari 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dijemput ke Majlis Simbolik Pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) anjuran Jabatan Undang- undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Selangor (UIS).

MoU ini merupakan perjanjian antara Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Selangor (UIS) bersama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

MoU ini dilaksanakan untuk mencapai persefahaman dalam menjalin pelbagai aktiviti kerjasama seperti membangun dan membentuk jaringan kepakaran, berkongsi kepakaran dalam bidang penyelidikan, penerbitan, dan informasi, menjalankan program penyelidikan, penerbitan jurnal serta persidangan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan, pendidikan serta kursus-kursus untuk memenuhi keperluan semasa, menempatkan pelajar-pelajar untuk menjalani latihan industri dan juga menjalankan kerjasama berkaitan apa-apa bidang lain yang akan dipersetujui kelak oleh pihak-pihak.

Dalam majlis yang sama, satu forum bertajuk “Pekerja Cemerlang, ldaman Majikan” yang merupakan gabungan program Industrial Talk dan program persediaan latihan industri dengan penglibatan khas panel daripada JAKESS, JPSS, JAIS dan PGSM turut dianjurkan. Mereka terdiri daripada YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor; YBrs. Tuan Zainor Rashid bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie Selangor; Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi JAIS dan YBrs. Tuan Musa bin Awang, Presiden PGSM.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor