BERITA DAN AKTIVITI

Kunjungan Hormat Pegawai Dari Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak Ke Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor

SHAH ALAM, 23 Januari 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor telah menerima kunjungan hormat pegawai dari Jabatan Agama Islam Perak.

Timbalan Pengarah Operasi JAIS Puan Salwana binti Ahmad Dahlan sebagai wakil pihak pengurusan tertinggi JAIS berbesar hati menyambut kehadiran lapan orang pegawai dari Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak yang diketuai oleh Dr. Ahmad Muzammil bin Mohamed Shapawi (Penolong Pengarah Kanan) mewakili Ketua Penolong Pengarah Tuan Haji Burhanuddin bin Md Dali telah hadir ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk bertukar pendapat, perkongsian maklumat dan perkongsian pengalaman berkaitan penyelidikan dan isu-isu semasa berkaitan akidah. Kunjungan hormat ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan baik diantara Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Selangor khususnya Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di kedua-dua organisasi.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor