BERITA DAN AKTIVITI

Kunjungan Hormat Jemaah Nazir Negeri Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Jabatan Agama Islam Selangor

3 Januari 2024 (Rabu) Jabatan Agama Islam Selangor berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Jemaah Naziran Negeri (JNN) Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seramai lapan orang pegawai dari JNN Selangor yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Sarngi bin Haji Khalil telah hadir ke Bahagian Pendidikan Islam JAIS. Delegasi itu telah disambut oleh Sahibus Saadah Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman bagi meningkatkan mutu tadbir urus di kedua-dua institusi tersebut.

Kunjungan hormat ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan baik diantara Jemaah Naziran Negeri (JNN) Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor khususnya Bahagian Pendidikan Islam demi meningkatkan mutu dan keberkesanan tadbir urus naziran di sekolah kelolaan BPI JAIS.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor