BERITA DAN AKTIVITI

Kunjungan Hormat Kedutaan Besar Malaysia Jordan Ke Jabatan Agama Islam Selangor

SHAH ALAM, 16 November 2023 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima kunjungan hormat daripada kedutaan besar Malaysia Jordan yang bertempat di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Delegasi dari Jordan ini telah telah disambut oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JAIS, Tuan Mohd Faizal Raji dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIS, Tuan Anas Ayob. Turut sama hadir dalam kunjungan hormat ini Encik Zulfirdaus Abu Hassan, Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf Lemabaga Zakat Selangor dan Encik Nur Iskandar, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan kerjasama dan kefahaman antara Kementerian Pendidikan Jordan dan Bahagian Pendidikan Islam JAIS dalam memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian tinggi di universiti-universiti di Jordan.

Kerajaan Jordan telah menyatakan hasrat untuk menerima lebih ramai pelajar Malaysia khususnya dari Selangor untuk menyambung pengajian ke Jordan atas dasar prestasi yang cemerlang serta tingkah laku yang sangat baik yang ditunjukkan pelajar-pelajar Malaysia.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor