Arkib

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Sabak Bernam Tahun 1441H/2019M

12 Oktober 2019 (Sabtu) – Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam dengan jayanya telah mengadakan Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Sabak Bernam bagi tahun 1441H/2019M bertempat di Masjid Alaniah, Pekan Sekinchan.

Majlis ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8 Oktober 2019 dan 12 Oktober 2019, seramai 22 peserta telah menyertai majlis ini.

Majlis perasmian penutupan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, Yang Berbahagia Tuan Nasir Bin Mamat dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dihormatkan Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Dato’ Haji Bahrain Bin Haji Mat Akhir.

Kesemua johan bagi setiap kategori yang dipertandingkan layak mewakili Daerah Sabak Bernam untuk ke peringkat negeri.

Disediakan Oleh:
Norfazli Bin Hamzah
Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam