Arkib

Majlis Menghafaz & Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Selangor 1441H/2019M

26 September 2019 (Khamis) – Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dengan jayanya telah mengadakan Majlis Menghafaz & Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Selangor bagi tahun 1441H / 2019M bertempat di Dewan Raja Lumu, Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor.

Majlis yang telah berlangsung selama 2 hari pada 25 & 26 September 2019 menyaksikan seramai 32 peserta majlis menghafaz Al-Quran dan 11 peserta majlis tilawah Al-Quran telah memperdengarkan hafazan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam majlis ini.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang dihormatkan Dato’ Mohamad Yaacob bin Dato’ Ismail, Orang Besar Daerah Kuala Selangor. Kesemua johan bagi setiap kategori dan majlis ini adalah layak mewakili daerah Kuala Selangor ke peringkat negeri yang akan diadakan pada masa yang akan datang.

Disediakan Oleh:
Mohd Sukri Bin Samsuddin
Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor