Arkib

Forum Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gombak 1441H/2019M

25 Oktober 2019 (Jumaat) – Forum Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Gombak yang bertajuk ‘Rumah Tangga Style Nabi’ telah berlangsung hari ini di Dewan Haji Wan Mahmood, Kompleks Islam Daerah Gombak mulai jam 9.00 pagi tadi.

Kira-kira 500 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, sekolah, kariah masjid dan orang awam sekitar daerah ini hadir menyertai sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.

Perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Abdul Rahim, Pegawai Daerah Gombak Merangkap Pengerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gombak.

Ia merupakan satu penganjuran bersama agensi kerajaan diantaranya Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Gombak, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, Pejabat Perpaduan Daerah Gombak, Pejabat Penerangan Daerah Gombak, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Pejabat Kesihatan Gombak, Lembaga Zakat Selangor (Gombak), Majlis Agama Islam Selangor  (Gombak), Pengurusan Air Selangor dan Tenaga Nasional Berhad.

Disediakan oleh:
Norsuziana binti Sharip
Pejabat Agama Islam Daerah Gombak