Arkib

Majlis Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maal Hijrah Tahun 1441H/2019M

5 September 2019(Khamis) – Masjid An-Naim, Kampung Tambak Jawa, Jeram, Kuala Selangor. Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Masjid An-Naim, dan MPKK Kampung Tambak Jawa telah mengadakan Majlis Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maal Hijrah tahun 1441H/2019M.

Ceramah telah disampaikan oleh Yg. Bhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dengan tajuk ” Masih Ada Sinar “. Majlis yang diadakan selepas solat maghrib ini telah dihadiri oleh penduduk Mukim Jeram dan kawasan sekitarnya. Majlis tamat pada jam 10.00malam.

Disediakan oleh:
Mohd Sukri Bin Samsuddin
Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor