Arkib

44 Pasangan Pengantin Diakadnikahkan Beramai-ramai

07 September 2018(Sabtu) – Sebanyak 44 pasangan pengantin telah diakadnikahkan secara serentak dan beramai-ramai di dalam Majlis ‘Aqdun Mubarak – Memeterai Kontrak Keberkatan Ilahi Zon 2 Tahun 2019.

Program ini adalah gabungan usahama Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS, PAID Kuala Selangor, PAID Klang, PAID Sabak Bernam & Masjid Puncak Alam.

Objektif utama program ini adalah bertujuan membantu pasangan pengantin mendirikan rumahtangga tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Setiap pasangan hanya perlu membayar yuran sebanyak RM1000 kepada penganjur dimana segala kelengkapan majlis akan disediakan oleh penganjur termasuk jamuan makan kepada ahli keluarga.

Turut hadir di dalam majlis ini Yg. Bhg. Ustazah Salwana Binti Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi JAIS dan Yg. Bhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid Puncak Alam.

Disediakan oleh:
Mohd Sukri Bin Samsuddin
Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor