Arkib

Sihat Atau Melarat

29 Ogos 2019 (Khamis)– Seminar Dakwah Sihat anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Petaling telah berjaya dilaksanakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Penyertaan mencecah 150 orang ini menekankan aspek kesihatan seperti penjagaan mata, tanda awal penyakit, rahsia zarah makanan dan perspektif kesihatan dalam Islam. Selain pemeriksaan kesihatan percuma, penganjur juga turut menyediakan ruang pameran untuk informasi orang ramai.

Badan Sihat, Ibadah Sejahtera.

Disediakan oleh:
Mohd Azlan bin Jaafar
Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.