Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan,Jabatan Agama Islam Selangor adalah salah satu daripada lapan (8) bahagian yang diwujudkan bagi menjalankan dan menggerakkan aktiviti serta fungsi Jabatan Agama Islam Selangor. Bahagian ini ditugaskan sebagai sayap yang memastikan tugas-tugas mencegah kemungkaran dan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan penuh integriti, professional dan efisien. Bahagian ini yang telah diwujudkan semenjak tahun 1995 dan telah melalui perubahan dari segi fungsi, keanggotaan, peralatan dan cara bekerja.

Sehingga kini, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor dianggotai seramai 122 orang anggota di pelbagai kategori dan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Bahagian ini yang beroperasi di Ibu pejabat JAIS di Tingkat 4, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, No.2 Persiaran Masjid Bukit SUK Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan juga menguruskan hal ehwal pentadbiran, kakitangan dan siasatan serta keperluan logistik bahagian seluruh negeri Selangor.

Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor ini mempunyai lapan (8) cawangan yang ditempatkan di setiap lapan (8) daerah di seluruh negeri Selangor bagi melaksanakan dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang sama dalam melaksanakan tugas. Bahagian ini juga telah mewujudkan Bilik Gerakan 24 jam (Hotline) yang telah menetapkan sistem pengoperasiannya dikendalikan oleh enam (6) orang anggota bagi mengendalikan sistem maklumat sehenti (one stop centre) di peringkat negeri Selangor. Bilik Gerakan yang berfungsi 24 jam ini menggunakan talian khas 1800 88 2424 sebagai talian aduan yang boleh dihubungi oleh orang awam bagi menyampaikan maklumat kejadian kes-kes jenayah Syariah di negeri ini.

Sehingga kini, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS terus menjalankan tanggungjawab yang telah ditentukan dengan mengutamakan integriti dan secara professional dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang Syariah di negeri Selangor.

Visi

Merealisasikan Khaira Al Ummah Melalui Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah.

Misi

Melahirkan Pasukan Penguatkuasa Yang Berintegriti Dan Professional dalam melaksanakan Tugas-Tugas Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah.

Objektif

Menguatkuasakan Undang-Undang Hal Ehwal Islam Dengan Penuh Integriti, Professional dan Efisien.

Objektif Kualiti

Piagam Pelanggan

Memberikan nombor rujukan maklumat awam kepada pemberi maklumat sekiranya diminta selepas satu maklumat lengkap diterima.

Memberi jawapan akuan terima don tindakan susulan yang akan diambil kepada semua surat menyurat yang diterima secara rasmi melalui pos/ berdaftar /faks don emel dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh minit KPP.

Memberi maklum bolas terhadap aduan yang diterima melalui aplikasi Hotline JAIS dalam tempoh tidak melebihi 48 jam.

Memberi maklum bolas terhadap permohonan laporan tangkapan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh minit KPP.

Fungsi Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan