BERITA DAN AKTIVITI

Forum Pengukuhan Akidah Islam: Persilatan Dan Islam

KUALA SELANGOR, 15 Mei 2024 – Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Forum Pengukuhan Akidah Islam bertempat di Masjid Ar Ridhuan, Jeram.

Seramai 600 orang  peserta telah hadir ke forum tersebut. Peserta yg hadir adalah dikalangan guru-guru, penjawat awam, NGO-NGO Islam serta persatuan – persatuan silat di dalam daerah Kuala Selangor.

Forum ini bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai hukum hakam dalam alam persilatan.

Bagi mencapai objektif kursus, pihak penganjur telah menjemput dua (2) orang panel untuk berkongsi kepakaran masing-masing. Panel pertama, Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir dari Universiti Putra Malaysia. Diikuti panel kedua, Tuan Hj Lamsah Bin Arbai@Bai Pemangku Presiden persatuan silat kebangsaan negeri selangor.

Banyak persoalan-persoalan yang di rungkaikan berkaitan alam persilatan, budaya melayu serta hukum hakam di dalam persilatan itu sendiri.

Diharapkan melalui forum ini peserta dapat menambah pengetahuan dan kefahaman dalam mengenali asas-asas dan bentuk-bentuk ajaran yang terdapat di dalam alam persilatan dan  mendapat maklumat untuk mereka bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor