BERITA DAN AKTIVITI

Kunjungan Hormat Delegasi dari Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFIRST) Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru ke Jabatan Agama Islam Selangor

SHAH ALAM, 13 Mei 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFIRST) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pengarah JAIS, Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad berbesar hati menyambut kehadiran empat (4) orang pegawai dari CFIRST UTM yang diketuai oleh Dr. Aminudin bin Hehsan selaku Pengarah CFiRST UTM dan diiringi oleh Dr. Juhazren Junaidi (Timbalan Pengarah), Dr. Zilal Saari dan Dr. Zulkiflee Haron.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk bertukar pendapat, perkongsian maklumat dan perbincangan potensi kolaborasi penyelidikan terutama bidang kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Kunjungan hormat ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan baik diantara Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFIRST) Universiti Teknologi Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di kedua-dua organisasi.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor