BERITA DAN AKTIVITI

Forum Pengukuhan Akidah Islam

CYBERJAYA, 19 Oktober 2023 – Forum Pengukuhan Akidah Islam telah diadakan pada hari ini di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) Kluster Pemantapan Akidah MAIS, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Forum yang bertajuk ‘Adakah Akidah Boleh Dijual Beli’ dikupas oleh dua orang panel iaitu Dr. Abdullaah bin Jalil (USIM) dan Prof. Madya Dr. Faizuri bin Abd. LATIF (UM) serta dikendalikan oleh moderator Tuan Mahmud Hishamuddin bin Abdul Rashid (PERKID).
Sebanyak 400 orang peserta hadir terdiri daripada masyarakat dalam daerah Sepang iaitu guru-guru sekolah, AJK masjid, penjawat awam, pekerja swasta, pelajar institusi pengajian tinggi, ahli NGO dan lain-lain lagi.
Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang berdaftar dengan MAIS (Kluster Pemantapan Akidah yang bersama-sama JAIS menjayakan program ini ialah Pertubuhan Kebajikan Wanita Selangor (BAKEWANIS), Persatuan Ikhwan Al-Khidmah Malaysia, Yayasan Kasih Tauhid, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Persatuan Kebajikan Darul Islah Malaysia dan Akademi Rumbawe.
Objektif penganjuran program ini ialah:

  1. Menjelaskan prinsip-prinsip akidah Islam yang sebenar
    kepada orang awam.
  2. Meneruskan kelangsungan JAIS dan MAIS sebagai pihak berkuasa agama yang
    bertanggungjawab memberi penjelasan dan kesedaran
    kepada orang awam mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  3. Memberi kesedaran kepada orang awam agar memelihara dan menjaga akidah Islam dalam diri masing-masing dan orang sekeliling.
    Perasmian penutup program ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Puan Salwana binti Ahmad Dahlan. Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS, Puan Nor Azimah binti Azmi dan Puan Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Al-Fadhil Tuan Mohamad Nazri bin Sobirin, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Sepang, Pegawai-pegawai Tadbir Agama Islam Daerah serta Ustaz Muhammad Ali bin Mohamad Yunus, Pengurus Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.