BERITA DAN AKTIVITI

Multaqa Pentadbir Masjid Negeri Selangor Tahun 2023

5 November 2023 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan Multaqa Pentadbir Masjid Negeri Selangor Tahun 2023 di Hotel Thistle Johor Bahru Johor pada 3 November hingga 5 November 2023.

Multaqa ini diadakan bertujuan memberi penjelasan tentang hal ehwal berkaitan pengurusan, pengimarahan masjid, pendidikan Islam dan isu-isu semasa dalam negara di samping pertemuan antara para murabbi ummah dengan pihak kerajaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin di kalangan masyarakat Islam.

Multaqa kali ini berjaya menghimpunkan peserta seramai 500 orang murabbi ummah yang terdiri daripada nazir atau wakil nazir. Sebanyak 8 orang penceramah telah mengisi slot ceramah pada kali ini.

Ucaputama multaqa telah disampaikan oleh S.S Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Manakala majlis perasmian penutup dan amanat Multaqa pada kali ini telah disempurnakan oleh Y.A.D Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.