Arkib

Program Smart Insan “Islamkah Aku?”

7 Mac 2019 – Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama SMK Dato’ Harun, Tanjung Karang telah mengadakan Program Smart Insan “Islamkah Aku?” Di Dewan Seri Bestari, SMK Dato’ Harun. Program ini dimulakan dengan slot ceramah “Islamkah Aku?” yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid (Pegawai Hal Ehwal Islam, PAID Petaling). Seterusnya program diteruskan slot kedua iaitu “Klinik Al-Fatihah (sesi tasmik bacaan Al-Fatihah) yang dibimbing oleh Yg. Bhg. Ustaz Mohd Zaki Bin Din dan dibantu oleh fasilitator-fasilitator dari PAID Kuala Selangor. Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua sekolah tersebut.