Arkib

Program Kursus Kematian (Jenazah Kritikal / Penyakit Berjangkit)

27 Februari 2019 – Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor dan Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor telah mengadakan Program Kursus Kematian (Jenazah Kritikal / Penyakit Berjangkit). Program ini telah diadakan Dewan Raja Lumu, Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor. Program ini telah disertai seramai 100 orang peserta dari pelbagai latar belakang termasuk non-muslim. Program ini memberi pendedahan mengenai cara-cara menguruskan jenazah kritikal / penyakit bermula dari memandikan, mengapankan dan mengebumikan yang dibimbing oleh penceramah jemputan.