|
Khutbah Jumaat - 9 NOVEMBER 2007

Kaum muslimin yang dirahmati allah,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala laranganya,mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang paling bertakwa disisi allah s.w.t.
Jiran tetangga adalah orang yang terdekat dengan kita.Kemesraan hubungan antara tetangga melahirkan ketenangan dan kedamaian suasana.Susah dan senang,sakit dan sihat,jika dikongsi bersama akan menambahkan kemesraan,muhibbah dan mawaddah.
Apabila dunia sudah berkembang,keadaan hidup sudah berubah,maka nilai dan budaya kehidupan turut berubah,menyebabkan semangat kejiranan makin pudar dan semangat kebersamaan dan kekitaan turut terhakis.Keadaan ini dirasai begitu parah menjarah warga kota,malah sudah mula melarat mencemar budaya murni kehidupan desa.Sepatutnya dimana sekalipun desa atau kota,tidak seharusnya dijadikan tempat berkuburnya semangat kejiranan yang cukup indah itu..
Kelesuan semangat kejiranan ketara dengan jelas apabila jiran dengan jiran sudah tidak ada interaksi (hubungan) lagi dengan alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang,jamuan sudah tidak tersaji dalam bentuk hidangan,orang-orang berada lebih memilih hotel lima bintang untuk menjaga Prestej (taraf kedudukan) atau memilih dewan-dewan mewah semata-mata beralasan mudah dan tidak cerewet.Manakala para undangan pula, hadir sekadar memenuhi jemputan sahaja,kerana esok lusa dia pula akan membuat undangan,nanti tiada siapa pula yang datang.Kemana hilangnya rasa mesra makan sehidangan?. Kemana pula tercicirnya roh tolong-menolong kepada kebaikan yang sangat digesa penyuburannya.Allah s.w.t berfirman:
"Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertakwa,janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran allah) dan bertakwa kepada allah,sesungguhnya allah amat berat azabnya".
(Al-Maidah ayat 2)
Sidang jumaat yang berbahagia,
Tuntutan hidup yang serba mencabar,menjadikan manusia sentiasa sibuk bekerja dan mencari rezeki untuk keperluan diri dan keluarga,apatahlagi dewasa ini kemewahan menjadi ukuran mutlak bagi kehidupan yang penuh berbagai.Samada bergaji besar atau bergaji kecil akan keluar rumah seawal pagi dan pulang kerumah selewat mungkin,sudah tentu tidak punya masa untuk bertentangan mata,bertegur sapa dan berbual mesra dengan jiran tetangga.
Hujung minggu adalah waktu untuk berehat dan bersantai dirumah sambil menonton television,ada pula yang membawa keluarga keluar makan angin atau ke pekan dan bandar.Waktu-waktu seperti ini sangat berharga dan cukup dijagai, seolah-olah sudah tiada masa lagi untuk secawan kopi Mawaddah (berkasih sayang) sesapa jiran tetangga.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Budaya antara kaum yang tidak serupa,turut menyumbang kepada lunturnya nilai kejiranan dan keperihatinan bagi masyarakat kota.Usaha untuk merapatkan jurang kelainan budaya antara kaum itu masih belum mencapai matlamatnya.
Jika dilihat dibandar-bandar besar,dengan kesesakkan lalu lintasnya sangta menggilakan.Setiap orang ketempat kerja masing-masing dengan kenderaan sendiri,meskipun jiran sebelah rumah juga bekerja dilokasi yang sama,mereka tidak sanggup berkongsikenderaan kerana segan atau silu sedangkan selama ini pun mereka tidak pernah bertegur sapa,apatah lagi penghuni flat dan kondominium,walaupun mereka bersesak-sesak didalam lif,tetapi hanya terus kerumah masing-masing.
Secara umumnya, keluarga kejiranan didunia hari ini masih lagi banyak puncanya selain dari apa yang telah dibicarakan tadi.Contohnya seperti ketiadaan kesedaran beragama, meninggalkan pengajaran al-quran dan as-sunnah, tidak mengetahui hak-hak jiran dan lain-lain lagi.Islam tidak pernah menyuruh umatnya bersengketa,tidak pernah merangsang untuk melakukan keganasan,malah persaudaraan,kasih sayang dan Muhabbah itulah asas pembinaan masyarakat dalam islam. Rasulullah s.a.w menunjukkan teladan yang sangat murni dalam hal kejiranan,dimana baginda sangat menghormati jirannya meskipun jirannya itu adalah orang yahudi.
Sidang hadirin sekalian,
Menurut kacamata islam,kejiranan dan keperihatinan kepada semangat kejiranan adalah sangat dituntut.Jika seseorang ingin mencari tempat kedamaian,ia digesa supaya mencarian memilih jiran terlebih dahulu.Islam memistikan kejiranan adalah suatu persekitaran yang selamat.Setiap individu diwajibkan menjaga keharmonian suasana,menjauhkan segala bentuk kerenggangan terutama sekali mengelak tercetusnya ketegangan dan permusuhan sesama jiran tetangga.Rasulullah s.a.w mengingatkan dengan sabdanya:
"Demi Allah tidak beriman, demi allah tidak beriman,demi allah tidak beriman".Ditanyakan :"Siapa Ya Rasulullah?".Baginda bersabda:"Yang tidak aman jirannya dari kejahatannya".
Dalam hal kejiranan ini terdapat beberapa keadaan dan golongan manusia yang tidak mengambil berat tentang kejiranan.Sekiranya ia seorang yang kaya ia tidak suka bergaul dengan orang lain, bimbangkan ada orang datang kepadanya untuk meminta bantuan dan pertolongan atau datang untuk berhutang.Jika ia seorang yang berpangkat besar atau berkedudukan tinggi, ia bimbang ada orang datang meminta sokongan untuk mendapat sesuatu pekerjaan.Jika ia seorang yang miskin pula,timbul dalam hati kecilnya,ia tidak setaraf dengan orang lain tidak layak untuk bercampur dengan orang lain yang lebih berada daripadanya.
Hadirin yang dihormati,
Kenapa semangat kejiranan sangat perlu diambil berat?.
1- Kerana ia adalah salah satu daripada pesanan rasulullah s.a.w bermaksud:
"Jiran sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran akan memberikan hak pusaka kepada jiran".
2- Memusuhi jiran adalah antara adat-adat jahiliah yang rasulullah s.a.w telah berjuang menghapuskannya.
3-Berbuat baik kepada jiran dan menunaikan haknya mendapat darjat kedudukan yang tinggi.
4- Jiran yang baik dan soleh boleh mendatangkan kebahagiaan,manakala jiran yang jahat mengundang suasana yang tidak harmoni.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Hak-hak jiran yang mesti ditunaikan antaranya:
1- Tidak melakukan sesuatu yang boleh menyakiti jiran dengan apa cara sekali pun.
2- Menjaga kehormatan jiran samada maruahnya,badannya,hartanya atau lain-lain lagi.
3- Berbuat baik kepadanya dengan kata-kata atau perbuatan,seperti ucapan tahniah dalam perkara-perkara kegembiraan,ucapan takziah dalam perkara-perkara musibah,menziarahi ketika ia sakit,bertolak ansor,mengukir senyuman ketika bersua dan mengucapkan salam.
Hadirin yang dihormati allah,
Itulah beberapa perkara diantara banyak perkara lagi yang perlu kita lakukan terhadap jiran kita. Kiranya perkara ini belum kita lakukan,cubalah mulakannya hari ini nescaya suasana baru yang lebih ceria, lebih mesra dan lebih bahagia dapat dizahirkan.Akan kembanglah mawar-mawar muhabbah dan akan harumlah malewar-malewar mawaddah dan akan mmewangilah bunga-bunga jalinan kemesraan ditaman yang dihuni bersama.
Perlu diingatkan, selain daripada hubungan dengan jiran tetangga,maka masjid dan surau juga adalah jiran bagi kita semua yang memerlukan keperihatinan kita terhadapnya.Oleh itu marilah kita bersama-sama mengimarahkannya dengan hadir solat berjemaah,mengikuti kuliah-kuliah pengajian dan turut menjaga keselamatan dan kebersihan walaupun kita bukan pegawai atau ahli jawatankuasa masjid atau surau dikawasan kita.
"Dan beribadatlah kepada allah dan janglah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,kaum kerabat,anak-anak yatim,orang miskin, jiran tetangga yang dekat,jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat,orang musafir yang kesusahan dan hamba yang kamu miliki . Sesungguhnya allah tidak suka kepada orang yang takbur dan membanggakan diri".
(An-Nisa' ayat 36)
Ya-allah,engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang tlah mengurniakan kami rahmat dan nikmat , sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
|