:: LAMAN WEB RASMI VERSI 7.0 ::  
Jabatan Agama Islam Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Tingkat 1 Menara Selatan, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-55143400 
Fax: 03-55103368
Email: info@jais.gov.my





Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Agama Islam Selangor


Untuk makluman semua Pegawai dan Kakitangan, Jabatan Agama Islam Selangor Pelan Startegik Jabatan Agama Islam Selangor boleh dimuat turun disini
------------
* MUAT TURUN >> Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor 2009-2014


Semua Pegawai dan Kakitangan, Jabatan Agama Islam Selangor diminta membuat pengemaskinian maklumat di dalam HRMIS bagi mengelakkan sebarang kesulitan dimasa akan datang.
------------
* MUAT TURUN >>
Panduan pengemaskinian rekod peribadi HRMIS
------------
Untuk mengemaskini maklumat HRMIS,
sila klik di sini >>
HRMIS


Sistem Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam - ONLINE

  
hebahku2
  E-Kontraktor :: E-Smat 
   E-Kehadiran  :: E-Simpel 
lamansosial
    fb.png     twitter.png
hebah3
 
new_blink.gifJOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES
Tarikh: 
22 Jamadil Akhir 1435H
22 April 2014(Rabu)
Masa: 10.00pg - 10.10pg 
secara serentak di seluruh Malaysia.
------------------------ 
new_blink.gifPROGRAM WACANA MINDA
Tarikh: 
30 April 2014(Rabu)
Masa: 9.00pg - 11.00pg
Tempat: Bilik Seminar Utama Masjid Negeri Shah Alam
Tajuk: "Ritual Ibadah Di Bulan Rejab" 
Penceramah: Y.Bhg Ustaz Ahmad Dusuki Bin Abd Rani
300 orang kakitangan awam


------------------------ 
new_blink.gif"INGIN MENONTON VIDEO PENDEK MUSLIM STYLE SIRI 1?"  
Sila Layari Facebook Jabatan Agama Islam Selangor.

------------------------ 
 TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN ISLAM NEGERI SELANGOR (TAPIS)
Sebarang Sumbangan & maklumat lanjut, sila hubungi:
 >>klik di sini

------------------------

 PELAN STRATEGIK JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
2009-2014
Muat Turun:
 >>klik di sini

------------------------

  PANDUAN PEMERIKSAAN TAHUNAN ASET ALIH KERAJAAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Maklumat Lanjut
 >>klik di sini

------------------------

 PROGRAM-PROGRAM SAMBUTAN BULAN DAKWAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1435H
Maklumat Lanjut
 >>klik di sini

------------------------

 PEMBELIAN TENDER/SEBUT HARGA SECARA ONLINE
Maklumat Lanjut
 >>klik di sini

------------------------

 SURAT ARAHAN JABATAN
  Muatturun & Surat Arahan Tetap

------------------------

 KURSUS-KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH
Pendaftaran dibuka sekarang!
  Lihat Maklumat Lanjut

waktusolat
 Imsak
:  5.41 pg
 Subuh :  5.51 pg
 Syuruk :  7.08 pg
 Zohor :  1.16 tghr
 Asar :  4.27 ptg
 Maghrib :  7.21 mlm
 Isyak :  8.31 mlm

Kawasan: Rawang, Hulu Langat
Sepang, Petaling, Shah Alam
Sumber: JAKIM


kebajikan

PERSATUAN BADAN KEBAJIKAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
(BAKAJASA)

      Lihat Maklumat Lanjut

------------------------------------

MAJLIS BERSAMA
 JABATAN (MBJ)
  Lihat Maklumat Lanjut

SUAPAN RSS
Suapan RSS
Jumlah Pelawat
Laman web ini telah dilayari sebanyak  Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,329,052 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,329,052 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,329,052 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,329,052 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,329,052 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,329,052 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,329,052 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,329,052 pelawat sehingga hari ini  pelawat sehingga hari ini

  
    
UTAMA arrow PERMOHONAN SIJIL & LOGO HALAL

PERMOHONAN SIJIL & LOGO HALAL Print
Image
MAKLUMAT UMUM  
 

Sijil Pengesahan halal dan Logo adalah merupakan suatu pengiktirafan yang menunjukkan kehalalan sesuatu hasil makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam berasaskan kepada hukum Syarak yang diamalkan dalam negeri ini. Ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan yang timbul dikalangan pengguna Islam berkaitan dengan kehalalan atau kesucian sesuatu makanan, minuman dan bahan gunaan yang dikeluarkan dalam negeri ini.

Ia perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Premis yang membuat penyediaan / pemprosesan / masakan makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Semua pengusaha makanan,bahan gunaan dan pihak yang berkaitan yang dapat memenuhi kriteria-kriteria halal yang telah ditetapkan dalam " Garis Panduan" berkenaan layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal.

KEISTIMEWAAN MEMILIKI SIJIL PENGESAHAN HALAL DAN LOGO HALAL

  1. Menambah Keyakinan Pengguna
    Para pengguna akan bertambah yakin dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh premis makanan kerana telah mematuhi piawaian kebersihan dan peraturan Islam melalui "Garis Panduan" yang ditetapkan.
  2. Satu Sumbangan Sosial
    Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini dilihat sebagai satu sumbangan sosial untuk menyediakan makanan bersih lagi suci kepada masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, Pengusaha Islam telah menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah kepada umat Islam khasnya dalam penyediaan makanan halal.
  3. Memudahkan Pemantauan
    Dengan Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini, syarikat dan premis makanan akan sentiasa mematuhi "Garis Panduan" yang ditetapkan. Mereka juga akan mendapat nasihat dan kepakaran dari pihak berkuasa agama berkaitan kebersihan, kesucian dan menepati piawaian dunia dan peraturan Islam.
  4. Peningkatan Produktiviti dan Laba Keuntungan
    Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini akan meningkatkan produktiviti syarikat kerana logo ini telah dikenali dan sinonim dengan masyarakat Islam yang menjadi pengguna majoriti di Malaysia. Laba keuntungan akan bertambah melalui tarikan jual beli pengguna yang telah yakin dengan produk / perkhidmatan yang mempunyai Logo Halal.


PROSEDUR PERMOHONAN

   

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan ditetapkan yang boleh didapati di alamat berikut :

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,
Jabatan Agama Islam Selangor,

Tingkat 5, Menara Utara,

Bangunan Sultan Idris Shah,
40000, Shah Alam, Selangor.

Borang permohonan dikategorikan kepada tiga seperti dinyatakan di bawah :

Borang SPH 1 / SPH 2 / SPH 3 yang telah diisi hendaklah dimajukan ke alamat seperti di atas.

Segala maklumat yang diberikan oleh pemohon dalam borang dan lampiran yang berkaitan adalah sulit dan rahsia.

Pemohon hendaklah menyediakan sebuah fail bertajuk Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal bertajuk Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal untuk menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan.

PEMERIKSAAN

Sebelum Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal dikeluarkan, satu lawatan pemeriksaan ke atas premis barangan berkenaan akan dilakukan oleh dua orang ahli atau wakil Jawatankuasa Kajian Makanan, Minuman dan Bahan Gunaan Orang Islam Negeri Selangor.

Bayaran bagi perbelanjaan analisis makmal ke atas sampel barang yang diperlukan untuk tujuan pengesahan halal jika aada, hendaklah ditanggung oleh pihak pemohon. Jumlah dan cara bayaran bagi tujuan analisis berkenaan akan ditentukan oleh pihak makmal.

KELULUSAN

Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal akan dikeluarkan setelah barang, premis dan tempat makanan yang berkaitan didapati memenuhi kehendak peraturan halal mengikut hukum Syarak. Sejumlah Bayaran dikenakan berdasarkan kategori berikut :

KADAR CAJ BAYARAN PERMOHONAN HALAL
(BERDASARKAN KATEGORI - 2 TAHUN)

A) KADAR CAJ BAGI INDUSTRI MAKANAN / KOSMETIK / MAKANAN KESIHATAN

JENIS INDUSTRI
KECIL
KECIL & SEDERHANA
MULTINASIONAL
RM 200.00
(2 tahun)
RM 800.00
( 2 tahun)
RM 1 400.00
( 2 tahun)


B) KADAR CAJ BAGI RUMAH SEMBELIHAN

SAIZ RUMAH SEMBELIHAN
KECIL
SEDERHANA
BESAR
RM 200.00
(2 tahun)
RM 800.00
( 2 tahun)
RM 1 400.00
( 2 tahun)

C) KADAR CAJ BAGI HOTEL / RESTORAN / KATERER (TUNGGAL & BERANTAI)

KECIL
SEDERHANA
1 - 4 *
200 setiap satu
5 - 9
1 000
10 - 50
1 400
10 - 50

2 000


* Bilangan restoran yang kurang daripada 5 unit tidak di anggap sebagai restoran berangkai,
maka kadar caj adalah mengikut bilangan restoran, iaitu RM 200 setiap unit

Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan menggunakan Logo Halal (seperti yang terdapat di dalam sijil berkenaan).

Tarikh sah bagi sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini adalah selama satu tahun.

PEMBAHARUAN SIJIL

Untuk pembaharuan Sijil, pemohon hendaklah mengisi borang yang sama dan menghantar ke bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor tidak lewat dua bulan sebelum tamat tempoh.

Bagi maksud pembaharuan Sijil, pemeriksaan ke kilang atau premis atau tempat makanan oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau wakilnya akan dilakukan jika perlu.

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN SIJIL PENGESAHAN HALAL DAN LOGO HALAL

  1. Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya.
  2. Penggunaan Sijil Pengesahan Halal ini masih tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan berkaitan yang diamalkan di negara ini.
  3. Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang / premis dan alamatnya, jenama barang, barang ramuan dan pembekal-pembekalnya serta apa juga yang berkaitan dengannya hendaklah diberitahu kepada Jabatan Agama Islam Selangor secara bertulis untuk tindakan lanjut.
  4. Sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut adalah tertakluk di bawah tanggungjawab pemegang. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada Jabatan Agama Islam Selangor.
  5. Sijil Pengesahan Halal berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sah pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi "Garis Panduan" yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dai segi syarak.

LAWATAN PEMERIKSAAN

Jabatan Agama Islam Selangor akan melakukan pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa untuk memastikan permohonan mematuhi "Garis Panduan" dan peraturan yang ditetapkan.

   
 
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  *
Salinan Lesen Perniagaan
  * Salinan Lesen Pihak Berkuasa Tempatan
  * Salinan Pengesahan Sembelihan Binatang Halal

CONTOH BORANG SPH 1, SPH 2 dan SPH 3
SOALAN YANG SERING DITANYA
  i.
Apa yang perlu disediakan semasa pemeriksaan dilakukan?
   
  1. Pekerja yang beragama Islam sebagai pengendali sekurang-kurangnya 2 orang.
  2. Resit-resit dari pembekal yang mempunyai logo halal.
  ii.
Apakah perbezaan logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan JAIS?
    Logo JAIS mempunyai nombor siri bagi mengelakkan pemalsuan.
  iii.
Adakah Selangor melantik mana-mana syarikat sebagai agen JAIS utuk mengelurkan logo halal?
    Tidak. JAIS tidak melantik mana-mana pihak sebagai wakil permohonan tanda halal. Segala permohonan hendaklah dimajukan terus kepada JAIS.

   

Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,
Jabatan Agama Islam Selangor

Tingkat 5, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40676 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 5514 3400 ext: 2091 / 2093 / 3679 / 3683


PAUTAN


   

<< Dasar Privasi & Dasar Keselamatan >> <<   Dikemaskini pada: 17/04/2014   >>
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 800 x 600 ke atas.
Hakcipta Terpelihara@ Jabatan Agama Islam Selangor 1999-2007. Laman web ini diselenggara oleh Unit Teknologi Maklumat JAIS

PENAFIAN: JAIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.