:: LAMAN WEB RASMI VERSI 7.0 ::  
Jabatan Agama Islam Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Tingkat 1 Menara Selatan, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-55143400 
Fax: 03-55103368
Email: info@jais.gov.my





Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Agama Islam Selangor


Untuk makluman semua Pegawai dan Kakitangan, Jabatan Agama Islam Selangor Pelan Startegik Jabatan Agama Islam Selangor boleh dimuat turun disini
------------
* MUAT TURUN >> Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor 2009-2014


Semua Pegawai dan Kakitangan, Jabatan Agama Islam Selangor diminta membuat pengemaskinian maklumat di dalam HRMIS bagi mengelakkan sebarang kesulitan dimasa akan datang.
------------
* MUAT TURUN >>
Panduan pengemaskinian rekod peribadi HRMIS
------------
Untuk mengemaskini maklumat HRMIS,
sila klik di sini >>
HRMIS


Sistem Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam - ONLINE

  
hebahku2
  E-Kontraktor :: E-Smat 
   E-Kehadiran  :: E-Simpel 
lamansosial
    fb.png     twitter.png
hebah3
 
new_blink.gifJOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES
Tarikh: 
22 Jamadil Akhir 1435H
22 April 2014(Rabu)
Masa: 10.00pg - 10.10pg 
secara serentak di seluruh Malaysia.
------------------------ 
new_blink.gifPROGRAM WACANA MINDA
Tarikh: 
30 April 2014(Rabu)
Masa: 9.00pg - 11.00pg
Tempat: Bilik Seminar Utama Masjid Negeri Shah Alam
Tajuk: "Ritual Ibadah Di Bulan Rejab" 
Penceramah: Y.Bhg Ustaz Ahmad Dusuki Bin Abd Rani
300 orang kakitangan awam


------------------------ 
new_blink.gif"INGIN MENONTON VIDEO PENDEK MUSLIM STYLE SIRI 1?"  
Sila Layari Facebook Jabatan Agama Islam Selangor.

------------------------ 
 TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN ISLAM NEGERI SELANGOR (TAPIS)
Sebarang Sumbangan & maklumat lanjut, sila hubungi:
 >>klik di sini

------------------------

 PELAN STRATEGIK JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
2009-2014
Muat Turun:
 >>klik di sini

------------------------

  PANDUAN PEMERIKSAAN TAHUNAN ASET ALIH KERAJAAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Maklumat Lanjut
 >>klik di sini

------------------------

 PROGRAM-PROGRAM SAMBUTAN BULAN DAKWAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1435H
Maklumat Lanjut
 >>klik di sini

------------------------

 PEMBELIAN TENDER/SEBUT HARGA SECARA ONLINE
Maklumat Lanjut
 >>klik di sini

------------------------

 SURAT ARAHAN JABATAN
  Muatturun & Surat Arahan Tetap

------------------------

 KURSUS-KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH
Pendaftaran dibuka sekarang!
  Lihat Maklumat Lanjut

waktusolat
 Imsak
:  5.41 pg
 Subuh :  5.51 pg
 Syuruk :  7.08 pg
 Zohor :  1.16 tghr
 Asar :  4.27 ptg
 Maghrib :  7.21 mlm
 Isyak :  8.31 mlm

Kawasan: Rawang, Hulu Langat
Sepang, Petaling, Shah Alam
Sumber: JAKIM


kebajikan

PERSATUAN BADAN KEBAJIKAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
(BAKAJASA)

      Lihat Maklumat Lanjut

------------------------------------

MAJLIS BERSAMA
 JABATAN (MBJ)
  Lihat Maklumat Lanjut

SUAPAN RSS
Suapan RSS
Jumlah Pelawat
Laman web ini telah dilayari sebanyak  Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,330,287 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,330,287 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,330,287 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,330,287 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,330,287 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,330,287 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,330,287 pelawat sehingga hari ini   Laman web ini telah dilayari sebanyak 11,330,287 pelawat sehingga hari ini  pelawat sehingga hari ini

  
    
UTAMA arrow Poligami

Poligami Print
MAKLUMAT UMUM


Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:


" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."


Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-


- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.


- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.


- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.


- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI
 
* Dapatkan Borang 2B Di JAIS/PAID atau Mengisi Permohonan Secara Online Di Alamat htttp://ncr.jais.gov.my
 
* Lengkapkan Borang dan Lampirkan Dokumen Sokongan.
 
* Dapatkan Pengesahan Dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah.
 
* Dapatkan Sokongan Berkahwin dari PAID.
 
* Daftarkan Permohonan Di MAHKAMAH TINGGI SYARIAH .
   

DOKUMEN SOKONGAN
 
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) pemohon.
 
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) isteri / isteri-isteri sedia ada .
 
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) bakal isteri.
 
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) wali kepada bakal isteri.
 
* Salinan Mykad (warganegara) / Passport (warganegara asing) 2 orang saksi.
 
* Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya di klinik kerajaan sahaja.)
 
* Borang 1 (Akaun Pengesahan Pemastautin) yang disahkan oleh Nazir Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan/ Pengerusi JKKK/ Penghulu Mukim/ Pegawai Kumpulan
A (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam MyKad)
 
* Salinan Surat Perakuan Nikah/ Surat Perakuan Rujuk.
 
* Salinan MyKad / Surat Beranak Anak-anak.
 
* Surat / Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).
 
* Salinan Slip Gaji Akhir / penyata Akaun Simpanan Bank yang diperakui / Akaun Sumpah jumlah pendapatan pemohon.
 
* 3 set Salinan Borang 2B dan dokumen sokongan.
   

MAKLUMAT TAMBAHAN
 

 1.   a) Borang 2B ini hanya untuk pemohon yang beralamat MyKad atau bermastautin di Negeri Selangor sahaja.
b) Kadar bermastautin adalah 4 bulan atau lebih walaupun alamat MyKad di luar Negeri Selangor.
c) Kelayakan bermastautin adalah apabila memperolehi pengesahan bermastautin dari Nazir Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pegawai Kumpulan A (Hanya pengesahan dari jawatan yang disenaraikan sahaja diterima).
 2.   a) Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam atau biru tanpa ditandatangani dahulu.
b) Setiap kesalahan perkataan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas atau diganti dengan borang baru.
c) Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.
d) Pastikan dokumen sokongan adalah betul, mencukupi, dan dilampirkan bersama dengan borang sebelum berjumpa PPN. Jangan palang/tandakan setiap dokumen sokongan dengan sebarang tulisan.
 3.   a) Pemohon dan 2 orang saksi hendaklah berjumpa dengan PPN di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.
b) Jika ketiadaan PPN, pemohon dan 2 orang saksi hendaklah hadir ke PAID.
c) Syarat 2 orang saksi ini hendaklah lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan mengenali status pemohon. Pastikan tandatangan pemohon dan 2 orang saksi dibuat di hadapan PPN.
d) Pastikan PPN telah membuat pengesahan dengan bukti tandatangan, tarikh dan cop rasmi pada borang pemohon.
 4.
a) Setelah sempurna pengesahan PPN, pemohon hendaklah hadir ke PAID di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan sokongan dan pengesahan.
b) 2 orang saksi tidak perlu di bawa bersama ketika berususan di PAID.
c) Setelah mendapat pengesahan PAID, pemohon perlu mendaftarkan permohonan ke MAhkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor.
d) Jika Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor memberi Surat Kebenaran berkahwin, sila rujuk semula Pejabat Agama Islam untuk urusan lanjut berkaitan pernikahan.

 5.   a) Surat Kebenaran Berkahwin yang diperolehi kemudiannya hendaklah disertakan kepada pihak perempuan untuk tindakan seterusnya.
   

Image DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN POLIGAMI

SOALAN YANG SERING DITANYA
 
1. Mengapakah permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah?
    Permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah kerana ia telah diperuntukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988 di bawah Seksyen 23 (1) "Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, akan tetapi dan tertakluk kepada Seksyen 123, jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah Mahkamah."
    Seksyen 123 menyatakan "Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih dari enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu."
    Keputusan untuk menetapkan sama ada seseorang lelaki itu boleh berpoligami atau sebaliknya adalah di bawah bidangkuasa Hakim Syariah kerana pihak lelaki itu perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai kelayakan mengikut hukum syarak.
 


2. Adakah seorang lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran daripada isteri yang sedia ada?
    Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalam meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk berpoligami.
   


PAUTAN


   

<< Dasar Privasi & Dasar Keselamatan >> <<   Dikemaskini pada: 17/04/2014   >>
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 800 x 600 ke atas.
Hakcipta Terpelihara@ Jabatan Agama Islam Selangor 1999-2007. Laman web ini diselenggara oleh Unit Teknologi Maklumat JAIS

PENAFIAN: JAIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.