JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Rabu, 27 Sep 2023 | 11 Rabiulawal 1445H

BERITA

GURU AGAMA JAIS MENJUARAI INNOVATION DESIGN EXPO 2021 (IDEX2021)

Dipaparkan dari 04 March 2022
Pada 30/11/2021 sehingga 28/02/2022 telah berlangsung pertandingan PROGRAM INNOVATION DESIGN EXPO 2021 (IDEX2021) anjuran Universiti Teknologi Melaka. Program ini diadakan secara atas talian.

GURU AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) MENANG PERTANDINGAN INOVASI ANTARABANGSA

Dipaparkan dari 01 March 2022
Pada 22/11/2021 sehingga 25/11/2021 telah berlangsung pertandingan INTERNATIONAL SHARIAH COMPLIANT IDEA, INVENTION, INNOVATION & DESIGN (ISCIIID 2021) anjuran Fakulti Pengajian Islam UITM Shah Alam.

LAWATAN KERJA DARI JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT)

03 September 2020
Dipaparkan dari 14 September 2020 hingga 30 September 2020
Pada 3 September 2020, jam 10.00 pagi, Jabatan Agama Islam Selangor telah mendapat lawatan kerja dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Tujuan kunjungan hormat yang diketuai oleh Pesuruhjaya JHEAT, Haji Mat Azmi Bin Arshad bersama Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran, Kewangan dan Pembangunan), Encik Ahmad Rizal Bin Mamat dan diringi oleh beberapa pegawai dari Bahagian Pengurusan Masjid, JHEAT adalah bagi membuat lawatan kerja berkenaan pengurusan masjid di Negeri Selangor.

MAJLIS APRESIASI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TAHUN 2019

28 July 2020
Dipaparkan dari 28 July 2020 hingga 28 August 2020
28 Julai 2020 (Selasa) – Majlis Apresiasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Tahun 2019 dianjurkan untuk memberikan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang cemerlang melalui penilaian prestasi tahun 2019 serta meraikan pegawai-pegawai yang telah bersara dari perkhidmatan awam tahun 2019 dan yang telah berkhidmat melebihi tempoh 25 tahun.

PROGRAM ROADTOUR PENDAKWAH MUSLIMAH SIRI 2 SEMPENA PENGANJURAN PROGRAM ILM 2.0 ON MALAYSIA : MODEL OF RAHMATAN LIL ALAMIN AND FAMILY INSTITUTION : CORNERSTONE OF THE SOCIETY

15 May 2019
Dipaparkan dari 15 May 2019 hingga 22 June 2019
22 April 2019 (Isnin) - Bahagian Dakwah JAIS dengan kerjasama Kelab Ma'ruf, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengadakan Program Roadtour Pendakwah Muslimah Siri 2 sempena penganjuran program ILM 2.0 On Malaysia : Model Of Rahmatan Lil Alamin And Family Institution : Cornerstone Of The Society bertempat di Pusat Kebudayaan Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

MAJLIS PELEPASAN PELAJAR PERSENDIRIAN JAIS, TAJAAN DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN BIASISWA KHAS DATO MENTERI BESAR SELANGOR

15 May 2019
Dipaparkan dari 15 May 2019 hingga 16 June 2019
19 April 2019 (Jumaat) - Telah berlangsung Majlis Pelepasan Pelajar Persendirian JAIS, Tajaan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor dan Biasiswa Khas Dato Menteri Besar Selangor di KLIA ke University Al-Azhar, Mesir.

KDYMM SPBYDP AGONG BERKENAN MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-IMAN, KEMENSAH HEIGHTS, AMPANG, SELANGOR

19 April 2019
Dipaparkan dari 19 April 2019 hingga 31 May 2019
12 April 2019 - KDYMM SPBYDP Agong berkenan Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Iman, Kemensah Heights, Ampang, Selangor. KDYMM SPBYDP Agong juga berkenan menandatangani plak keberangkatan KDYMM SPBYDP ke Masjid Al-Iman, Kemensah Heights, Ampang, Selangor

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

19 April 2019
Dipaparkan dari 19 April 2019 hingga 31 May 2019
10 April 2019 – Pejabat Agama Islam Daerah Petaling telah menjadi penganjur Perhimpunan Jabatan pada Bulan ini. Perkongsian Tausiah Syaaban disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Bin Ahmad Wakid Pegawai Hal Ehwal Islam. Ucapan dan amanat disampaikan oleh SS Dato Pengarah JAIS.

MUHADHARAH MURABBI UMMAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR

19 April 2019
Dipaparkan dari 19 April 2019 hingga 24 May 2019
9 April 2019- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan Program Muhadharah Murabbi Ummah Peringkat Negeri Selangor bertempat di Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya Selangor.

BICARA EKSEKUTIF MAQASID SYARIAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2019

18 April 2019
Dipaparkan dari 18 April 2019 hingga 20 May 2019
9 April 2019 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan Bicara Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Selangor 2019 bertempat di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

PROGRAM SATU MASJID SATU POLIS (1M1P) 2019

04 April 2019
Dipaparkan dari 04 April 2019 hingga 06 May 2019
27 Mac 2019 - Polis Kontinjen Selangor dengan kerjsama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melancarkan Program Satu Masjid Satu Polis (1M1P) tahun 2019 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Turut hadir Ketua Polis Selangor, Dato' Noor Azam Jamaludin, Pengarah JAIS, Dato' Haris Bin Kassim dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.

KONVENSYEN MELESTARI PENGURUSAN MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR SERTA PENYAMPAIAN TAULIAH PELANTIKAN ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH MASJID 2019

20 March 2019
Dipaparkan dari 20 March 2019 hingga 22 April 2019
Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Konvensyen Melestari Pengurusan Masjid Dan Surau Negeri Selangor Serta Penyampaian Tauliah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid 2019 di Auditorium, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam

SEMINAR KEIBUBAPAAN MENGENAI LGBT : ‘’ KELIRU DAN KELABU ‘’

13 March 2019
Dipaparkan dari 13 March 2019 hingga 15 April 2019
JAIS dan PERKIM Selangor telah menganjurkan Program Seminar Keibubapaan Mengenai LGBT "Keliru dan Kelabu. Ceramah telah disampaikan oleh Cr. Haji Hushim Bin Haji Salleh (Perunding Motivasi Hushim Motivational & Counselling Consultancy bertajuk" Pendidikan Keibubapaan Cemerlang dalam Menangani Isu LGBT : Keliru dan Kelabu.

MAJLIS APRESIASI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

13 March 2019
Dipaparkan dari 13 March 2019 hingga 15 April 2019
Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan Majlis Apresiasi Jabatan Agama Islam Selangor 2019 pada 5 Mac 2019 (Selasa) bertempat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam

MAJLIS ISTIADAT PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN NAZIR DAN IMAM MASJID-MASJID DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

13 March 2019
Dipaparkan dari 13 March 2019 hingga 14 April 2019
DYMM Sultan Selangor telah berkenan menyampaikan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Di Negeri Selangor Darul Ehsan

MAJLIS PERASMIAN BLOK RAFULIN SRA SUNGAI SERDANG

26 February 2019
Dipaparkan dari 26 February 2019 hingga 26 March 2019
22 Februari 2019 - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan Lafaz Perasmian Blok Rafulin, Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang, Kapar serta menandatangani Plak Perasmian.

MAJLIS PERHIMPUNAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

22 February 2019
Dipaparkan dari 22 February 2019 hingga 22 March 2019
19 Februari 2019 - Perhimpunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAS), Shah Alam yang dihoskan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.

PROGRAM DAKWAH ANAK KARIAH

23 July 2020
Dipaparkan dari 23 July 2020 hingga 23 August 2020
23 Julai 2020 (Khamis) – Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling melalui Unit Dakwah serta Badan Kebajikan Pejabat Agama Islam Daerah Petaling (BAKIP) dengan kerjasama Masjid As-Salam, Puchong Perdana telah mengadakan Progam Dakwah dan Penyampaian Sumbangan Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana Daerah Petaling.

HARI KUALITI JAIS

14 February 2019
Dipaparkan dari 14 February 2019 hingga 01 March 2019
Program Hari Kualiti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan pada 12 Februari 2019 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Selangor. JAIS telah berjaya mendapat pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 pada 23 Oktober 2018. Kedua-dua persijilan meliputi semua Bahagian di Ibu Pejabat JAIS, ILDAS, Masjid Negeri, 9 buah Pejabat Agama Islam Daerah, 10 Buah SRAI dan 15 Masjid Daerah dan DiRaja Negeri Selangor.

PROGRAM KAMI PRIHATIN AKAN ANDA (PRIHATIN)

22 July 2020
Dipaparkan dari 22 July 2020 hingga 22 August 2020
22 Julai 2020 (Rabu) - Program Kami Prihatin Akan Anda (PRIHATIN) telah dilaksanakan sepanjang Julai di beberapa Kampung Orang Asli bersama NGO dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Gombak. Dengan konsep “bantuan barang kering” sebagai tanda prihatin kami terhadap Masyarakat Orang Asli khususnya di Daerah Gombak.

PEMENANG-PEMENANG MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL-QURAN DAN JUGA TOKOH-TOKOH PENERIMA ANUGEMH MAAL HIJRAH 1440H PERINGKAT NEGERI SELANGOR 31 JANUARI 2019

01 February 2019
Dipaparkan dari 01 February 2019 hingga 28 February 2019
Pemenang-pemenang Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran dan juga.Tokoh-Tokoh Penerima Anugerah Maal Hijrah 1440H Peringkat Negeri Selangor berkumpul di Balai Pelepasan KLIA-JEDDAH untuk menunaikan lbadah Umrah tajaan Kerajaan Negeri Selangor.

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) KE JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

20 July 2020
Dipaparkan dari 20 July 2020 hingga 20 August 2020
20 Julai 2020 (Isnin) - Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS menerima kunjungan hormat daripada Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Prof Madya Dr. Jaffary Awang selaku Pengerusi Pusat, diiringi oleh 4 orang pegawai penyelidik dari pusat kajian tersebut iaitu Prof Madya Dr. Kamaruddin Hj. Salleh, Dr. Abdull Rahman Mahmood, Dr. Wan Haslan Khairuddin dan Dr. Wan Fariza Alyati Wan Zakaria.

TIGA SAM MENCATAT KEPUTUSAN TERBAIK SMA

01 February 2019
Dipaparkan dari 01 February 2019 hingga 28 February 2019
23 Januari 2019 - Sahibus Saadah, Dato Haji Haris Bin Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor telah mengumumkan keputusan keseluruhan bagi Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Negeri Selangor tahun 2018 adalah 97.6% di dalam satu majlis pengisytiharan yang berlangsung di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Kampung Bukit Cherakah.

PROGRAM TERIMA KASIH BARISAN HADAPAN MALAYSIA DAERAH GOMBAK TAHUN 1441H/ 2020M

15 July 2020
Dipaparkan dari 15 July 2020 hingga 15 August 2020
15 Julai 2020 (Rabu) - Program Terima Kasih Barisan Hadapan Malaysia Daerah Gombak Tahun 1441H/ 2020M telah diteruskan tanpa henti. Siri II kali ini menjadikan Warga Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak sebagai objek sasaran dakwah dengan konsep “belanja makan tengahari” sebagai penghargaan kepada Frontliner hebat tersebut.

PERASMIAN MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1440H/2019M

23 January 2019
Dipaparkan dari 23 January 2019
22 Januari 2019 - Perasmian Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1440H/2019M. Ucapan Perasmian oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Majlis ini akan diadakan sehingga 25 Januari 2019 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (Masjid Negeri). Muslimin Muslimat dijemput menghadiri Majlis Penutup yang akan disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor pada jam 8.00 malam, 25 Januari 2019

PROGRAM PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA LANGAT DENGAN KERJASAMA PLAZA TOL SKVE MENGEDARKAN KIT COVID-19 UNTUK PENGGUNA LEBUHRAYA

14 July 2020
Dipaparkan dari 14 July 2020 hingga 14 August 2020
Selasa 14 Julai 2020- Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Plaza Tol SKVE telah mengedarkan Kit COVID-19 untuk pengguna lebuh raya. Program diketuai A.F Tuan Pegawai Tadbir Agama Tn. Hairul Anuar Samingan bersama pasukan Unit Pengurusan Dakwah.

RAUDHATUL JANNAH JUARA PENDAKWAH MUSLIMAH 2018

23 October 2018
Dipaparkan dari 23 October 2018 hingga 31 December 2018
Peserta muda program realiti tv Al-Hijrah telah mencatat sejarah apabila berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan bagi program Pentas Akhir Pendakwah Muslimah 2018, pada malam ini. Raudhatul Jannah binti Mohd Rozli ialah anak keempat daripada sembilan orang adik beradik dan merupakan anak kelahiran Shah Alam, Selangor. Raudhatul Jannah atau lebih dikenali sebagai Raudhah ini mempunyai impian yang sangat jelas dan bercita-cita tinggi dalam perjuangan dakwahnya.

KURSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN PELUPUSAN DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA SELANGOR

14 July 2020
Dipaparkan dari 14 July 2020 hingga 14 August 2020
14 Julai 2020 (Selasa) - Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS telah mengadakan Kursus Kemahiran Pengurusan Pelupusan di Pejabat Agama Islam Daerah PAID Kuala Selangor. Program bermula dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang. Jumlah kehadiran peserta adalah seramai 18 orang dari PAID Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

PROGRAM JELAJAH MESRA UMMAH DAERAH PETALING 2020

14 July 2020
Dipaparkan dari 14 July 2020 hingga 14 August 2020
14 Julai 2020 (Selasa) - Program Jelajah Mesra Ummah Daerah Petaling 2020 meneruskan jelajahnya di persekitaran Seksyen 27, Shah Alam. Program ini bermatlamatkan menyantuni pemandu-pemandu lori. Peranan mereka tidak kurang hebat dalam memberi impak kepada pembangunan dan kesejahteraan sesebuah negara.

MAJLIS ANUGERAH JALINAN KASIH ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2019

08 March 2020
Dipaparkan dari 10 March 2020 hingga 31 March 2020
8 Mac 2020 (Ahad) - Bahagian Dakwah JAIS dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan Majlis Anugerah Jalinan Kasih Orang Asli Peringkat Negeri Selangor 2019 bertempat di Ballroom, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

MAJLIS PENGISLAMAN BERAMAI-RAMAI MASYARAKAT ORANG ASLI DAERAH KLANG

07 March 2020
Dipaparkan dari 10 March 2020 hingga 31 March 2020
7 Mac 2020 (Sabtu) - Pejabat Agama Islam Daerah Klang dengan kerjasama pihak Masjid Ar-Rahman Pulau Indah, pihak Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah (Masjid Sultan) , Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pulau Indah (MPKK), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan Majlis Pengislaman Beramai-Ramai Masyarakat Orang Asli Daerah Klang.

LAWATAN DUTA BESAR JEPUN KE SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) SEKSYEN 19, SHAH ALAM

27 February 2020
Dipaparkan dari 03 March 2020 hingga 31 March 2020
27 Feb 2020 (Khamis) - Pejabat Kedutaan Besar Jepun hari ini sudi meluangkan masa melawat ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam.

PROGRAM IKRAR BEBAS RASUAH BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

21 February 2020
Dipaparkan dari 03 March 2020 hingga 31 March 2020
21 Februari 2020 (Jumaat) - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan Program Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

MAJLIS KONVOKESYEN PENGAJIAN BERSIJIL KALI KE-19 SESI 2019 MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

08 February 2020
Dipaparkan dari 03 March 2020 hingga 31 March 2020
8 Februari 2020 (Sabtu) – Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah menganjurkan satu Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil Kali Ke-19 Sesi 2019 di Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni, Pembantu Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor hadir merasmikan majlis konvokesyen pada kali ini seterusnya menyampaikan sijil kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian.

MAJLIS PENYERAHAN MOCK UP CHECK SUMBANGAN PERUNTUKAN LIF MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

31 January 2020
Dipaparkan dari 14 February 2020 hingga 14 March 2020
31 Januari 2020 (Jumaat) – DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menerima mock up cek bagi pihak Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam berjumlah RM800,000 untuk kos penggantian dua buah lif di masjid berkenaan.

MAJLIS PERHIMPUNAN AGENSI HAL EHWAL ISLAM NEGERI SELANGOR BERSAMA-SAMA Y.A.B DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

29 January 2020
Dipaparkan dari 29 January 2020 hingga 28 February 2020
28 Januari 2020 (Selasa) - Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan Majlis Perhimpunan Agensi Hal Ehwal Islam Negeri Selangor Bersama-sama Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor.

MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 1441H/2020M

29 January 2020
Dipaparkan dari 29 January 2020 hingga 29 February 2020
14 Hingga 17 Januari 2020 (Selasa-Khamis) - Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor yang diadakan bermula pada 14hb hingga 17hb Januari 2020 bertempat di Dewan Syarahan & Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam.

SEPANG DIUMUMKAN SEBAGAI DAERAH TERBAIK PSRA 2019

28 November 2019
Dipaparkan dari 28 November 2019 hingga 27 December 2019
20 November 2019 (Rabu) – Daerah Sepang diumumkan sebagai daerah terbaik PSRA peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2019 dengan catatan GPS 2.60. Demikian yang telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Sahibus Saadah Tuan Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad didalam satu Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang telah diadakan di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

BENGKEL PERMURNIAN MODUL INSTITUT LATIHAN DAN DAKWAH SELANGOR 2019 BAGI TAHUN 1442H/2020M

04 November 2019
Dipaparkan dari 04 November 2019 hingga 30 November 2019
31 Oktober 2019 (Khamis) - Institut Latihan Dan Dakwah Selangor dengan jayanya telah mengadakan Bengkel Permurnian Modul Institut Latihan Dan Dakwah Selangor 2019 bagi tahun 1442H/2020M bertempat di Impiana, Morib.

KONVENSYEN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

30 October 2019
Dipaparkan dari 30 October 2019 hingga 22 November 2019
17 Oktober 2019 (Khamis) - Seramai 300 orang peserta telah menghadiri Konvensyen Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan pada 17 Oktober 2019 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

SEMINAR KEKELUARGAAN “TERAPI CINTA”

10 September 2019
Dipaparkan dari 10 September 2019
5 September 2019 (Khamis) – Bahagian Undang-undang Keluarga dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Perkihidmatan Awam (PUSPANITA) Negeri Selangor telah mengadakan Seminar Kekeluargaan “Terapi Cinta” yang diadakan di Ballroom Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan sasaran peserta di kalangan penjawat awam seramai 400 orang.

JAIS MAHU KEKALKAN KEJUARAAN

29 August 2019
Dipaparkan dari 29 August 2019 hingga 27 September 2019
Shah Alam (27 Ogos 2019) - Kontijen Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berazam mengekalkan kejuaraan tahun lalu di dalam Kategori Jabatan Kerajaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 pada tahun ini.

PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR DIBERI PENDEDAHAN TERKINI ANCAMAN SYIAH

29 August 2019
Dipaparkan dari 29 August 2019 hingga 27 September 2019
Shah Alam (22 Ogos 2019) - Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Seminar Isu-isu Semasa Peringkat Negeri Selangor Tahun 2019 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam, Selangor.

MAJLIS IBADAH KORBAN AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR

21 August 2019
Dipaparkan dari 21 August 2019 hingga 23 September 2019
13 Ogos 2019 (Selasa) - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama-sama Agensi Agama terdiri daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JAPESS), Perbadanan Wakaf Selangor dan Lembaga Zakat Selangor telah mengadakan Majlis Ibadah Korban yang diadakan di tapak letak kenderaan Bangunan Sultan Idris Shah.

LAWATAN KERJA KAJIAN PENGURUSAN BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)

08 August 2019
Dipaparkan dari 08 August 2019 hingga 13 September 2019
01 Ogos 2019 (Khamis) - Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima Lawatan Kerja Kajian Pengurusan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

MAJLIS PENUTUPAN PERINGKAT PENYINGKIRAN PENDAKWAH MUSLIMAH “DEMI UMMAH” MUSIM KE-5 2019

08 August 2019
Dipaparkan dari 08 August 2019 hingga 10 September 2019
27 Julai 2019 (Sabtu) - Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dengan kerjasama Zakat Selangor dan TV Alhijrah telah mengadakan Majlis Penutupan Peringkat Penyingkiran Pendakwah Muslimah “Demi Ummah” Musim Ke-5, 2019 di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS).

MAJLIS PELANCARAN DAN PELEPASAN PESERTA PENDAKWAH MUSLIMAH “DEMI UMMAH” MUSIM KE-5, TAHUN 2019

26 July 2019
Dipaparkan dari 26 July 2019 hingga 31 August 2019
20 Julai 2019 (Sabtu) - Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Zakat Selangor dan TV Alhijrah telah mengadakan Majlis Pelancaran Dan Pelepasan Peserta Pendakwah Muslimah “Demi Ummah” Musim ke-5, 2019 bertempat di Dewan Haji Nong JAIS.

DYTM RAJA MUDA SELANGOR TENGKU AMIR SHAH BERKENAN MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK AL-AMANIAH, BATU CAVES GOMBAK

25 July 2019
Dipaparkan dari 25 July 2019 hingga 30 August 2019
19 Julai 2019 (Jumaat)- DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves Gombak, Selangor Darul Ehsan. Turut hadir Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari Dato’ Menteri Besar Selangor.

MAJLIS KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH MALAYSIA (KESSUMA) KALI KE-20

25 July 2019
Dipaparkan dari 25 July 2019 hingga 27 August 2019
15 Julai 2019 - Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Menengah Malaysia (KESSUMA) Kali ke-20.Perarakan 13 kontinjen negeri di Stadium Universiti UKM Bangi.

MAJLIS PENYEMPURNAAN KURSUS PERDANA HAJI MUSIM HAJI TAHUN 1440H/2019M PERINGKAT NEGERI SELANGOR

25 July 2019
Dipaparkan dari 25 July 2019 hingga 26 August 2019
23 Jun 2019 (Ahad) - Keberangkatan DYMM Sultan Selangor ke Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Musim Haji Tahun 1440H/2019M Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN APRESIASI GURU KAFA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TAHUN 2019

08 July 2019
Dipaparkan dari 08 July 2019 hingga 08 August 2019
26 Jun 2019 (Rabu) - Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Dan Apresiasi Guru KAFA Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Tahun 2019 di Dewan Jubli Perak.

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

15 May 2019
Dipaparkan dari 15 May 2019 hingga 01 July 2019
29 April 2019 (Isnin) - Terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Halal kerana menjadi penganjur Perhimpunan Bulanan Jabatan pada Bulan ini.