JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Selasa, 30 May 2023 | 10 Zulkaedah 1444H | 07:50:53 PM
 

TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN ISLAM NEGERI SELANGOR

LATAR BELAKANG

• TAPIS telah diwujudkan di bawah Akaun Amanah Disatukan di bawah subseksyen 9 (1) AktaTatacara Kewangan 1957 pada 1 April 1991.

• Ianya bertujuan bagi membiayai perbelanjaan menuju ke arah meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor.

• Sejak 25 Februari 2011, TAPIS telah diberi nafas baru bagi mengukuhkan fungsi dan tanggungjawab pengurusan TAPIS dalam membangunkan kualiti umat Islam dengan lebih dinamik.

• Perkembangan TAPIS terus dirasai oleh umat Islam di Negeri Selangor melalui hebahan dalam teks khutbah Jumaat setiap minggu sebagai saranan untuk memperhebatkan sedekah dan infaq yang menjanjikan pahala berganda kepada penyumbang.

 

MAKLUMAT PERMOHONAN SUMBANGAN TAPIS

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

i. Agensi kerajaan atau swasta , Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), masjid, surau, sekolah dan sebagainya yang ditubuhkan secara rasmi , berdaftar dan diiktiraf oleh pihak-pihak yang berautoriti bagi melaksanakan sesuatu program;

ii. Tidak berorientasikan keuntungan ( non-profit making );

iii. Mempunyai perancangan yang konkrit untuk membiayai program yang dianjurkan ;

iv. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang belum pernah mendapat bantuan daripada TAPIS atau ;

v. Menerima bantuan tidak lebih daripada tiga (3) kali setahun ;

vi. Tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Perlembagaan Malaysia serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik ;

vii. Dilampirkan dengan surat permohonan dan kertas kerja ;

viii. Dikemukakan tidak lewat daripada 30 hari bekerja sebelum tarikh pelaksanaan program bagi kelulusan yang tidak melebihi RM10,000 sahaja ;

ix. Disertakan dengan sesalinan sijil pendaftaran pertubuhan (ROS) atau pengesahan oleh mana-mana agensi yang diiktiraf dan penyata akaun bank yang terkini .

 

BENTUK AGIHAN

1. P erbelanjaan-perbelanjaan yang berkaitan dengan program atau aktiviti yang dapat memberi faedah dan manfaat ke arah meningkatkan syiar Islam;

2. Perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berkaitan dan diluluskan oleh Jawantankuasa Akaun ; dan

3. Perbelanjaan yang tidak menyentuh perkara berkaitan pembangunan fizikal.

 

KANDUNGAN KERTAS KERJA

i. Keterangan program, objektif dan jangkaan faedahnya kepada kumpulan sasar;

ii. Anggaran keperluan kewangan dan kos secara terperinci bagi setiap program yang dicadangkan;

iii. Keupayaan dan kaedah pelaksanaan program misalnya dari segi organisasi / jawatankuasa / jentera yang ada;

iv. Maklumat mengenai sumbangan wang yang diterima daripada Kementerian / Jabatan lain , sekiranya ada;

v. Cadangan untuk mengenakan yuran penyertaan / caj kepada orang awam / peserta bagi program yang dipohon sekiranya berkaitan.

vi. Mana-mana pemohon yang pernah menerima sumbangan daripada TAPIS, sila nyatakan tahun dan jumlah diterima ;

vii. Kertas kerja hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Malaysia .

* Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan

 

 

TINDAKAN PENERIMA SUMBANGAN TAPIS

Pihak pemohon selepas menerima cek atau bayaran sumbangan perlu:

i. Memaklumkan kepada Setiausaha, penerimaan sumbangan atau bayaran secara EFT selepas permohonan diluluskan;

ii. Pemohon yang mendapat sumbangan daripada TAPIS perlulah meletakkan logo TAPIS pada buku/beg/risalah/ bunting/backdrop sebagai sumbangan TAPIS.

iii. Menghantar kepada Setiausaha dokumen yang diperlukan / aktiviti / barang pembelian selepas 7 hari dari tarikh program atau 7 hari dari tarikh bayaran secara EFT atau penerimaan sumbangan antaranya:

  • Bukti pembelian (Resit);
  • Gambar-gambar aktiviti / program/ barang pembelian;
  • Laporan lengkap; dan
  • Jika pemohon didapati tidak melaksanakan program/aktiviti atau pembelian, Jawatankuasa berhak menuntut balik bayaran yang telah dibuat.

Permohonan lulus atau gagal akan dimaklumkan secara bersurat atau melalui e-mel.

 

UNTUK MENYALURKAN SUMBANGAN :

CARA-CARA PEMBERIAN SUMBANGAN

1. Terimaan langsung .

2. Sumbangan melalui peti besi tapis di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri Selangor.

3. Potongan gaji:

 

LOGO TAPIS

 

HUBUNGI KAMI:

• Telefon : 03-5514 3400
• E- mel : tapis.selangor@gmail.com
• Alamat : Tingkat 9, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah,
No 2, Persiaran Masjid, Bukit Suk, Seksyen 5,
40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

 

AKTIVITI TAPIS

No
Keterangan
Jenis
Saiz
Tindakan
1
BENGKEL SEMAKAN VERIFIKASI SOALAN PSRA KEMBOJA
Tarikh Dimuatnaik: 20 Januari 2020
Saiz: 468.42 KB
468.42 KB
2
PROGRAM KELUARGA SAKINAH HIDUP ROSAK KERANA ZINA PAID SABAK BERNAM
Tarikh Dimuatnaik: 20 Januari 2020
Saiz: 501.02 KB
501.02 KB
3
PROGRAM PENGIMARAHAN SURAU AL-FALAH, KG SESAPAN KELUBI, BERANANG, SELANGOR
Tarikh Dimuatnaik: 20 Januari 2020
Saiz: 772.92 KB
772.92 KB
4
PROGRAM BACK TO BASIC 2019 ANJURAN FAKULTI PENDIDIKAN KUIS
Tarikh Dimuatnaik: 20 Januari 2020
Saiz: 2.07 MB
2.07 MB
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

Tarikh Akhir Kemaskini :: 28 Januari 2020 12:14 PM