JABATAN
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
- Mengeluarkan keputusan temuduga bagi pengambilan kakitangan kontrak dan memaklumkan kepada calon-calon yang berjaya dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh temuduga.
- Memastikan aduan kerosakan bangunan di bawah kawalan JAIS diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh aduan lengkap diterima.
- Memastikan semua urusan pembayaran kepada pembekal/ kontraktor diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh invois dan semua dokumen lengkap diterima.
- Memastikan maklumat dalam portal jabatan dikemaskini sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh sebulan.
- Mengeluarkan keputusan bagi permohonan penyewaan tanah di bawah kawalan JAIS dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memberikan maklumbalas kepada aduan-aduan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas aduan lengkap diterima.
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA
- Siasatan pernikahan luar negara/ berlawanan enakmen/ kesalahan mal diproses dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan.
- Mengurus pelantikan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas borang permohonan lengkap diterima.
- Panggilan untuk hadir sesi runding cara dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan didaftarkan.
- Kad Nikah Pintar disiapkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
- Sokongan kebenaran berkahwin bagi anak raja/kerabat perempuan dengan orang kebanyakan dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Pengesahan mahram bagi urusan haji dan umrah dalam tempoh 1 hari bekerja.
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
- Mengeluarkan surat sokongan permohonan visa pelajar kepada pemohon yang layak dalam tempoh satu (1) hari.
- Memastikan keputusan permohonan pertukaran murid SRAI dan SAM/SAMT dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas mesyuarat bersidang (mesyuaratdua (2) kali setahun (Jun danDisember).
- Mengeluarkan keputusan semakan semula kertas jawapan PSRA dalam tempoh 14 hari selepas menerima permohonan yang lengkap.
- Memastikan surat tawaran ke tingkatan satu (1) SAM dikeluarkan tiga puluh (30) hari selepas keputusan PSRA diumumkan.
- Memastikan keputusan PSRA dan SMA/SAMTQ diisytiharkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh akhir peperiksaan.
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
- Memberikan nombor rujukan maklumat awam kepada pemberi maklumat serta merta selepas satu maklumat diperakukan dan disahkan.
- Menyelesaikan perihal jaminan dalam masa 30 minit selepas penjamin mengesahkan tentang kesanggupannya bagi menjadi seorang penjamin.
- Melengkapkan fail siasatan dalam tempoh 60 hari selepas pegawai penyiasat menerima arahan tentang suatu fail siasatan perlu dibuka.
- Melengkapkan semula kertas yang dikembalikan oleh Ketua Pendakwa Syar’ie dalam tempoh tidak melebihi 20 hari bekerja selepas arahan diterima.
- Memberi maklumbalas terhadap permohonan laporan tangkapan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Melaksanakan tindakan sisatan terhadap maklumat berstatus “FFA – Tindakan Penguatkuasaan” dalam tempoh tidak melebihi 48 jam selepas arahan menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan dikeluarkan.
BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID
- Memastikan Teks Khutbah Jumaat dan Dua (2) Hari Raya siap disediakan dan diedarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja sebelum pembacaan khutbah.
- Surat kelulusan permohonan pembinaan masjid dan surau dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh mesyuarat jawatankuasa kariah MAIS.
- Surat kelulusan permohonan kebenaran solat jumaat (sementara) dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh mesyuarat jawatankuasa kariah MAIS.
- Surat kelulusan permohonan naik taraf surau ke masjid dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS.
- Surat kelulusan permohonan pendaftaran surau baru dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap yang diterima.
BAHAGIAN DAKWAH
- Mengeluarkan notis menghadiri temuduga tauliah mengajar / berceramah empat belas (14) hari bekerja.
- Maklumbalas permohonan isbat hafazan dijawab dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
BAHAGIAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
- Membuat kajian dan menyediakan Laporan Hasil Kajian dalam tempoh Sembilan puluh (90) hari dari tarikh arahan diterima.
- Membuat semakan dan menyediakan laporan bahan penerbitan berunsur Islam dan meragukan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh arahan diterima.
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL
- Memproses permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dalam tempoh Sembilan puluh (90) hari dari tarikh fi diterima.
- Menguruskan permohonan tauliah sembelihan halal komersial dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh hadir kursus.
INSTITUT LATIHAN & DAKWAH SELANGOR
- Memaklumkan kepada pelanggan tentang sesuatu kursus yang akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum kursus bermula.
- Memastikan penyampaian kursus mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 2.2 pada skala 1-3 melalui Borang Penilaian Kursus.
- Memastikan prasarana dan kemudahan latihan yang disediakan mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 2.2 pada skala 1-3 dalam penilaian kepuasan pelanggan.
MASJID NEGERI
- Memastikan kehadiran Imam, Bilal dan Noja tiga puluh (30) minit awal sebelum masuk waktu solat.
- Melaksanakan program kuliah maghrib enam (6) kali seminggu.
- Melaksanakan program Forum Perdana sebulan sekali.
- Menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong/pelawat di masjid setiap kali diperlukan.
- Memproses permohonan penggunaan kemudahan masjid dalam tempoh empat belas (14) hari.
- Mengadakan program bicara ad-din seminggu sekali.
- Menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah setiap kali berlaku kematian dalam kariah.
No |
Keterangan |
Jenis |
Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|---|
1 |
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2019
|
105.81 KB |
||
2 |
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2018
|
238.31 KB |
||
3 |
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2017
|
132.92 KB |
||
4 |
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2015
|
253.50 KB |
|
Jabatan
Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
Hubungi Kami
Tonggak 12, Formula 6M & 5E
Carta Organisasi
Visi Misi dan Objektif
Sejarah Penubuhan
Pengurusan Tertinggi
Perutusan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh Akhir Kemaskini :: 19 Februari 2020 02:43 PM