BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

Pengenalan

1990 – Pengurusan Jawatankuasa Kecil Mengkaji Bahan Makanan Dan Penggunaan Orang-Orang Islam yang diurusetiakan oleh Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor

2002  - Penubuhan Unit Halal dibawah Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor

2007 – Pengisian Perjawatan Kontrak Pegawai Teknologi Makanan untuk memperkasakan  Unit Halal

2011 – Transformasi Unit Halal kepada isu serta tugasan baru menjelang transformasi pensijilan halal diseluruh negara. Antaranya perlaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011

2012 – Program Pensijilan Halal Bersama antara JAKIM-MAIN/JAIN

2015 – Pengwujudan Bahagian Pengurusan Halal dan pengasingan secara rasmi dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan pada 1 Ogos 2015

Fungsi Utama

  • Mengurus Hal ehwal Pengurusan Halal dalam Negeri Selangor
  • Mengurus proses pengeluaran dan pematuhan kelulusan Pensijilan dan Pengesahan Halal
  • Mengurus Program Latihan dan Pembangunan untuk kakitangan dan pelanggan bahagian Pengurusan Halal
  • Mengurus proses pengeluaran dan pemantauan pemegang kad tauliah sembelihan
  • Mengurus pengauditan dan pemantauan Pensijilan Halal
  • Melaksanakan kursus penyembelihan

 

Visi

" Bertekad penuh komited kearah Halal Global "

Misi

" Menjadikan Bahagian yang memartabatkan Hal ehwal Pengurusan Halal yang berkualiti"

Objektif

"Memastikan Pensijilan Halal dapat dilaksanakan dengan teratur sejajar dengan peraturan skim-skim yang sedang berkuatkuasa pada masa ini"


Tarikh Akhir Kemaskini :: 27 Oktober 2018 11:00 AM