JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Rabu, 12 May 2021 | 30 Ramadan 1442H | 12:58:00 PM
 

KURSUS PRA PERKAHWINAN, BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.

Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

  • Permohonan kursus ini boleh dipohon melalui pengisian borang yang boleh diambil dari Tingkat 4 Menara Selatan, Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS atau secara download melalui laman web ini.
  • Sila hantar borang beserta bayaran sebanyak RM 80.00 seorang di Tingkat 4 Menara Selatan, Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS
  • Waktu Operasi
    • Isnin - Khamis : 8.00 pagi – 1.00 petang dan 2.00 petang – 5.00 petang;
    • Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang – 5.00 petang;
  • Pendaftaran
    • SABTU jam 7.45 – 8.00 pagi (sila bawa resit pembayaran)
      (Kelewatan hadir selepas 15 minit sesi ceramah bermula, sijil akan ditahan)
  • Etika Pakaian
    • PESERTA LELAKI : Berkemeja atau T Shirt berkolar.
    • PESERTA WANITA : Berbaju kurung dan bertudung penuh.
** Makluman penangguhan hendaklah dimaklumkan 5 hari sebelum tarikh kursus.

TARIKH-TARIKH KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN JAIS (BUUK) TAHUN 2020 Baru

BULAN TARIKH ( Sabtu - Ahad )
JANUARI 04 - 05/01/2020
18 - 19/01/2020
FEBRUARI 01 - 02/02/2020
15 - 16/02/2020

22 - 23/02/2020
29/2 - 01/03/2020
MAC 07 - 08/03/2020
14 - 15/03/2020
21 - 22/03/2020
28 - 29/03/2020
APRIL 04 - 05/04/2020
11 - 12/04/2020
18 - 19/04/2020
25 - 26/04/2020

(Ramadhan)
MEI 02 - 03/05/2020
(Ramadhan)
09 - 10/05/2020
(Ramadhan)
16 - 17/05/2020
(Ramadhan
)
JUN 06 - 07/06/2020
13 - 14/06/2020
20 - 21/06/2020
 27 - 28/06/2020
JULAI 04 - 05/07/2020
11 - 12/07/2020
18 - 19/07/2020
25 - 26/07/2020
OGOS 08 - 09/08/2020
15 - 16/08/2020
22 - 23/08/2020
29 - 30/08/2020
SEPTEMBER 05 - 06/09/2020
19 - 20/09/2020
26 - 27/09/2020
OKTOBER 03 - 04/10/2020
10 - 11/10/2020
17 - 18/10/2020
24 - 25/10/2020
31/10 - 01/11/2020
NOVEMBER 07 - 08/11/2020
14 - 15/11/2020
17 - 18/11/2020
28 - 29/11/2020
DISEMBER 05 - 06/12/2020
12 - 13/12/2020
19 - 20/12/2020
26 - 27/12/2020

 

TEMPAT KURSUS

  • Di Dewan Kuliah Sakinah, Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah,No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor

TEMPOH MASA KURSUS

  • 2 hari (tiada bermalam)

BAYARAN KURSUS

  • RM 80.00 merangkumi bayaran fail, alat tulis, sijil kursus, makan minum, bayaran kepada penceramah dan buku rujukan Memasuki Gerbang Perkahwinan Islam terbitan JAKIM

SOALAN YANG SERING DITANYA

  • Berapakah tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan Islam yang diikuti di mana-mana tempat yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri?
    Tempoh sah laku sijil kursus adalah seumur hidup dan terpakai bagi seluruh Malaysia

Tarikh Akhir Kemaskini :: 09 Jun 2020 01:35 PM