JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Rabu, 27 Sep 2023 | 11 Rabiulawal 1445H
  BAHAGIAN

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

Pengenalan
Bahagian Pengurusan Masjid ialah satu daripada bahagian di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan. Pengurusan Masjid berkait rapat menguruskan keseluruhan masjid, surau dan membekal teks khutbah.


Aktiviti

  1. Program Team Building dan Jati diri kepada Pegawai dan Kakitangan Bahagian.
  2. Bengkel Pembangunan Aplikasi Pemantauan Khutbah Online
  3. Bengkel Penyelarasan  Pengkemaskinian Persempadanan Kariah Sekali Setahun Setelah Menerima Deraf Cadangan Persempadanan Setiap Daerah.
  4. Bengkel Penggubalan dan Pengemaskinian Peraturan/ Garis Panduan/  Tatacarayang berkaitan dengan Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor.
  5. Bengkel Pengemaskinian Maklumat Masjid dan Surau Negeri Selangor dalam sistem e-masjid.
  6. Program Mesra Masjid Peringkat Daerah
  7. Program Mesra Masjid Peringkat  Negeri
  8. Program Konvensyen Nazir Masjid dan Pengerusi Surau Negeri Selangor
  9. Konvensyen Melestarikan Pengurusan Kewangan Masjid Dan Surau Negeri Selangor
  10. Program Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Surau Peringkat Daerah.
  11. Program Turun Padang Dalam Program 3K
  12. Mengadakan bengkel Kajian Analisa Penarafan  Masjid.
  13. Pelaksanaan program Karnival Sukan Masjid peringkat masjid.
  14. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa  Penyelarasan Dan Pelaksanaan Takmir
  15. Program Kelas Pengajian Takmir Masjid di masjid- masjid terpilih setiap daerah.
  16. Program Pengajian Kitab Mestika Hadis di masjid- masjid terpilih setiap daerah.
  17. Program Kelas Pengajian Takmir Surau di surau- surau terpilih setiap daerah.
  18. Program Tafaqquh Fiddin Guru-Guru Takmir mengikut modul/tajuk pengkhususan bidang Guru Takmir.
  19. Program Multaqa Imam, AJK Masjid Kariah, Guru KAFA dan Guru Takmir Peringkat Negeri
  20. Bengkel Peraturan Pengurusan Pejabat untuk memberi maklumat asas Pengurusan Pejabat kepada semua pegawai dan kakitangan Masjid.
  21. Bengkel Latihan Penulisan Khutbah dan mengenalpasti individu yang selayaknya sesuai menjadi peserta bengkel tersebut.
  22. Perjumpaan Bersama Pengarah JAIS dan Guru-Guru Takmir Setiap Tahun.
  23. Bengkel Strategik Perancangan Khutbah 2018
  24. Kursus Pemahaman Perintah-perintah AM
  25. Bengkel Lanjutan Pengkaedahan Jawi kepada kakitangan dan penulis-penulis khutbah
  26. Bengkel Penyemakan Penerbitan Koleksi Khutbah 2017
  27. Pertandingan Penulisan Khutbah secara berkala untuk menarik minat para penulis.
  28. Bengkel Pemarkahan Pertandingan Penulisan khutbah Negeri Selangor.
  29. Bengkel Pemantapan Khutbah Multimedia
  30. Bengkel Pengkemaskinian Pangkalan Data Tanah Perkuburan Islam Negeri Selangor
  31. Bengkel Pembinaan Pangkalan Data Tanah Perkuburan Islam Negeri Selangor
  32. Seminar Pengurusan Perkuburan Islam Negeri Selangor

Fungsi Bahagian Pengurusan Masjid

  1. Mengurus perlantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Selangor
  2. Menguruskan pelbagai permohonan yang berkaitan dengan masjid / surau
  3. Menguruskan pembinaan dan pendaftaran masjid / surau seluruh Negeri Selangor
  4. Menguruskan pentadbiran masjid / surau seluruh Negeri Selangor
  5. Menguruskan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor 6. Menguruskan pengeluaran khutbah Jumaat dan koleksi khutbah Negeri Selangor
  6. Memproses / Melantik Pegawai Penyelaras Masjid Seluruh Negeri Selangor, serta menguruskan tuntutan kelas Takmir / kursus-kursus Guru- GuruTakmir dan Imam-Imam Masjid

Visi

" Beriltizam Melestari Pengurusan Masjid Terbaik Sebagai Zon Aman, Pusat Tranformasi Dan Jantung Pembangunan Ummah "

Misi

" Meningkatkan Kompetensi Pengurusan Masjid Lebih Berkredibiliti, Krismatik, Profesional, Berintegriti, Dinamik, Energetik Dan Cakna "

Objektif

  • Menjadikan Masjid Zon aman, Bebeas Politik, Kondusif Dan Mesra Jemaah.
  • Meningkatkan kualiti dan profesionalisme pengurusan masjid sentiasa efektif, efisyen, dinamik dan produktif.
  • Memantap dan mengemaskini kaedah, peraturan, garis panduan dan tatacara sebagai rujukan utama pengurusan masjid.
  • Meningkatkan pengimarahan masjid melalui penganjuran program yang bersifat kontemporari, holistik dan interaktif.

Tarikh Akhir Kemaskini :: 11 Februari 2019 03:41 PM