PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Mengeluarkan keputusan temuduga bagi pengambilan kakitangan kontrak dan memaklumkan kepada calon-calon yang berjaya dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh temuduga.
  2. Memastikan aduan kerosakan bangunan di bawah kawalan JAIS diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh aduan lengkap diterima.
  3. Memastikan semua urusan pembayaran kepada pembekal/ kontraktor diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh invois dan semua dokumen lengkap diterima.
  4. Memastikan maklumat dalam portal jabatan dikemaskini sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh sebulan.
  5. Mengeluarkan keputusan bagi permohonan penyewaan tanah di bawah kawalan JAIS dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Memberikan maklumbalas kepada aduan-aduan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas aduan lengkap diterima.

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA

  1. Siasatan pernikahan luar negara/ berlawanan enakmen/ kesalahan mal diproses dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan.
  2. Mengurus pelantikan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas borang permohonan lengkap diterima.
  3. Panggilan untuk hadir sesi runding cara dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan didaftarkan.
  4. Kad Nikah Pintar disiapkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  5. Sokongan kebenaran berkahwin bagi anak raja/kerabat perempuan dengan orang kebanyakan dalam tempoh 1 hari bekerja.
  6. Pengesahan mahram bagi urusan haji dan umrah dalam tempoh 1 hari bekerja.

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

  1. Mengeluarkan surat sokongan permohonan visa pelajar kepada pemohon yang layak dalam tempoh satu (1) hari.
  2. Memastikan keputusan permohonan pertukaran murid SRAI dan SAM/SAMT dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas mesyuarat bersidang (mesyuaratdua (2) kali setahun (Jun danDisember).
  3. Mengeluarkan keputusan semakan semula kertas jawapan PSRA dalam tempoh 14 hari selepas menerima permohonan yang lengkap.
  4. Memastikan surat tawaran ke tingkatan satu (1) SAM dikeluarkan tiga puluh (30) hari selepas keputusan PSRA diumumkan.
  5. Memastikan keputusan PSRA dan SMA/SAMTQ diisytiharkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh akhir peperiksaan.

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

  1. Memberikan nombor rujukan maklumat awam kepada pemberi maklumat serta merta selepas satu maklumat diperakukan dan disahkan.
  2. Menyelesaikan perihal jaminan dalam masa 30 minit selepas penjamin mengesahkan tentang kesanggupannya bagi menjadi seorang penjamin.
  3. Melengkapkan fail siasatan dalam tempoh 60 hari selepas pegawai penyiasat menerima arahan tentang suatu fail siasatan perlu dibuka.
  4. Melengkapkan semula kertas yang dikembalikan oleh Ketua Pendakwa Syar’ie dalam tempoh tidak melebihi 20 hari bekerja selepas arahan diterima.
  5. Memberi maklumbalas terhadap permohonan laporan tangkapan dalam tempoh  7 hari bekerja.
  6. Melaksanakan tindakan sisatan terhadap maklumat berstatus “FFA – Tindakan Penguatkuasaan” dalam tempoh tidak melebihi 48 jam selepas arahan menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan dikeluarkan.

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

  1. Memastikan Teks Khutbah Jumaat dan Dua (2) Hari Raya siap disediakan dan diedarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja sebelum pembacaan khutbah.
  2. Surat kelulusan permohonan pembinaan masjid dan surau dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh mesyuarat jawatankuasa kariah MAIS.
  3. Surat kelulusan permohonan kebenaran solat jumaat (sementara) dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh mesyuarat jawatankuasa kariah MAIS.
  4. Surat kelulusan permohonan naik taraf surau ke masjid dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS.
  5. Surat kelulusan permohonan pendaftaran surau baru dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap yang diterima.

BAHAGIAN DAKWAH

  1. Mengeluarkan notis menghadiri temuduga tauliah mengajar / berceramah empat belas (14) hari bekerja.
  2. Maklumbalas permohonan isbat hafazan  dijawab dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

  1. Membuat kajian dan menyediakan Laporan Hasil Kajian dalam tempoh Sembilan puluh (90) hari dari tarikh arahan diterima.
  2. Membuat semakan dan menyediakan laporan bahan penerbitan berunsur Islam dan meragukan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh arahan diterima.

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

  1. Memproses permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dalam tempoh Sembilan puluh (90) hari dari tarikh fi diterima.
  2. Menguruskan permohonan tauliah sembelihan halal komersial dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh hadir kursus.

INSTITUT LATIHAN & DAKWAH SELANGOR

  1. Memaklumkan kepada pelanggan tentang sesuatu kursus yang akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum kursus bermula.
  2. Memastikan penyampaian kursus mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 2.2 pada skala 1-3 melalui Borang Penilaian Kursus.
  3. Memastikan prasarana dan kemudahan latihan yang disediakan mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 2.2 pada skala 1-3 dalam penilaian kepuasan pelanggan.

MASJID NEGERI

  1. Memastikan kehadiran Imam, Bilal dan Noja tiga puluh (30) minit awal sebelum masuk waktu solat.
  2. Melaksanakan program kuliah maghrib enam (6) kali seminggu.
  3. Melaksanakan program Forum Perdana sebulan sekali.
  4. Menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong/pelawat di masjid setiap kali diperlukan.
  5. Memproses permohonan penggunaan kemudahan masjid dalam tempoh empat belas (14) hari.
  6. Mengadakan program bicara ad-din seminggu sekali.
  7. Menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah setiap kali berlaku kematian dalam kariah.

 

 

 

No
Keterangan
Jenis
Saiz
Tindakan
1
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2018
Tarikh Dimuatnaik: 22 Februari 2019
Saiz: 238.31 KB
238.31 KB
2
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2017
Tarikh Dimuatnaik: 08 Januari 2019
Saiz: 132.92 KB
132.92 KB
3
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2015
Tarikh Dimuatnaik: 08 Januari 2019
Saiz: 253.50 KB
253.50 KB
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

Tarikh Akhir Kemaskini :: 02 Oktober 2019 03:55 PM