APAKAH DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN?
A. Bagi Permohonan Lelaki Bujang :
- Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika pemohon warganegara asing)
- Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki pemohon/passport (jika warganegara asing)
- Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital kerajaan sahaja
- Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan
- Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis)
- Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing)
- Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.
- Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).
- Sesalinan Borang Permohonan 2A dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar negeri/Negara).
B. Bagi Permohonan Lelaki Duda :

- Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing).
- Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).
- Surat Perakuan Cerai yang asal dan salinan (Jika bercerai hidup)
- Sijil kematian pasangan yang asal dan salinan (Jika bercerai mati)
- Sesalinan Borang Permohonan 2A dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar negeri/Negara).
C. Bagi Permohonan Perempuan Anak Dara :
- Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika pemohon warganegara asing)
- Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki pemohon/passport (jika warganegara asing)
- Sesalinan kad pengenalan wali
- Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital kerajaan sahaja
- Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan
- Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.
- Surat kebenaran berkahwin lelaki
- Surat Perakuan Nikah ibubapa dan salinannya
- Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing).
- Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).
- Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis)
- Sesalinan Borang Permohonan 2C, 2D dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar kariah/ negeri/Negara).
D. Bagi permohonan Perempuan Janda :

- Sijil kematian wali dan salinannya
- Surat Perakuan Cerai yang asal dan salinan (Jika bercerai hidup)
- Sijil kematian pasangan yang asal dan salinan (Jika bercerai mati)
- Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing).
- Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).
- Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis)
- Surat kebenaran berkahwin lelaki
- Sesalinan Borang Permohonan 2C, 2D dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar kariah/ negeri/Negara).
Tarikh Akhir Kemaskini :: 19 Julai 2019 11:40 AM