13 Jun 2020
SHAH ALAM, 13 Jun 2020 – Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa 10 Jun 2020, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan beroperasi sepenuhnya dan membuka semula semua perkhidmatan kaunter yang ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perkhidmatan mengikut temujanji sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 15 Jun 2020. Keputusan ini diambil selaras dengan ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Surat Pekeliling SUK Selangor bertarikh 9 Jun 2020.