BERITA DAN AKTIVITI

Majlis Konvokesyen Akademi Literasi Al-Quran Selangor Kali Ke-22

SHAH ALAM, 11 Mei 2024 – Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) telah mengadakan Majlis Konvokesyen Akademi Literasi Al-Quran kali ke-22 bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam.

Konvokesyen tersebut menyaksikan seramai 595 orang pelajar berjaya menamatkan Pengajian Bersijil dan turut meraikan 89 pelajar yang selesai mengikuti latihan intensif Tilawah dan Hafazan Al-Quran selama 5 bulan.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr Muhammad Fahmi Ngah.

Beliau dalam ucapannya berkata, memahami isi kandungan Al-Quran serta mampu mengamalkannya dalam kehidupan bermasyarakat di negeri ini, merupakan suatu tuntutan dalam melahirkan masyarakat madani yang bertunjangkan sikap saling hormat menghormati, meraikan kepelbagaian pendapat, dan menjadi pemacu kewujudan masyarakat yang bertamadun berdasarkan acuan Al- Quran. Sejajar dengan teras keempat Malaysia Madani iaitu ‘hormat’ yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia ke – 10.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah JAIS, Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada ALAS bagi merancakkan program pengajian al-Quran di kawasan luar bandar. Ini selaras dengan matlamat JAIS bagi melahirkan generasi Khaira Ummah.

Bersama kita memartabatkan pengajian Al-Quran di setiap peringkat umur.

#jabatanagamaislamselangor

#islamicsaviourobedience

#kitaselangor