JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

PORTAL RASMI
The Official Portal
 

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Bahagian Pengurusan berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan dengan cekap dan berkesan meliputi Unit Pentadbiran dan Perolehan, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Pembangunan, Unit Teknologi Maklumat , Unit Pengurusan Aset dan Stor, Unit Integriti dan Tatatertib dan Unit Korporat dengan peranan dan fungsi tersendiri.


Fungsi dan Peranan Unit-Unit

     1. Unit Pentadbiran dan Perolehan

  • Merancang, mengurus dan memantau pengurusan pentadbiran JAIS dan pelaksanaan aktiviti MS ISO 9001 : 2000.
  • Bertanggungjawab dalam perancangan penambahbaikan pentadbiran organisasi

     2. Unit Pengurusan Sumber Manusia

  • Mengurus segala urusan berhubung perkhidmatan, perjawatan JAIS, latihan kepada semua pegawai JAIS dan tatatertib serta rekod prestasi

     3. Unit Kewangan

  • Mengurus permohonan perolehan daripada ketua-ketua bahagian
  • Mengurus pembayaran gaji pegawai dan kakitangan tetap, kontrak dan sambilan
  • Mengawal peruntukan belanja mengurus
  • Mengurus pembayaran bagi semua jenis perbelanjaan termasuk tuntutan elaun-elaun
  • Menguruskan proses tender dan sebutharga
  • Mengurus rekod harta modal, inventori dan bekalan pejabat kewangan yang berkaitan

     4. Unit Pembangunan

  • Merancang & melaksanakan projek pembangunan jabatan
  • Menyediakan anggaran belanja pembangunan dalam masa 5 thn.

     5. Unit Teknologi Maklumat (IT)

  • Melaksanakan program dan aktiviti yang selaras dengan wawasan Negara ke arah Kerajaan Elektronik
  • Membangunkan aplikasi dan sistem yang berkaitan dengan pengurusan perkhidmatan di dalam pemodenisasi pengurusan JAIS
  • Menyediakan prasarana dan infrastruktur Teknologi Maklumat di setiap bahagian JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah
  • Memberi perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan teknologi maklumat kepada semua bahagian JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah

     6. Unit Korporat

     Seksyen Komunikasi Korporat

  • Memastikan urusan Aduan Pelanggan Jabatan diuruskan dengan baik dan berkesan.
  • Memastikan maklumat jabatan disampaikan dan disebarkan kepada pihak tertentu dengan telus.
  • Memastikan penerbitan jabatan yang diterbitkan dapat memberi informasi kepada masyarakat.

     Seksyen Majlis & Keraian

  • Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan Program Majlis Rasmi Jabatan dan Hari Kebesaran Islam serta Perasmian Institusi-institusi Agama Islam di Negeri Selangor.

     7. Unit Integriti dan Tatatertib

  • Mentadbir pengurusan integriti dan prestasi organisasi bagi membendung salahlaku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika Jabatan Agama Islam Selangor di kalangan kakitangan serta memastikan pencapaian sasaran kerja yang ditetapkan.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan kepada semua warga JAIS secara efektif dan efisyen.
  • Mewujudkan serta melaksanakan sistem pentadbiran yang cekap dan berkualiti.
  • Mewujudkan satu pengurusan Kewangan yang berkesan dan bersistematik dengan mematuhi Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan kewangan.
  • Merancang program dan aktiviti berteraskan kepada kerajaan Elektronik.
  • Merancang dan menyediakan kemudahan fizikal, tempat beribadat orang Islam, Sekolah Agama dan Pejabat Agama mengikut keperluan terkini.
  • Merancang dan melaksanakan keperluan lantikan kepada semua warga JAIS dalam meningkatkan profesionalisma.
  • Mengambil berat hal-hal kebajikan warga JAIS.

Direktori Kakitangan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan » Unit Pengurusan Sumber Manusia

Nama/Jawatan
Norhaniza binti Sulaiman
Penolong Pengarah

Bahagian Khidmat Pengurusan » Unit Kewangan

Nama/Jawatan
Farahiyah binti Khalid
Penolong Pengarah

Bahagian Khidmat Pengurusan » Unit Teknologi Maklumat

Nama/Jawatan
Nurul Elliza Binti Jasmin
Penolong Pengarah

Bahagian Khidmat Pengurusan » Unit Pengurusan Aset Dan Stor

Nama/Jawatan
Noraslamidatul Adawiyah binti Razak
Pegawai Aset
Kosong
Penolong Pegawai Tadbir
Mohd Fadh Bin Haron
Pembantu Tadbir
Noraliza Umira Binti Mohd Shatari
Pembantu Tadbir

Bahagian Khidmat Pengurusan » Unit Integriti Dan Tatatertib

Nama/Jawatan
Siti Zubaidah binti Bahari
Penolong Pengarah

Tarikh Akhir Kemaskini :: 19-12-2018 :: 03:20 PM