Senarai Berita Terkini
Shah Alam, 15 Februari 2017 (Rabu) – Kenyataan media ini dibuat adalah bagi menjelaskan laporan awal hasil siasatan keterlibatan beberapa van jenazah milik masjid-masjid kariah dalam demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor pada 14 Februari 2017 sekitar jam 10.00 pagi. Demonstrasi ini telah diketuai oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Dato’ Seri Jamal bin Md Yunos. Siasatan awal yang dijalankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati terdapat unsur-unsur memanipulasi dan...
Baca penuh
12 Disember 2016  - Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Selangor 1438H / 2016M telah diadakan di Stadium Melawati Shah alam. Sebanyak 86 kontenjen yang terlibat dengan perarakan Maulidul Rasul mewakili setiap Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), IPTA, Masjid dan Sekolah Menengah. Turut hadirdalam perarakan tersebut adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Majlis bermula dengan ketibaan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj dan Tengku Pemaisuri Norashikin disambut...
Baca penuh
9 Disember 2016  - Satu Majlis meraikan kunjungan delegasi dari Patthani Thailand ke Negeri Selangor telah di adakan di dewan Sakinah Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kunjungan tersebut disambut oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor. Kunjungan Selama hampir 2 jam tersebut telah memberi ruang kepada semua agensi agama Islam di Negeri Selangor ini berkongsi pengalaman dan pelaksanaan berkaitan agama Islam khusus nya di Negeri Selangor. Kunjungan ini amat bermakna kerana banyak isu – isu yang dikongsikan...
Baca penuh
9 Disember 2016  - Majlis bacaan Yassin sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor telah dilaksanakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Majlis tersebut turut dihadiri olah Raja Muda Selangor dan Tengku Laksamana Selangor. Bacaan Yassin telah dipimpin oleh Y.Bhg Timbalan Mufti Selangor Sahibus Samaah Dr. Haji Anhar bin Haji Opir yang mana turut menyampaikan Khutbah Jumaat pada hari tersebut. Manakala solat jumaat pula telah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sahibul Fadilah Muhammad Farhan bin Wijaya. Majlis berakhir pada jam 2.30 petang. Sekian Terima Kasih.
Baca penuh
1 Disember 2016  - Perhimpunan bulanan Jabatan Agama Islam Selangor kali ini dihoskan oleh Bahagian Undang – Undang Keluarga telah dilaksanakan di Dewan Auditorium Yayasan Restu, Shah Alam. Perhimpunan ini dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Fahmi Asraf bin Razali Bilal Masjid Negeri dan diteruskan oleh Nyanyian lagu Negeri Selangor oleh Kumpulan KOIR Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuai oleh Encik Mahzan bin Manan. Kemudian majlis diteruskan oleh ucapan aluan oleh Ustazah Salwana binti Ahmad Dahlan Ketua...
Baca penuh
1 Disember 2016  - Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan Majlis Rasmi Penutupan Program Daurah Remaja Islam Selangor 3T (Tadarus, Tadabbur Dan Tahsin Akhlak) di Masjid Bukit Indah Ampang, Selangor. Seramai 150 orang peserta Daurah Remaja Islam Selangor telah menamatkan kem tersebut yang berlangsung pada minggu pertama cuti persekolahan selama seminggu di Masjid yang terpilih setiap kawasan masing – masing. Dengan adanya program sebegini pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan kerjasama Ahli jawatankuasa Masjid dapat memenuhi aktiviti cuti persekolahan dengan...
Baca penuh
 Retreat Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Islam
7 Oktober 2016  - Unit Perhubungan Dasar Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Pejabat Pengerusi Jawatankusa Tetap Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Retreat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor 2016 di Hotel Impian Morib. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor dan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor. Retreat ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bagi membincangkan penyelarasan...
Baca penuh
Perhimpunan Bulanan JAIS
4 Oktober 2016  - Sempena Majlis Perhimpunan Jabatan Agama Islam Selangor di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Bahagian Pengurusan Penguatkusaan Jabatan Agama Islam Selangor telah melancarkan Aplikasi Ikonografi Bergerak dalam App Store Google Play “AMAR”. Masyarakat adalah disarankan agar dapat memuat naik App ini kerana banyak kemudahan yang ada dan akan ditambahbaik dari masa ke semasa  agar masyarakat diluar sana mudah untuk mendapatkan maklumat berkenaan JAIS dan membuat aduan Jenayah Syariah Kepada Bahagian Pengurusan Penguatkusaan JAIS...
Baca penuh
 Maal Hijrah 1438H
1 Oktober 2016  - Program Ambang Hijrah & Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1438H / 2016M telah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bermula jam 4.30 petang dengan pengisian Forum Perdana Ehwal Islam dari penceramah jemputan iaitu Y.Bhg Ustaz Don Daniyal Bin Don Bayajid yang digandingkan dengan Y.Bhg Ustaz Syed Norhisyam bin Tuan Padang dan dimoderatorkan oleh Y.Bhg DJ Sufian bin Amrin (DJ IKIM FM) yang bertajuk “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”. Kemudian program diteruskan dengan bacaan Doa Akhir Tahun sebelum...
Baca penuh
PROGRAM TADABBUR AL-QURAN
30 Jun 2016  - Bahagian Dakwah JAIS sekali lagi menganjurkan Program Tadabbur Al Quran di Dewan Hj. Nong Tingkat 6 Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah pada jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Kehadiran peserta seramai 100 orang dari kalangan kakitangan JAIS. Program dimulakan dengan mentadabbur Surah Ibrahim ayat 1 hingga 20, Pentadabburnya adalah Y.Bhg Ustaz Nazmi Karim. Program ini berakhir jam 11.30 pagi dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Hj. Mohd Basori bin Umar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAIS.
Baca penuh
PROGRAM DISKUSI KHAS MUSLIMAT
28 Jun 2016  - Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor JAIS telah menganjurkan Program Diskusi Khas Muslimat Peringkat Negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Seramai 700 muslimat yang hadir, program dimulakan dengan tadabbur Al-Quran surah Al A’raf ayat 1 hingga 12 oleh pentadabbur Y.Bhg Ustaz Nazmi Karim, kemudian diteruskan dengan forum oleh Y.Bhg Saudari Salima Habibei, Y.Bhg Ustazah Saadiah Abas dan moderator adalah APM Ustazah Akidah binti Mawardi. Program ini tamat pada jam 1.00 petang dengan penyampaian sijil penyertaan oleh YB Dr. Daroyah binti...
Baca penuh
PROGRAM SAHUR DAN QIAMULLAIL PERDANA
20 Jun 2016  - Bahagian Dakwah JAIS dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor dibawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan YB Tuan Amirudin bin Shari telah mengadakan program sahur dan qiamullail perdana peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Antara Pengisian program tersebut adalah Qiamullail dan Solat Tahjud secara berjemaah dengan dibimbing oleh Sheikh Abdul Karim Al Maqqi serta bersahur beramai-ramai dengan jamuan sahur yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Kemudian...
Baca penuh
Penyerahan buku mestika hadis
17 Jun 2016  - Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan R&D JAIS telah mengadakan Majlis Perasmian Penyerahan Kitab Mestika Hadith Muqaddimah & Jilid 1 keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada 93 buah Masjid di Negeri Selangor yang terpilih mempunyai Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor (TAPIS). Tujuan penyerahan kitab tersebut membolehkan pihak masjid mengadakan pengajian berkitab bagi jemaah masjid tersebut secara terancang di bawah program Ihya’ As Sunnah. Muqaddimah Kitab Mastika Hadith Rasulullah S.A.W merupakan intisari daripada kandungan ketiga-tiga...
Baca penuh
Sembang sahur
16 Jun 2016  - Bahagian Dakwah JAIS bersama-sama AKTOR-S JAIS dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan program sembang sahur di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula pada jam 11.00 malam hingga 1.00 pagi. Program ini telah diisi dengan aktiviti mengedarkan sebanyak 2017 ‘lunch box’ makanan sahur kepada pengunjung dan diedarkan sendiri oleh Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin bin Mohd Saad. Kemudian pengujung dataran berpeluang mendengar sembang santai yang disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani, Y.Bhg Farah Asyikin...
Baca penuh
Tadarus muslimat
10 Jun 2016  - Biro Muslimat Persatuan BAKAJASA telah mengadakan tadarus beramai-ramai di Dewan Hj. Nong Tingkat 6, Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah. Hampir 80 kakitangan JAIS terlibat dalam menjayakan program tersebut. Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan tazkirah  oleh Y.Bhg Ustazah Muzayyanah binti Abdullah dengan menerangkan secara ringkas berkenaan huruf dalam Al-Quran dan hukum hakam tajwid. Kemudian diteruskan dengan tadarus Al-Quran secara berkumpulan, pada jam 2.30 petang majlis penutup dijalankan dengan ucapan oleh Y.Bhg Ustazah Salwana binti Ahmad Dahlan...
Baca penuh
 Bual bicara jalan ke syurga
4 Jun 2016  - Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan dan Perbangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Adat Tradisional Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah mengadakan Program Bual Bicara Jalan Ke Syurga Siri ke-4 tahun 2016 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Program ini dipengerusikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd Azlan bin Jaafar, Pegawai Hal Ehwal Islam PAID Petaling. Sebelum forum dimulakan pangunjung telah dihiburkan...
Baca penuh
Operasi Halal
2 Jun 2016  - Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan operasi bersepadu bersama Jabatan Veterina Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ), bagi pemeriksaan dua premis pemprosesan ayam di kawasan Puchong, Selangor. Operasi bermula jam 12.30 mlm dan berakhir pada jam 4.30 pagi. Dalam operasi ini terdapat beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak premis tersebut diantaranya adalah tidak menjaga kebersihan premis dengan baik, tempat...
Baca penuh
Tazkirah Jumaat
3 Jun 2016  - Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menganjurkan  Program Membudayakan Ilmu (Tazkirah Jumaat). Program ini dilaksanakan setiap sebulan sekali secara santai di Laman Sakinah, Bangunan Sultan Idris Shah. Hampir 100  kakitangan turun bagi bacaan Surah Yassin beramai - ramai yang di ketuai oleh Y.Bhg Ustaz Hasal bin Senin dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dan seterusnya mendengar tausiah  dari penceramah jemputan iaitu Y.Bhg. Ustaz Shamsuddin bin Sidek yang bertajuk “Diambang Ramadhan”. Dalam intisari tazkirah beliau adalah...
Baca penuh
MAJLIS PERHIMPUNAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
3 Jun 2016  - Perhimpunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAS), Shah Alam yang dihoskan oleh pihak Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.  Perhimpuan bermula jam 4.30 petang dengan bacaan Asma’ul Husna dari kumpulan selawat Masjid Negeri, Kemudian diteruskan dengan ucapan ikrar penjawat awam dan ucapan aluan oleh S.F Ustaz Farhan bin Wijaya, Imam Besar Masjid Negeri. Antara perkara yang diketengahkan oleh beliau adalah pihak masjid dalam usaha mewujudkan aplikasi App Store Masjid Sultan Salahuddin...
Baca penuh
 Sambutan Hari Guru 2016
31 Mei 2016  - Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meraikan Sambutan Hari Guru Dan Anugerah Kualiti Pendidikan 2016, seramai 165 guru menerima anugerah yang terdiri daripada : Anugerah Guru KAFA Bersara 60 Tahun Anugerah Guru KAFA Perkhidmatan 25 Tahun Anugerah Hari Guru 2016 Anugerah Sekolah Cemerlang 2015 Anugerah Tokoh Guru 2016 Majlis bermula dengan bacaan Asmaul Husna dan Perutusan Hari Guru oleh Tuan Hj. Mohamad Amir bin Hj. Danuri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor. Sementara menunggu majlis perasmian...
Baca penuh

Pages