Website JAIS
|
E-mail
|
Forum JAIS
RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) :
1.
Orang yang berpuasa.
2.
Niat.
3.
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa :
1.
Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya.
2.
Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang
hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum tergelincir matahari. Kedua, belum melakukan sesuatu
yang membatalkan puasa.
3.
Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa
sekalian Ramadhan dengan sekali niat pada awal Ramadhan(malam pertama). Dan berhubung dengan pendapat
Imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid dengannya.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Ertinya: "
Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
"
Syarat-syarat Wajib Puasa
Perkara Yang Membatalkan Puasa
Laman web ini diselenggara & dibangunkan oleh Unit ICT, JAIS. Hakcipta TerpeliharaŠ 1999-2007
Jabatan Agama Islam Selangor
Hari Khamis, 17 Mei 2012 , 08:10:35 PM