Arkib

Program Kempen Kesedaran Rumah Ke Rumah “Masjid Sweet Masjid” Siri 1 Tahun 2019

Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (Cawangan Kuala Selangor), Masjid Ar-Rahman, Kampung Bukit Badong dan Masjid Nurul Iman, Batu 8 Ijok telah mengadakan PROGRAM KEMPEN KESEDARAN RUMAH KE RUMAH “MASJID SWEET MASJID” Siri 1 Tahun 2019.

Program ini diadakan bertujuan menyantuni dan penyerahan sumbangan kepada anak kariah Kampung Bukit Badong dan Kampung Ijok yang terpilih dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan. Program ini diketua oleh Yg. Bhg. A.F Tuan Haji Abd. Malek bin Ramli (PTA PAID Kuala Selangor).

Syarikat Lay Hong Berhad juga turut berbesar hati memberi sumbangan berupa bahan makanan sejuk beku.