Permohonan Kad Nikah

 KAD NIKAH

Kad nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan surat perakuan nikah di Negeri Selangor. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

 

 DI MANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH Kad nikah boleh dibuat di:

* Bahagian Perundangan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Selangor,

Tingkat 4, Menara Selatan,

Bangunan Sultan Idris Shah,

40676, Persiaran Masjid Bukit SUK,

Shah Alam,Selangor


Sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Kad Nikah boleh hubungi kami di talian:
03-55143463/3478

 SYARAT - SYARAT PERMOHONAN KAD NIKAH 

i) Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Selangor sahaja.
ii) Pasangan mestilah sudah menerima surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah 

 DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1) Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami atau isteri) 
2) 2 keping gambar berukuran IC(Kad pengenalan) :


a) 1 gambar suami (pakaian bersesuaian)

b) 1 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)

3) Resit Bayaran 
Pemohonan 2 keping kad untuk suami dan isteri dikenakan bayaran sebanyak RM 40. Pemohon boleh membuat pembayaran dan pemohonan di Bahagian Undang-undang Keluarga (JAIS), Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

 CONTOH KAD NIKAH

Image Image