PERLEMBAGAAN BAKAJASA
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN BADAN KEBAJIKAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
(BAKA JASA)

Nombor Pendaftaran : 2108 (Selangor)



BAB PERTAMA


PENGENALAN



1. NAMA PERSATUAN

Nama Persatuan ialah, Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Selangor.
Nama ringkasnya ialah BAKAJASA

2. BAHASA PERSATUAN

Bahasa rasmi persatuan ialah "Bahasa Malaysia" dengan tulisan jawi atau rumi. Bahasa Arab atau Inggeris boleh digunakan jika perlu

3. PEJABAT PERSATUAN

Pejabat persatuan ditempatkan, Jabatan Agama Islam Selangor, Kelang

4. Cogan atau Motto Persatuan ialah :

"BERAMAL DAN BERBAKTI"


BAB KEDUA


TUJUAN PENUBUHAN


1. Menyatukan kakitangan Jabatan Agama Islam Pusat dan Daerah/Kawasan Negeri Selangor dengan ikatan kekeluargaan Islam yang kukuh.

2. Meninggikan mutu pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya di lapangan kebajikan, pelajaran, sukan, kebudayaan Islam, kemasyarakatan dan perekonomian.

3. Menanam dan memupuk akidah serta fahaman keIslaman yang tulin di samping berusaha menjalankan Dakwah Islamiyah di kalangan kakitangan Jabatan khasnya dan masyarakat Islam amnya berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

4. Memelihara hak, kepentingan dan kehormatan ahli-ahli.

5. Memberi sumbangan yang berguna (konkrit) untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan dasar keislaman dan undang-undang negara.

6. Berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di dalam atau di luar negeri yang sama tujuan dan dasarnya dengan persatuan ini.

7. Menjalankan kegiatan untuk melaburkan modal (wang dan harta benda) persatuan dalam bidang perusahaan. (Syarikat, saham dan lain-lain).

8. Persatuan ini tidak akan bergabung atau bergiat dengan mana-mana parti-parti siasah. 


BAB TIGA

1. JENIS-JENIS KEAHLIAN

KEAHLIAN 

a). AHLI BIASA :


Setiap kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor dan kakitangan di daerah/Kawasan yang membuat permohonan menjadi ahli.

b). AHLI KEHORMAT :


Lantikan menjadi Ahli Kehormat boleh dibuat kepada mereka yang difikirkan sesuai dan layak kerana jasanya kepada persatuan ataupun khidmat baktinya kepada perkembangan dakwah Islamiah.


2. CARA-CARA MENJADI AHLI


a). AHLI BIASA :

Permohonan hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli persatuan dengan mengisi borang yang disediakan khas kerananya. Permohonan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agong untuk disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Umum. Jawatankuasa Umum boleh menolak sebarang permohonan dengan tidak perlu memberi apa-apa alasan.


b). AHLI KEHORMAT :

Lantikan menjadi ahli kehormat hendaklah dipersetujui terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Umum dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung tahunan untuk mendapat persetujuan dan pengesahan 2/3 (dua pertiga) daripada ahli yang hadir. Cadangan nama calun-calun itu hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Agung untuk diumumkan sekurang-kurangnya 96 jam sebelum Mesyuarat Agung dijalankan.


3. HAK-HAK AHLI


a). AHLI BIASA :

Seorang ahli biasa

i. Berhak mencadang, bercakap, menyokong dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung.

ii. Berhak bertanding dalam pilihan menjadi salah seorang ahli Jawatankuasa Kerja dan lain-lain pegawai persatuan.

iii. Berhak menggunakan harta benda persatuan dengan memberitahu Setiausaha Agung atau Pengerusi dengan bertulis.

iv. Berhak mengetahui segala rekod-rekod persatuan setelah memberitahu Setiausaha Agung dengan bertulis, sekurang-kurangnya tiga hari terlebih dahulu.

b). AHLI KEHORMAT

Ahli Kehormat tidak mempunyai apa-apa hak selain daripada bercakap memberikan pandangan yang difikirkan perlu saja dalam Mesyuarat Agung.


4. TANGGUNGJAWAB AHLI


a). Menghormati dan patuh kepada perlembagaan persatuan.

b). Mematuhi keputusan yang diambil dalam Mesyuarat Agung melainkan ia telah mengasingkan dirinya terlebih dahulu


5. PEMBATALAN AHLI


Seseorang ahli akan terbatal keahliannya sekiranya : -

i. Tiga bulan berturut-turut tidak menjelaskan yurannya

ii. Berkelakuan tidak baik dan menjatuhkan imej persatuan

iii. Menggunakan persatuan sebagai alat kepentingan diri.

BAB KEEMPAT

KEWANGAN


1. Wang yuran bulanan

i. Setiap ahli akan dikenakan yurn bulanan mengikut kumpulan seperti berikut :
a) Gred 41 ke atas - RM 4.00 sebulan

b) Gred 27 hingga 40 - RM 3.50 sebulan

c) Gred 17 hingga 26 - RM 3.00 sebulan

d) Gred 1 hingga 16 - RM 2.00 sebulan

ii. Yuran masuk menjadi ahli ialah sebanyak RM 2.00 (sekali)
iii. Tidak dikenakan yuran kepada Ahli Kehormat

2. Derma dan pendapatan apa jua yang tidak menyalahi undang-undang Islam dan negeri

3. Wang persatuan hendaklah disimpan ke dalam bank tempatan atas nama persatuan

4. Pengeluaran wang hendaklah ditandatangani oleh bendahari dan yang DiPertua dengan menggunakan cop persatuan

5. Bendahari dibenar menyimpan wang tunai tidak melebih daripada RM50.00 (lima puluh ringgit sahaja) dan membayar segala perbelanjaan persatuan yang tidak lebih daripada RM20.00 (dua puluh ringgit sahaja). Segala perbelanjaan yang lebih itu hendaklah mendapat kebenaran bertulis menurut keputusan Jawatankuasa Harian.

6. Setiausaha dibenarkan menyimpan wang tgunai tidak lebih daripada RM25.00 (dua puluh lima ringgit sahaja) untuk perbelanjaan.

7. Semua jawatankuasa yang menerima wang persatuan hendaklah menyatakan kepada Bendahari.

a) Semua bil dan resit-resit wang keluar dan masuk
b) Penyata kira-kira wang keluar dan masuk

8. Penyata kira-kira wang pendapatan dan perbelanjaan dan timbangan kira-kira tahunan persatuan hendaklah disemak dan disahkan oleh dua orang pemeriksa kira-kira tahunan persatuan yang dilantik.

9. Penyata kira-kira tahunan persatuan hendaklah ditutup pada 31.12. setiap tahun.



BAB LIMA

PENTADBIRAN


1. Jawatankuasa Umum

2. Jawatankuasa Harian

3. Jawatankuasa Kecil

4. Jawatankuasa Khas


A) JAWATANKUASA UMUM


1.(a). Jawatankuasa Umum terdiri daripada :

i. Yang DiPertua

ii. Timbalan Yang DiPertua

iii. Setiausaha Agung

iv. Penolong Setiausaha Agung

v. Bendahari

vi. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran & Pengajian

vii. Pengerusi Jawatankuasa Sukan & Kebudayaan

viii. Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan & Penerangan

ix. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan & Dakwah

x. Pengerusi jawatankuasa Hal Ehwal Wanita

xi. Pengerusi Jawatankuasa Biro Ekonomi

b). Seorang ahli tidak boleh memegang lebih daripada satu jawatan dalam Jawatankuasa Umum dalam satu masa 

c). Semua ahli Jawatankuasa Umum hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan. Tempoh perkhidmatan mereka adalah selama 2 tahun.

d). Jawatankuasa Umum persatuan boleh dibubarkan dengan undi tidak percaya 2/3 (dua pertiga) dari semua ahli persatuan dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan kerananya.

e). Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pegawai-pegawai yang menjalankan tugas-tugas persatuan hendaklah warganegara Malaysia.

f). Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, maka berkuasalah Jawatankuasa Umum melantik lain ahli pertubuhan memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agong tahunan diadakan

2. TUGAS-TUGAS

Jawatankuasa Umum akan 

a). Mengendalikan dasar-dasar umum dalam rancangan kerja yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Agung Persatuan

b). Melantik ahli Jawatankuasa Kecil persatuan


3. KUASA-KUASA

Jawatankuasa Umum akan :

a) Berkuasa langsung terhadap Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa-jawatankuasa Khas yang dilantiknya.

b) Berkuasa melantik Jawatankuasa Khas apabila dianggap mustahak dan memberikan kepadanya tugas-tugas dan kuasa-kuasa yang tidak bertentangan dengan perlembagaan persatuan.

c) Berkuasa memanggil Mesyuarat Agung Khas persatuan kerana membincangkan satuy-satu perkara yang dianggap mustahak.

d) Berkuasa menerima peletakkan jawatan daripada mana-mana Ahli Jawatankuasa Umum, Jawatankuasa Kecil dan jawatankuasa Khas persatuan dan memenuhi kekosongan jawatan itu.

e) Berkuasa mengambil keputusan terhadap satu-satu perkara yang tidak tercatat dalam perlembagaan, dengan syarat tidak bertentangan dengan Agama Islam dan undang-undang negara.

f) Berkuasa mengutip derma bagi rancangfan-rancangan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung atau Mesyuarat jawatankuasa Umum, sesuai dengan kandungan isi perlembangaan.


4. (a) Mesyuarat jawatankuasa Umum akan terbahagi kepada :

i. Mesyuarat Biasa

- Jawatankuasa Umum boleh diadakan bila-bila masa yang diperlukan atau sekurang-kurangnya 6 kali dalam setahun
- Agenda bagi mesyuarat; pertama yang akan diadakan dalam tempoh tidak lewat daripada dua minggu selepas Mesyuarat Agung Tahunan dan akan termasuk semua perlantikan Ahli Jawatankuasa Kecil.

ii. Mesyuarat Luar Biasa

Mesyuarat luar biasa bagi Ahli Jawatankuasa Umum akan diadakan apabila dirasakan perlu atau menerima permintaan bertulis daripada :

Yang DiPertua dan
sekurang-kurangnya tiga ahli jawatankuasa Umum.

(b) Semua Mesyuarat Jawatankuasa Umum akan dipanggil oleh Setiausaha Agung


5. TARAF PEGAWAI, TUGAS DAN KUASA


(a) Taraf Pegawai

Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Setiausaha Agung, seorang Penolong Setiausaha Agung dan bendahari adalah bertaraf PEGAWAI

I. YANG DIPERTUA

(a) Jawatan Yang DiPertua hendaklah dipegang oleh
Pengarah Jabatan

(b) Tugas

Yang DiPertua akan :

i. Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat jawatankuasa Umum Persatuan

ii. Menandatangani semua cek bersama-sama Bendahari

iii. Mewakili persatuan dalam semua perundingan luar, mahkamah bersama dengan Setiausaha Agung

iv. Mengawal perlaksanaan kerja-kerja persatuan dari masa ke semasa serta memastikan perlaksanaan keputusan mesyuarat.


(c) Kuasa

Yang DiPertua diberi kuasa :

i. Memanggil mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Umum persatuan

ii. Mengeluarkan kenyataan kepada umum bagi pihak persatuan setelah berunding dengan Setiausah Agung persatuan.

iii. Menimbang dan memutuskan bagi pihak persatuan bersama-bersama Setiausaha Agung mengenai perkara-perkara yang mesti dijalankan dengan segera yang tidak mengenai dasar utama persatuan ini.

iv. Jawatan Yang DiPertua boleh digantung apabila mendapat 2/3 undi tidak percaya dari Jawatankuasa Umum.


II. TIMBALAN YANG DIPERTUA

1. Kuasa dan Tugas

Timbalan Yang DiPertua akan;

i. Menggantikan Yang DiPertua jika ia tidak hadir atau ada keuzuran

ii. Mengambil tugas-tugas dan kuasa-kuasamya mengikut Bab Lima No. 5 (b) dan (c)

iii. Membantu Yang DiPertua dalam semua urusan persatuan


III. SETIAUSAHA AGUNG


1. Tugas

Setiausaha Agung akan

i. Menjadi Ketua Tadbir Persatuan

ii. Bertanggungjawab atas segala catatan persatuan

iii. Menjalankan surat menyurat persatuan

iv. Menyediakan minit-minit mesyuarat jawatankuasa Umum dan jawatankuasa Harian

v. Menyediakan dan mengemukakan penyata tahunan persatuan bagi pihak Jawatankuasa Umum dalam Mesyuarat Agung Tahunan

vi. Menjadi ahli dengan sendirinya bagi semua Jawatankuasa Khas melainkan ditetapkan sebaliknya oleh Mesyuarat jawatankuasa Umum Persatuan

vii. Menyimpan buku daftar ahli persatuan yang lengkap


2. Kuasa

i. Setiausaha Agung diberikuasa memutuskan sesuatu perkara bersama Yang DiPertua di dalam memberi kenyataan kepada umum bagi pihak persatuan

ii. Setiausaha Agung bersama-sama Yang DiPertua diberikuasa menimbang dan memutuskan bagi pihak persatuan mengenai perkara-perkara yang mesti dijalankan dengan segera yang tidak mengenai dasar utama persatuan.


IV. PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG

1. Tugas

Penolong Setiausaha Agung akan :

i. Membantu Setiausaha Agung dalam urusan-urusan persatuan

ii. Menggantikan Setiausaha Agung jika ia tidak ada atau ada keuzuran

iii. Mengambil tugas-tugas dan kuasa-kuasa Setiausaha Agung mengikut III (1) dan (2)


V. BENDAHARI

Bendahari akan

i. Bertanggungjawab terhadap kewangan persatuan

ii. Menandatangani semua cek bersama-sama Yang DiPertua

iii. Menjelaskan segala bil yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Harian

iv. Menyedia dan menyatakan penyata kira-kira wang pendapatan, perbelanjaan dan timbangan kira-kira tahunan yang telah diakui oleh Pemeriksa Kira-kira persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan

v. Menerima semua bayaran bagi pihak persatuan dan memindahkannya ke dalam kira-kira persatuan

vi. Menyediakan satu anggaran belanjawan persatuan bagi pihak Jawatankuasa harian untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Umum pada tahun itu.

B) JAWATANKUASA HARIAN

1. Jawatankuasa Harian terdiri daripada :

i. Yang Dipertua

ii. Timbalan Yang DiPertua

iii. Setiausaha

iv. Penolong Setiausaha Agung

v. Bendahari


2. Mesyuarat

i. Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang DiPertua atau Timbalannya jika ia tidak ada

ii. Setiausaha Agung adalah menjadi Setiausaha jawatankuasa ini.


3. Tugas-tugas

i. Bertanggungjawab terhadap kewangan dan harta benda persatuan

ii. Menimbang dan meluluskan permohonan dan kegunaan-kegunaan wang persatuan

C) JAWATANKUASA KECIL


1. Jawatankuasa Kecil hendaklah menmgandungi seorang Pengerusi yang dipilih dalam Mesyuarat Agung. Seorang Setiausaha dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa yang akan dilantik oleh Pengerusi dan perlu disahkan oleh Jawatankuasa Umum.

2. Terpulang kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil memilih cara kerja untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan kepadanya.

3. Tiap-tiap kesulitan yang timbul dalam Jawatankuasa Kecil hendaklah diberitahu kepada Jawatankuasa Umum.

4. Keputusan dan kerja-kerja jawatankuasa Kecil boleh ditimbangkan semula oleh Jawatankuasa Umum persatuuan dengan syarat memberikan peluang terlebih dahuilu untuk Jawatankuasa Kecil itu mempertahankan ketetapannya setelah itu keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.

5. Satu salinan minit mesyuarat jawatankuasa Kecil yang telah disahkan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Agung untuk pengetahuan Ahli-ahli Jawatankuasa Umum persatuan.

6. Tugas Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil ialah :

a. Jawatankuasa Kebajikan dan Dakwah

i. Menjalankan kerja-kerja kebajikan dan dakwah untuk ahli-ahli dan masyarakat

ii. Bekerjasama dengan mana-mana badan yang difikirkan bersesuaian

iii. Menerima arahan atau meminta kebenaran dari Ahli Jawatankuasa Umum untuk bekerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan

b. Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian


i. Bertanggungjawab menyusun rancangan pelajaran dan pengajian yang sesuai untuk semua kakitangan jabatan di samping mengambil tahu segala kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh semua kakitangan jabatan mengenai pelajaran dan pengajnian dan berusaha untuk mengatasinya

ii. Menjalankan usaha-usaha yang difikirkan patut untuk meninggikan taraf pengetahuan dan pengajian kakitangan jabatan

iii. Menerima arahan dan kebenaran daripada jawatankuasa Umum untuk bekerjasama dengan badan-badan pertubuhan luar bagi meninggikan taraf pengetahuan dan pengajian ahli.

c. Jawatankuasa Kebudayaan dan Sukan

i. Melancarkan kegiatan dalam Melancarkan kegiatan dalam usaha memupuk kebudayaan dan sukan yang bersesuaian dengan semangat keIslaman dan persaudaraan dengan tujuan dakwah

ii. Menjalankan usaha yang difikirkan sesuai untuk meninggikan taraf pengetahuan dan mutu permainan ahli-ahli dalam lapangan kebudayaan dan sukan

iii. Menerima arahan atau meminta kebenaran dari jawatankuasa Umum persatuan untuk bekerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan luar di bidang kebudayaan dan sukan.

iv. Mengambil tahu segala kesulitan ahli di lapangan sukan dan berusaha untuk mengatasinya.


d. Jawatankuasa Penerangan dan Penerbitan

i. Memberi penerangan Memberi penerangan mengenai kegiatan-kegiatan dan kerja-kerja persatuan kepada ahli-ahli dan memberi pimpinan kepada masyarakat dalam bidang keagamaan melalui beberapa cara yang difikirkan sesuai oleh Ahli jawatankuasa

ii. Menerbitkan makalah-makalah artikel dan rencana yang difikirkan sesuai dengan prinsip keIslaman bahi menambah dan menigggikan taraf pengetahuan ahli

iii. Menerbitkan sekurang-kurangnya satu penerbitan dalam setahun atas nama persatuan.

iv. Menerima arahan atau meminta kebenaran daripada Jawatankuasa Umum untuk bekerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan luar dan dalam yang berkenaan.


e. Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita

i. Mengambil tahu Mengambil tahu segala kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli wanita dan berusaha untuk mengatasinya

ii. Bekerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain dengan hal-hal yang berhubung dengan ahli-ahli wanita

iii. Menerima arahan atau meminta kebenaran daripada jawatankuasa Umum untuk bekerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan luar


f. Jawatankuasa Biro Ekonomi

i. Merancang Merancang dan menjalankan usaha dan projek-projek untuk menambah tabungan wang persatuan

ii. Memberi bantuan wang dengan cara dan sumber-sumber yang difikirkan sesuai oleh persatuan

iii. Berusaha menjalankan kegiatan urusniaga/koperasi bagi meninggikan sosio ekonomi ahli-ahli

D) JAWATANKUASA KHAS

a) Jawatankuasa ini akan ditubuhkan apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Umum Persatuan

b) Anggota, tugas-tugas dan kuasa-kuasa jawatankuasa Khas ditentukan oleh Jawatankuasa Umum persatuan.

BAB ENAM

MESYUARAT AGUNG


1. Mesyuarat Agung Persatuan adalah terbahagi kepada :

a) Mesyuarat Agung Tahunan persatuan hendaklah diadakan pada tarikh genapnya setahun tugas jawatankuasa Umum dan hendaklah tidak lewat daripada bulan Mac tiap-tiap tahun

b) Hendaklah diberitahu kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya lima hari sebelum mesyuarat itu diadakan

c) Minit mesyuarat dan segala penyata hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya dua hari sebelum diadakan mesyuarat


2. Mesyuarat Agung Khas

a) Mesyuarat Agung Khas diadakan pada bila-bila masa sahaja jika difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Umum persatuan atau menerima permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) ahli-ahli biasa persatuan

b) Pemberitahuan mesyuarat dan perkara-perkara yang hendak dibincangkan hendaklah diberitahu kepada ahli-ahlinya sekurang-kurangnya dua hari sebelum mesyuarat itu diadakan.


BAB TUJUH

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Satu orang atau lebih yang bukannya pegawai-pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam mesyuarat agung tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.

2. Pemeriksa atau Pemeriksa-pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira pertubuhan bagi setahun, dan membuat lapuran atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Ia/mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Yang DiPertua atau Pengerusi memeriksa kira-kira pertubuhan bagi mana-mana di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat lapuran kepada Jawatankuasa.



BAB LAPAN


PERATURAN TETAP

Peraturan tetap digunakan dari satu masa ke satu masa dalam semua mesyuarat persatuan dan menjadi sebahagian daripada perlembagaan tetap persatuan

PINDAAN PERLEMBAGAAN

i. Pindaan perlembagaan hanya boleh dibuat dengan permintaan bertulis serta diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Umum dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung untuk pengesahan akan dilakukan dalam Mesyuarat Agung.

ii. Semua pindaan yang dicadangkan hendaklah diberikan kepada semua ahli persatuan sekurang-kurangnya dua hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung

iii. Sebarang pindaan kepada perlembagaan ini bolehlah dikemukakan dalam mesyuarat Agung dan pindaan itu hendaklah dipersetujui oleh dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli persatuan, dan pindaan kepada perlembagaan tidak boleh dijalankan kuatkuasanya sebelum kebenaran diperolehi daripada Pendaftar Pertubuhan malaysia terlebih dahulu.

iv. Bab, pasal dan ceraian dalam perlembagaan atau peraturan tetap mesyuarat boleh digantungkan dalam keadaan yang difikirkan mustahak buat sementara waktu setelah mendapat persetujuan suara terbanyak dalam mesyuarat yang berkenaan.

SALAH PENGERTIAN TENTANG PENTAFSIRAN PERLEMBAGAAN

Sekiranya berlaku salah pengertian tentang pentafsiran mengenai perkara-perkara dalam perlembagaan, maka keputusan Jawatankuasa Umum adalah muktamad, kecuali dalam Mesyuarat Agung, pentafsiran jawatankuasa Umum boleh digugurkan dengan suara terbanyak


PEMBUBARAN PERSATUAN

i. Persatuan hanya boleh dibubarkan sesudah mendapat persetujuan sekurang-kurangnya tiga perempat (3/4) daripada ahli.

ii. Keputusan pembubaran persatuan ini hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar persatuan dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh pembubaran itu dilakukan.

iii. Pembahagian wang ringgit dan harta benda kepunyaan persatuan setelah ditolak segala tanggungan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Umum persatuan.

iv. Jika sekiranya ada tanggungan lagi maka tertanggunglah kepada setiap ahli persatuan menurut kadar sama rata


PENAUNG DAN PENASIHAT

Penaung : Menteri Besar

Penasihat : Setiausaha Kerajaan

Penasihat Undang-undang Majlis

Seorang Angguta majlis
(Cenderung kerja-kerja amal)


LARANGAN

i. Permainan judi adalah dilarang dimainkan di dalam rumah persatuan.

ii. Persatuan atau ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang ditetapkan di dalam Undang-undang Kesatuan Sekerja, 1959.

iii. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama persatuan atau pegawai-pegawainya atau jawatankuasa atau ahli.

iv. Persatuan ini adalah dilarang daripada mempunyai pergabungan atau perhubungan di luar Malaysia.

v. Seseorang pelajar Universiti atau koleju Universiti tidak akan diterima menjadi ahli persatuan kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Censelar universiti yang berkenaan.