Aduan Rumahtangga Dan Runding Cara

 

MAKLUMAT UMUM
    Setiap individu tidak dapat lari daripada masalah yang kecil mahupun masalah besar. Begitu juga dengan individu yang telah berkeluarga. Sejak akhir-akhir ini, kita terpaksa menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan yang kadangkala mengakibatkan krisis dalam keluarga.
    Lazimnya, keluarga dan rakan-rakan akan menjadi tempat mencurahkan segala masalah dan tekanan yang dihadapi. Walaubagaimanapun, Islam menghalang kita menceritakan rahsia rumahtangga kepada orang lain dan sebaik-baiknya kita hendaklah mengadu kepada Allah Taala.
    Menyedari hakikat bahawa manusia sentiasa memerlukan pandangan dan nasihat dalam menjalani kehidupan, Jabatan Agama Islam Selangor telah menyediakan perkhidmatan rundingcara di semua Pejabat Agama Islam Daerah untuk membantu setiap individu meredakan permasalahan yang mereka hadapi dengan berpandukan hukum Syarak.
     

PROSEDUR ADUAN
  Pengadu boleh membuat aduan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau download borang di sini (Isi borang aduan).
  Lampirkan surat nikah asal Pengadu dan salinannya.
  Pengadu akan menjalani sessi kaunseling awalan. Jika tiada penyelesaian, sessi lanjutan akan diadakan di atas permintaan Pengadu.
  Perundingan rumahtangga hanya akan dibuat ke atas pasangan yang bernikah secara sah mengikut hukum syarak.
     

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK RUNDING CARA
Mohon Runding Cara Rumahtangga
    - Surat nikah yang asal yang sah dan salinannya.
    - Alamat pengadu mengikut pentadbiran PAID.
 
Mohon Runding Cara Wali Hakim
  ** - Salinan kad pengenalan.
  ** - Pastikan alamat dalam kad pengenalan mengikut pentadbiran PAID.
  ** - Salinan surat beranak.
  ** - Salinan surat nikah ibu dan bapa.
  ** - Salinan kad pengenalan bapa(jika berkaitan).
  ** - Salinan kad perakuan Islam (jika pemohon adalah saudara baru).
  ** - Surat perakuan sumpah (anak angkat).
  ** - Salinan borang permohonan nikah 2C.
 
Mohon Runding Cara Perceraian
  ** - Salinan surat nikah.
  ** - Salinan kad pengenalan suami.
  ** - Salinan kad pengenalan isteri.
  ** - Salinan surat beranak anak-anak.
 
Mohon Runding Cara Rujuk
  ** - Salinan surat cerai atau resit pendaftaran cerai di mahkamah.
 
Mohon Runding Cara Perceraian
  ** - Kad pengenalan pemohon.
     

 

  DOWNLOAD BORANG ADUAN



SOALAN YANG SERING DITANYA
 
  • bullet
Di manakah perkhidmatan khidmat nasihat / rundingcara kekeluargaan boleh diperolehi oleh seseorang yang menghadapi masalah kekeluargaan?
    Seseorang yang menghadapi masalah kekeluargaan boleh mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara dari mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan dengan tempat beliau tinggal atau di Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor.
 
  • bullet


Adakah seseorang yang ingin bercerai, boleh melafazkan talak / cerai di hadapan mana-mana Pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah?
    Tidak. Sebarang lafaz cerai yang ingin dibuat oleh seorang suami, hendaklah dilafazkan di hadapan Hakim Syariah dengan kebenaran Hakim berkenaan. Jika lafaz cerai dibuat di luar Mahkamah atau tanpa kebenaran Mahkamah, seorang suami boleh didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.