|
Khutbah Jumaat - 11 Disember 2009


Perhatian :
* Paparan terbaik fail PDF menggunakan Adobe Reader 7 dan ke atas. DOWNLOAD Adobe Reader
* Paparan terbaik khutbah multimedia menggunakan Microsoft Office Powerpoint 2007
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah
kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan mentaati
segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kita mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kita juga bersyukur kehadrat Allah kerana
menempatkan kita di buminya yang bertuah ini dalam suasana aman, damai dan
sejahtera, di samping dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.
Muslimin
yang mulia,
Sempena ulangtahun
keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor, maka kita sebagai rakyat di Negeri Selangor, bersyukur kehadrat Allah Subhanahu
Wata'ala kerana
telah mengurniakan kita dengan sistem pemerintahan yang teguh dan politik yang
stabil lagi mantap, di mana Duli Yang Maha Mulia sultan atau Raja Melayu telah
menjadi payung negeri sejak zaman lampau. Hasilnya, kita dapat melaksanakan
tanggungjawab dengan melakukan aktiviti, seperti beribadah dengan tenang dan
dapat mencari rezeki dalam suasana yang aman damai .
Sesungguhnya, Institusi Raja memainkan peranan penting
dalam mempertahankan Islam dan Perpaduan Rakyat di negara ini. Bagi mengekalkan
suasana aman damai ini, marilah kita sebagai rakyat negeri ini hidup penuh muhibbah
serta bersatu-padu, dengan menghormati Institusi Raja Berperlembagaan. Elakkan
diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan, yang boleh menggugat atau
mencemarkan Institusi Raja-raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai Agama Rasmi
di negara ini.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali
‘Imran ayat 101:
"Dan sesiapa
berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka ia telah beroleh petunjuk hidayah ke
jalan yang betul (lurus)".
Muslimin yang dirahmati Allah,
Sejak
akhir-akhir ini, terdapat pihak-pihak tertentu cuba mempertikaikan kedudukan
Islam dalam perlembagaan, peranan Mahkamah Syariah dan bidang kuasa Raja
sebagai Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu di negara ini. Persoalan yang
timbul ialah mengapa keadaan ini boleh berlaku?.
Ia
berkemungkinan disebabkan ukhuwah umat Islam yang semakin longgar, wujudnya
perpecahan, hilang integriti dan sanggup diperalatkan oIeh pihak lain. Jika
perkara seperti ini berlaku secara berterusan, umat Islam di negara ini akan
menerima nasib yang sama seperti yang berlaku di sesetengah negara, di mana
rakyatnya diburu dan dihalau daripada tanah air mereka sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam struktur
kepimpinan negara kita, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, raja atau sultan
merupakan ketua perlembagaan yang tertinggi. Kedudukan Baginda dijamin oIeh perlembagaan
sebagai Ketua Negeri dan sebagai Ketua Agama Islam demi menjamin kesucian syariat
Islam terus terpelihara.
Hubungan erat antara raja dengan rakyat, pemimpin
dengan orang yang dipimpin, bukanlah suatu yang luar biasa. Malah ia merupakan
amalan yang biasa berlaku sama ada dalam Tradisi Kepimpinan Islam atau pun
dalam Kesultanan Melayu itu sendiri.
Sebagai
umat yang bermaruah dan berintegriti, kita hendaklah kasih dan cinta kepada tanah
air kita. Di antara bukti kasih dan cinta kepada tanah air ialah sama-sama kita
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang sedang kita miliki sekarang. Menurut
syarak, berjihad kerana kesucian agama, mengangkat martabat ummah, menjaga
harta benda dan kedaulatan tanah air, adalah fardhu kifayah. Bahkah ia menjadi
fardu ‘ain sekiranya ia dicerobohi.
Negeri yang stabil, aman dan makmur akan dapat
memberi peluang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menikmati sepenuhnya
penghayatan beragama, pembangunan sosio-ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Kita amat
bersyukur kehadrat Allah dan menjunjung kasih kepada Raja kita, dalam suasana
yang tertentu, dalam keadaan genting dan gawat, tidak dapat dinafikan bahawa raja
kita telah dapat memainkan peranan dalam membantu menyelamatkan keadaan dan
mengendurkan ketegangan perkauman dan politik, menjaga kesucian Islam, adat istiadat
orang Islam dan menjadi simbol Perpaduan Rakyat di negeri ini.
OIeh itu, setiap pihak sama ada agensi kerajaan
atau badan berkanun, NGO dan orang-orang perseorangan tanpa mengira ideologi
masing-masing, perlulah membantu Baginda untuk menjalankan tugas berasaskan
kepada konsep Raja Berperlembagaan, yang mengambil kira kepada kehendak rakyat
sepertimana yang terjelma dalam keputusan proses demokrasi yang menjadi amalan
dalam negara kita. Kehendak rakyat terkini dan restu Baginda adalah suatu yang
seharusnya sejajar dan harmoni.
Amanah
dan tanggungjawab yang dipikul oIeh Duli Yang Maha Mulia Sultan amatlah berat. Maka,
kita selaku rakyat yang berpayung di bawah pemerintahan Baginda, wajar memahami
keadaan dan seterusnya memberikan taat setia yang tidak
berbelah-bagi kepada Baginda.
Di samping itu, kita juga perlu menghormati
dan mematuhi peraturan yang dilaksanakan oIeh Ketua Pentadbir negeri ini dan
para pegawainya, yang diberi amanah melaksanakannya. Di samping itu, kita hendaklah
juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan pelaksanaan Akta Syariah
dengan cara yang lebih bijaksana dan bertimbangrasa.
Dalam Islam, setiap orang yang beriman selain
diperintahkan supaya mentaati Allah dan mentaati rasul-Nya, maka kita juga
disuruh taat kepada pemerintah. Ini telah dijelaskan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala
dengan Firman-Nya dalam surah An-Nisa' ayat 59:
"Wahai orang yang beriman, taatlah
kamu kepada Allah dan Rasulullah serta kepada Ulil-Amri daripada kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia
kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya" .
Muslimin yang berbahagia,
Mengapakah ketaatan kepada Ulil-Amri? sangat dituntut oIeh
Islam?. Ini kerana, Ulil-Amri bertangggungjawab mengekalkan keamanan,
kesejahteraan yang diamanahkan menjaga maslahah seluruh rakyat agar mereka
sentiasa maju jaya, menikmati kehidupan yang baik serta diredhai Allah
Subhanahu Wata'ala.
Ibnu ‘Abas Radhiallahu ‘Anhu mentafsirkan
maksud Ulil-Amri? dalam ayat ini ialah raja atau pemerintah. Dengan ini jelaslah,
bahawa mentaati Ketua Negeri adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Hal
ini dikuatkan lagi dengan sepotong hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu
‘Anhu, Nabi s.a.w. telah bersabda:
(Hadis
Riwayat Bukhari Dan Muslim)
"Siapa
yang mentaati Aku, sesungguhnya ia mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhaka
kepada aku, maka sesungguhnya dia telah
derhaka kepada Allah, sesiapa yang mentaati pemerintah, maka dia telah mentaati
aku, dan sesiapa yang menderhakai pemerintah, maka dia telah derhaka kepada Aku
" .
Sidang Jumaat yang mulia,
Dalam
sejarah Kesultanan Melayu Melaka contohnya, terdapat banyak bukti-bukti yang menunjukkan betapa eratnya hubungan antara
sultan dan rakyat jelata. Diumpamakan aur dengan tebing, ini menjadikan Baginda Sultan
disayangi oIeh rakyat jelata, ibarat pohon rimbun tempat berteduh, memayungi
kesejahteraan kehidupan seluruh rakyat dan mengekalkan ketenteraman yang
berpanjangan.
Jika kita
mengimbas kembali sejarah keagungan Islam, Saiyidina Omar bin Al-Khattab
Radhiallahu ‘Anhu merupakan bukti nyata dan jelas betapa seorang pemimpin yang
berjaya menawan hati rakyat, menegakkan keadilan dan kebenaran, sehingga
Baginda sanggup turun sendiri melihat kesengsaraan rakyat yang hidup dalam
kesusahan pada zamannya . Begitu juga, Khalifah Omar bin Abdul Aziz Radhiallahu
‘Anhu berjaya membentuk sikap kesederhanaan, pemurah, pemaaf dan mengambil
berat soal kebajikan rakyat, membantu golongan dho'if, fakir dan miskin,
berpandukan konsep Al-‘adlu wal-ihsan. Kita harapkan agar kekuatan ekonomi negara
kita tetap kukuh, kestabilan politik kita tetap mantap, mengekalkan keutuhan
semangat juang yang tinggi, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air.
Semua
pihak hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan menghina, mencela dan memfitnah
pihak lain, kerana perbuatan tersebut amat dimurkai Allah Subhanahu Wata'ala
sepertimana Firman-Nya dalam surah Al-Hujurat ayat 11:
"Wahai orang-orang yang beriman!, janganlah
sesuatu puak (daripada kaum lelaki ) mencemuh dan merendah-rendahkan puak
lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum wanita mencemuh dan
merendah-rendahkan kaum wanita yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka".
(An-Nahl:90)
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil
dan berbuat kebaikan, serta membantu kaum kerabat dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia
mengajar kamu, agar kamu mengambil peringatan".
KHUTBAH KEDUA
Ya Allah,
Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami
bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmah dan nikmat, sehingga
kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya
negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah,
tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah
rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang
mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai,
lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau
panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan
demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Khutbah Jumaat Bacaan 11 Disember 2009
|