|
Rejab ertinya
mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab.
Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu
memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1. Mereka menyembelih unta pada
tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama
Fara'
2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor
lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3. Sepanjang bulan Rejab, mereka
diharamkan berperang dan berbunuhan
4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka
akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada
orang ramai beribadat sepuas-puasnya.
Walaubagaimanapun,setelah
kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti
menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10
Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya
melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al
Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya
kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati,
katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan
menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya,
dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di
Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar
dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan
Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini
walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari
tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya
Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi
bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata
lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu
malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu
sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari
setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki
itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka
Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian
diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan
jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat
Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
1. Hijrah
Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada
Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin
Mekah
meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman.
Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman,
keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara
yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah
dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya
dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
2. Israk
dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan
dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah
SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar
berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku
pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang
lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al
quran dan hadis sahih.
3. Peperangan
Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di
satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera
Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana
tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan
kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga
peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan
Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan
Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan
bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500
tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50
tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang
Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada
tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara
baru mereka dengan nama Israel.
5.Lahirnya
Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris.
Beliau lahir di Ghuzah,
Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam
mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan
mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak
ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam
bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih.
Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab
adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita
tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan
seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain
lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut
apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.
|