Anda dialu-alukan memberi cadangan tajuk-tajuk Khutbah Jumaat yang baru dalam usaha membantu Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, menghasilkan teks-teks khutbah yang lebih mantap, berkualiti, penuh informasi dan menarik perhatian para jemaah khususnya di Negeri Selangor. Cadangan boleh dibuat dengan mengisi
Borang Cadangan Khutbah JAIS yang disediakan. Bagi anda yang berbakat dan berpengalaman untuk menulis teks khutbah juga boleh menghantarkan secara pos cadangan teks khutbah anda ke alamat:
Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 7, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No.2 Persiaran Masjid,
Seksyen 5, 40000 Shah Alam Selangor.
Atau anda boleh juga menghantarkan cadangan teks khutbah bersama borang cadangan anda melalui No.Faks: 03-55109166
atau E-mailkan teks cadangan bersama borang cadangan anda ke:
Bagi teks yang terpilih, anda akan dihubungi oleh pihak pejabat dan anda mungkin layak untuk dilantik sebagai penulis teks khutbah JAIS secara langsung(berbayar). Sumbangan dan cadangan anda didahului dengan ucapan terima kasih.
|